Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Pemabuk Sama Bahaya Macam Ancaman Bom dalam Kapal Terbang?
Autotainment

Pemabuk Sama Bahaya Macam Ancaman Bom dalam Kapal Terbang?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, ada banyak perkataan tidak sepatutnya diucapkan di hadapan kru penerbangan. Antaranya bom, pengganas, senjata, pisau atau mahu buka pintu pesawat ketika penerbangan.

Portal The Sun mendedahkan, ada juga frasa yang bukan berbaur ancaman dan digunakan dalam kehidupan seharian, tetapi boleh mengundang masalah apabila dalam pesawat.

Pakar operasi kanan produk di platform Scott’s Cheap Flights, Willis Orlando menasihatkan penumpang pesawat penerbangan supaya tidak bergurau kepada kru kabin dengan mengaku diri sedang mabuk.

BACA >>> Kenapa Banyak Negara Larang Keras Memandu Mabuk?

Ini kerana kru penerbangan berhak mengusir mana-mana individu keluar dari pesawat jika mendapati mereka dalam keadaan mabuk.

Walaupun anda beritahu anda bukan mabuk, mereka (kru penerbangan) tetap perlu membuat keputusan sama ada anda selamat berada dalam kabin pesawat atau sebaliknya.

“Mereka juga boleh mengambil tindakan untuk menghukum anda. Sebagai contoh, nama anda boleh dimasukkan dalam senarai penumpang bermasalah walaupun sekadar bergurau dengan mengatakan saya mabuk.”

Syarikat penerbangan kini giat membanteras pelancong atau pengembara mabuk daripada menaiki pesawat mereka.  Ini sebenarnay peraturan mengenai alkohol dalam pesawat penerbangan:

Berapa Banyak Alkohol Boleh Dibawa Naik dalam Pesawat?
  • Pelanggan dibenarkan membawa hingga 5 liter alkohol dalam pesawat selepas membeli di zon bebas cukai. Minuman itu pula harus mengandungi antara 24-70 peratus kandungan alkohol.
  • Minuman dengan peratusan alkohol bawah 24 peratus tidak dikenakan sekatan. Sebaliknya, minuman dengan 70 peratus kandungan alkohol diharamkan sepenuhnya.

Adakah Salah Mabuk dalam Kapal Terbang?
  • Ya, ia satu kesalahan jenayah untuk berada dalam keadaan mabuk atas pesawat. Selain itu, penumpang dilarang minum sebarang jenis minuman beralkohol yang dibawa sendiri.
  • Ini termasuk minuman beralkohol yang dibeli di zon bebas cukai dan dibawa masuk ke dalam pesawat.
  • Anak kapal atau kru kabin ada hak untuk tidak menghidangkan minuman alkohol mana-mana penumpang/pengembara mengikut budi bicara mereka.
  • Jika mabuk dan sesuatu insiden tidak diingini berlaku, pesalah boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda AS$145,000 (RM603,852) menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA).
  • Syarikat penerbangan ada hak menghalang penumpang menaiki pesawat jika berpendapat anda berisiko mencetuskan masalah termasuk ketika berada di bawah pengaruh alkohol.
  • Ada beberapa syarikat penerbangan menamatkan jualan alkohol dalam penerbangan seperti Southwest Airlines dan American Airlines.
  • Ryanair memberi amaran kepada penumpang penerbangan ke Sepanyol yang alkohol tidak dibenarkan dibawa masuk dan beg akan diperiksa.

BACA >>> China Debut Kereta Api Terpantas Dunia, Kelajuan Cecah 600kmj!
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Kereta Boleh Bergerak Sendiri?

PENUMPANG LEBIH MABUK DI RUANG UDARA?

Doktor Clare Morrison di MedExpress, Britain berkata, orang ramai lebih mudah terkesan dengan kandungan alkohol jika berada di ruang udara berbanding di darat. Ini kerana tekanan barometer dalam kabin pesawat lebih rendah daripada situasi normal.

Penurunan tekanan bermakna badan susah menyerap oksigen dan ini boleh menyebabkan pening atau hipoksia (kandungan oksigen rendah).

“Dalam maksud lain, lebih rendah tekanan oksigen dalam darah membuatkan anda nampak lebih mabuk di ruang udara (penerbangan) berbanding di darat walaupun minum jumlah alkohol sama.”

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 10 Budaya Kereta Jepun yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Ini Sebabnya Mengapa Proton Masih Guna Transmisi CVT…
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Imobilizer Cegah Kereta daripada Dicuri?

SUMBER: News

Auto Terkini Larangan Mabuk Dalam Kabin Kapal Terbang Mabuk Penumpang Pesawat Mabuk
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Lampu isyarat biru di jalan raya
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.