Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Lori Didakwa Punca Kematian Tiga Anggota Tentera
Auto Terkini

Pemandu Lori Didakwa Punca Kematian Tiga Anggota Tentera

FikriBy Fikri20/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Gurun, Kedah kerana pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga anggota tentera pada 2 Februari lalu.

Muhammad Huzaifah Azhari, 31 tahun, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Anis Suraya Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Huzaifah didakwa memandu lori terbabit dalam keadaan berbahaya di KM77.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara daerah Kuala Muda sehingga menyebabkan kematian Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30 tahun, Sarjan Rozali Abdull Rani, 39 tahun dan Koperal Mohd Asri Idris, 40 tahun, kira-kira jam 10.30 pagi 2 Febuari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan didenda minimum RM5,000 atau maksimum RM20,000.

Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Azmi mengemukakan jaminan sebanyak RM30,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK), Ummi Kalthum Zakaria yang mewakili tertuduh merayu jaminan minimum diberikan dengan alasan anak guamnya menanggung seorang isteri serta dua anak yang masih kecil.

Anis Suraya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta lesen memandunya digantung. Mahkamah kemudian menetapkan 6 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

SUMBER:BeritaHarian

Auto Terkini kemalangan Lebuhraya PLUS mahkamah
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.