Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Biar Budak Bersidai Gembira Tepi Tingkap Alza Sudah Kena Tahan Polis
Auto Terkini

Pemandu Biar Budak Bersidai Gembira Tepi Tingkap Alza Sudah Kena Tahan Polis

FarahBy Farah29/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU klip video mengundang kecaman netizen yang memaparkan sebuah Perodua Alza memandu dengan tiga kanak-kanak duduk bertenggek di tepi tingkap kenderaan pelbagai guna (MPV) itu di satu lebuh raya.

Dalam video 14 saat itu, tiga budak dilihat sedang bergembira menikmati deruan angin dengan duduk di tepi tingkap penumpang depan dan belakang.

Malah apabila perasan sedang dirakam, pemandu Alza warna putih tersebut memecut seakan tidak mempedulikan keselamatan kanak-kanak berkenaan. Melihat meter kereta perakam, Alza itu dipercayai memandu dalam halaju kira-kira 80-100kmj!

Video tular pantas meraih perhatian netizen yang mengecam pemandu Alza tersebut yang dipercayai ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak berkenaan. Aksi itu bukan saja membahayakan nyawa mereka, tetapi pada masa sama mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya lain.

Bayangkan kalau salah seorang terjatuh atau tersepit dengan kenderaan lain, bukankah boleh mendatangkan kecederaan? Memang ngeri kalau hendak dibayangkan. Diharapkan polis dapat segera mencari pemandu Alza tersebut untuk diberikan pengajaran.

SUDAH KENA CEKUP!

Dalam perkembangan terbaharu, pemandu tersebut sudahpun ditahan polis sebaik saja video berkenaan tular.

Berdasarkan siasatan, tiga kanak-kanak itu ialah anak saudaranya yang tinggal di Klang, dan kejadian itu dilaporkan berlaku di Jalan Reko, Kajang pada 25 Disember lalu.

Kes akan disiasat bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574)  kerana membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 disebabkan penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.

BACA >>> Video Budak Lari Lintas Jalan Nyaris Dilanggar, Bapa Pula Tak Sedar Apa Berlaku
BACA >>> Mangsa Langgar Lari Ketika Isi Minyak Rupanya Dua Beradik Berbeza Agama

SUMBER: FBKaChengSaw, JSPTPDRM

 

Alza alza buat hal anak duduk di luar tingkap Auto Terkini penumpang alza
Farah

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.