Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelajar Cipta Peranti Imbas Cap Jari untuk Hidupkan Motosikal
Auto Terkini

Pelajar Cipta Peranti Imbas Cap Jari untuk Hidupkan Motosikal

AryonBy Aryon19/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
KREDIT FOTO: Nor Amalina Alias | BHarian

DUA pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Elektronik Kolej Vokasional (KV) Bachok, Wan Amiruddin Wan Amran, 19, dan Adeeb Aideen Mat Yusof, 19, memperkenalkan rekacipta peranti penghidup motosikal menggunakan imbasan jari sebagai projek tahun akhir mereka.

Menurut Wan Amiruddin, idea projek itu, yang dinamakan ‘Fingerprint Bike Starter’, tercetus selepas melihat banyak kes kkecurian motosikal yang berlaku ketika ini.

“Sistem ini sukar untuk diceroboh kerana motosikal yang dipasangkan ‘Fingerprint Bike Starter’ ini hanya akan hidup menerusi kesepadanan cap jari pemilik atau jari individu yang berada dalam rekod sistem sahaja.

“Setiap ‘Fingerprint Bike Starter’ boleh menyimpan 127 kod cap jari dalam sistem pemasangan dan hanya pemilik sah yang direkodkan saja boleh menghidupkan motosikal, sekali gus mengelak kecurian motosikal,” katanya dipetik Bernama dalam program ‘Inreach Fair and KV Skills Competition 2019′ di KV Bachok, Tangok Kelantan, semalam.

BACA >>> #RetroAuto: Sensor-Rempuh Allen K Breed Sempurnakan Ciptaan Beg Udara

6 BULAN UNTUK SIAP

Wan Amiruddin berkata lagi, enam bulan diperlukan untuk mencipta sistem tersebut, termasuk membina prototaip dan menguji sistem pada motosikal yang menggunakan penghidup elektrik.

Kedua-dua pelajar itu membelanjakan kira-kira RM500 untuk membangunkan projek berkenaan dan yakin inovasi komponen yang dicipta itu boleh dipasarkan secara komersial.

Sementara itu, rakannya, Adeeb Aideen berkata, rekacipta mereka itu menggunakan perisian Arduino yang dilengkapi sistem rakaman suara dan paparan kristal cecair (LCD) dengan perkakasan elektronik seperti peranti pengimbas jari dari luar negara.

Menurutnya, sehingga kini mereka sudah menerima tempahan daripada rakan pelajar dan pensyarah kolej untuk memasang sistem keselamatan itu. Satu pemasangan dapat diselesaikan dalam tempoh 12 hari.

Sementara itu, Pengarah KV Bachok, Rusli Idris berkata, reka cipta kedua-dua pelajar itu akan dipatenkan sebagai hak eksklusif bagi menambahkan lagi nilai komersial produk berkenaan pada masa depan.

BACA >>> Rekacipta Konsep Beg Udara dengan Pelana Boleh Tanggal Seperti Jet Pejuang

Adeeb Aideen Mat Yusof Auto Terkini Kolej Vokasional (KV) Bachok Reka Cipta roda2 Wan Amiruddin Wan Amran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.