Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pas Perjalanan Tanpa Had Merdeka (MUTP) di Terowong SMART Sempena Hari Kebangsaan ke-68
Auto Terkini

Pas Perjalanan Tanpa Had Merdeka (MUTP) di Terowong SMART Sempena Hari Kebangsaan ke-68

SyafieBy Syafie18/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pas tanpa had (MUTP) Terowong SMART sempena bulan merdeka.

AMANAT Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) melancarkan Pas Perjalanan Tanpa Had Merdeka (MUTP), iaitu pas tol tanpa had di Terowong SMART sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68, disempurnakan Menteri Kerja Raya, Daruk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ditawarkan pada harga sekali bayar RM68, pas itu sah digunakan sebulan bermula 16 Ogos-16 September 2025. Menurut ALR, pemilik MUTP berpeluang menikmati penjimatan hingga RM64 atau hampir 50 peratus berbanding kadar tol harian biasa di Terowong SMART.

Tanda Penghargaan Pengguna Setia

ALR menjelaskan, inisiatif itu sebagai tanda penghargaan kepada pengguna tegar Terowong SMART yang sentiasa menyokong aspirasi mobiliti bandar lebih cekap, selamat dan berdaya tahan. Ia juga seiring usaha Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam menyediakan infrastruktur tol mesra rakyat.

Terowong SMART kini menjadi laluan utama kepada purata 19,000 kenderaan sehari menuju pusat bandar Kuala Lumpur. Keunikan terowong dwifungsi itu bukan saja mengurangkan kesesakan trafik, tetapi berfungsi sebagai sistem tebatan banjir berkesan, yang juga satu-satunya terowong seumpamanya di dunia.

Sokongan Kerajaan Terhadap PFI

Nanta berkata;

Kerajaan mengalu-alukan inisiatif pembiayaan swasta (private funding initiative, PFI) seperti ini yang memberi manfaat terus kepada rakyat, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan selaras prinsip Malaysia MADANI.”

Lokasi Pembelian Kad MUTP (Bermula 11 Ogos 2025)

  • Semua 12 lorong tol Lebuhraya SMART (Arah Utara dari KL dan Arah Selatan dari Sungai Besi)
  • Kaunter jualan Plaza Tol SMART
  • Rehat dan Rawat (RNR) Lebuhraya KESAS – Kinara dan Awan Besar
  • Plaza Tol KESAS – Kemuning, Sunway, Awan Besar Barat dan Timur
  • Plaza Tol Bukit Kiara (Lebuhraya SPRINT)
  • Hentian Sebelah Petaling Jaya Utara (LDP)
  • Ruang Pameran di Dataran Singgahsana, TRX Kuala Lumpur

Ringkasan Manfaat MUTP SMART

  • Harga: RM68 (sekali bayar)
  • Tempoh sah: 16 Ogos hingga 16 September 2025
  • Penjimatan: Hingga RM64 (~50 peratus)
  • Kelebihan: Tanpa had penggunaan di Terowong SMART sepanjang tempoh sah

Dengan tawaran itu, pengguna tegar Terowong SMART bukan saja dapat menikmati perjalanan lebih jimat dan lancar, tetapi turut menyumbang kepada kelestarian mobiliti bandar.

Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) Auto Terkini Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 Kementerian Kerja Raya (KKR) Merdeka Unlimited Travel Pass (MUTP) Pas Perjalanan Tanpa Had Merdeka (MUTP) Pas Perjalanan Tol Tanpa Had SMART Terowong SMART
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.