Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Pelanggan China Mula Dapat Trak Pikap EV Radar RD6, Jarak Pandu 400km-632km!
Roda4

Pelanggan China Mula Dapat Trak Pikap EV Radar RD6, Jarak Pandu 400km-632km!

Abang HirataBy Abang Hirata06/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RADAR Auto baru saja memulakan penghantaran kumpulan pertama trak pikap elektrik Radar RD6 kepada pelanggan di China.

Radar Auto ialah jenama automotif premium gaya hidup luar dari Geely Holding Group yang ditubuhkan pada 2022 dengan disasarkan pelanggan global generasi baharu yang mahukan kenderaan lestari untuk mengembara menikmati alam semula jadi.

Nampaknya Geely bijak menghidu peluang dan berani membangunkan jenama khusus untuk segmen tersebut. Rekabentuk Radar RD6 pula nampak kemas dan sesuai untuk pengguna umum, seperti di luar China.

Radar RD6 mendapat sentuhan studio pereka Peter Horbury, yang juga Naib Presiden Eksekutif Rekabentuk Geely Auto di Britain.

Dengan rekabentuk senada Geely Boyue (X70) dan Haoyue (X90?), Radar RD6 nampak menarik dan padan jika dijenamakan semula sebagai trak pikap Proton Arena baharu. Apa kata anda?

Namun, trenkuasa elektrik masih baharu buat PROTON yang sudah komited dengan jenama smart.

Proses menukar pemanduan kiri (LHD) ke kanan (RHD) pula mengambil masa, manakala faktor utama perlu diambil kira ialah harga Radar RD6 di China mencecah enam angka pada nilai tukaran ringgit.

Walaupun baru ditubuhkan, Radar sudah mempunyai 52 pengedar dan 24 pusat pengalaman di lebih 50 bandar seluruh China. Radar RD6 ialah trak pikap elektrik massa pertama dihasilkan di China.

Radar Auto juga mempunyai fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri di Hangzhou, manakala fasiliti kenderaan elektrik (EV) serba lengkap pula terletak di Zibo, Shandong.

Mengenai spesifikasi, Radar RD6 ditawarkan dalam tiga pilihan pek bateri berkuasa 63kW, 86kW dan 100kW. Diterjemahkan kepada jarak, trak pikap EV ini boleh dipandu sejauh 400km, 550km dan 632km!

Keupayaan itu menggagumkan dan berpotensi mendapat sambutan.

Radar RD6 digerakkan roda belakang melalui motor elektrik 200kW yang menghasilkan tork 384Nm. Semua model dilengkapi V2L untuk sambungan 220V bagi menguasakan peranti luar.

Harga? Di China, Radar RD6 dijual bermula 178,800 yuan (RM115,390) hingga 268,800 yuan (RM173,470).

BACA >>> Jenama Baharu Bawah Geely, Radar Auto Perkenal Trak Pikap Elektrik RD6!
BACA >>> Geely Holding Jual Lebih 2.3 Juta Kenderaan Sepanjang 2022, Termasuk Proton!

Auto Terkini Geely Holding Group Radar Auto Radar RD6 Roda4 Trak Pikap Elektrik Trak Pikap EV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.