Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Papan Tanda Baharu Halaju Patut Pasang 400, 500 meter dari Zon Sekolah
Auto Terkini

Papan Tanda Baharu Halaju Patut Pasang 400, 500 meter dari Zon Sekolah

SyafieBy Syafie04/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPUTUSAN menurunkan halaju kenderaan di zon sekolah daripada 40kmj kepada 30kmj dianggap keputusan wajar, tetapi pemasangan papan tanda baharu juga perlu dititikberat mengikut jarak yang sesuai.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, penetapan halaju baharu ini dapat memastikan keselamatan pelajar di kawasan sekolah lebih terjamin.

Bagaimanapun, pemasangan papan tanda baharu itu sebaiknya diletakkan pada jarak jauh supaya pengguna jalan raya lebih peka terhadap halaju terkini.

Saya mencadangkan supaya papan tanda baharu had laju di pasang dengan jarak antara 400 hingga 500 meter dari zon sekolah supaya pengguna jalan raya lebih berwaspada.”

“Ini juga membolehkan pengguna jalan raya lebih bersedia untuk memperlahankan kenderaan apabila melalui zon berkenaan.”

Tambah Mohamad Ali, penurunan halaju di kawasan sekolah ini juga sepatutnya diwartakan di kawasan perumahan yang mempunyai risiko kemalangan yang tinggi.

Sebelum ini, pengumuman berkenaan penurunan kadar halaju telah disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan akan diwartakan oleh pihak kerajaan secara rasmi.

Sementara itu, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, selain daripada penurunan halaju, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) kerana ia dapat menjadi bukti kukuh apabila berlaku kemalangan di kawasan berkenaan.

Para pelajar juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling ketika berada di kawasan sekolah terutama apabila ingin melintas jalan.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Halaju Kawasan Sekolah Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Papan Tanda Halaju Timbalan Perdana Menteri
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
    Auto Terkini

    Tonto Bakal Berdepan Penjara 5 Tahun, Denda Sehingga RM50,000!

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Lumba Haram Bakal Ada Hukuman Baharu, Apa Anda Perlu Tahu Tentang Seksyen 42A?

    24/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    24/06/2026
    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.