Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Pasukan Hidung Audi’ – Unit Khas untuk Hidu Bau Material Kereta
Auto Terkini

‘Pasukan Hidung Audi’ – Unit Khas untuk Hidu Bau Material Kereta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA orang suka bau kereta baharu, ada tidak suka sebab kata mereka, kereta baharu berbau pelik. Namun, pernahkah anda terfikir ada pekerjaan khas dalam industri automotif  yang kerjanya, hidu bau kereta!

Ini bukan cerita lawak, tetapi siapa pula yang tidak mahu dibayar hanya untuk menghidu bau keretakan? Mungkin aneh tetapi pekerjaan seperti itu memang ada.

Audi adalah pengeluar yang menawarkan pekerjaan menghidu bau kereta yang mana staf di bawah ‘jabatan hidu’ bertanggungjawab memastikan kereta baharu jenama itu bebas daripada bau-bauan kurang menyenangkan.

Dinamakan ‘Pasukan Hidung Audi’ (Audi Nose Team), jabatan itu sebenarnya sudah wujud sejak 30 tahun lalu, dan ditubuhkan untuk memastikan material dan unsur kimia dalam pembangunan kereta baharu mengeluarkan bau neutral.  Jika material kulit berbau ikan atau karpet berbau bawang, Audi pasti akan menolak material tersebut.

Heiko Lussmann-Geiger
Sampel material yang perlu diuji ‘Pasukan Hidung’

Sejak awal 2000, pasukan seramai lima orang itu diketuai pakar kimia Audi, Heiko Lussmann-Geiger di Pusat Kualiti Bavarian Audi. Setiap bau yang diuji akan dinilai dengan skor antara 1 dan 6, iaitu daripada tiada bau hingga amat berbau.

Bahan seperti kaca, seramik dan keluli kebiasaannya dinilai sebagai tidak berbau kerana menjadi komponen utama, manakala material lain akan dinilai pada skor kurang empat supaya lulus ujian bau Audi.

BACA >>> AddArmor APR Audi RS7 – Inilah Sedan Perisai Paling Laju di Dunia, Sepantas 325kmj!

Malah, apabila sesebuah kereta disiapkan, ‘Pasukan Hidung’ sekali lagi akan muncul untuk menghidu kereta tersebut. Ini kerana material yang dikirimkan kepada pasukan tersebut, atau ketika proses pemasangan kemungkinan boleh muncul bau-bauan tidak diingini.

Jika anda ke Audi dan ternampak ada kakitangan yang sedang mencium karpet atau stereng, itu bukanlah tabiat buruk, tetapi mereka sedang bekerja. 😅

BACA >>> Lamborghini Miura SV (1974) Keluarga Diraja Arab Saudi Kini di UK, Bernilai RM13.8 Juta
BACA >>> AddArmor APR Audi RS7 – Inilah Sedan Perisai Paling Laju di Dunia, Sepantas 325kmj!

I don’t know who needs this, but… here’s some pictures of the Audi Nose Team hard at work. pic.twitter.com/zyiIjMHJN0

— Audi (@Audi) May 12, 2020

Audi Audi Nose Team Auto Terkini autoterkini Heiko Lussmann-Geiger logo Audi Pasukan Hidung Audi punca kereta berbau
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.