Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Singapura Ditahan Mabuk
Auto Terkini

Pemandu Singapura Ditahan Mabuk

WahidBy Wahid24/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERENAH beberapa pemandu Singapura baru-baru ini mengundang banyak kritikan daripada rakyat Malaysia. Nampaknya situasi itu mungkin berterusan selepas sempadan dibuka semula  Terbaharu, seorang pemandu dari negara jiran itu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pemandu itu adalah seorang daripada dua pemandu yang ditahan di kawasan Taman Tun Aminah, Jalan Sutera Danga, Johor Bahru, 21 April lalu dalam Op Mabuk dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Johor Bahru Utara (JBU).

Ketua Polis Daerah JBU, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, dua pemandu ditahan kerana kandungan alkohol melebihi had dibenarkan dan akan disiasat di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).

Pihak polis juga sudah memeriksa beberapa individu lain, tetapi hanya dua dikesan memandu dengan kandungan alkohol dalam darah terlalu tinggi.

Pada masa sama, 61 kenderaan diperiksa dan 23 saman dikeluarkan. Antara kesalahan disaman adalah 14 kes langgar lampu isyarat merah. Selain itu, terdapat juga kenderaan menggunakan nombor plat nombor tidak mengikut spesifikasi, lima pemandu menggunakan telefon bimbit ketika memandu, dan satu kes tiada lesen memandu.

Berbalik kepada pemandu Singapura, ada beberapa kes dikesan menggunakan petrol RON95 yang disubsidi Kerajaan Malaysia untuk pengguna tempatan. Juga terdapat rungutan pemandu Singapura memandu melulu dengan melebihi had laju kebangsaan Malaysia.

Auto Terkini Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Op Mabuk pemandu mabuk Pemandu Singapura Mabuk
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.