Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Volkswagen Golf GTI Mk7.5 yang Minimalis, Halus dan Memuaskan
Pandu Uji

#PanduUji: Volkswagen Golf GTI Mk7.5 yang Minimalis, Halus dan Memuaskan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA berkata tentang hot-hatch, versi kemas kini Mk7.5 tampil untuk memastikan Volkswagen Golf GTI kekal sebagai peneraju dalam segmennya. Kadangkala kaedah penambahbaikan yang paling berkesan tidak terletak pada perubahan besar dalam satu malam, tetapi banyak langkah kecil dari semasa ke semasa.

Mungkin Volkswagen mahu beritahu, dengan Mk7.5 baharu, perubahan diberikan ialah sangat halus – secara berperingkat – dan berkembang baik berbanding dalam bentuk revolusi produk yang ketara.

KEMAS KINI SIGNIFIKAN

Bar depan dan belakang, termasuk lampu dan gril disegarkan untuk penampilan lebih elegan. Bagi versi Mk7.5, Volkswagen menawarkan perincian lebih kemas pada aspek luaran dan dalaman, termasuk Golf GTI ini, terdiri daripada:

  • Rekaan semula apron depan baharu dengan rekaan sarang lebah @ honeycomb pada gril radiator dan ventilator udara.
  • Bilah udara pada bampar depan bercat hitam.
  • Rekaan jalur pada logo GTI pada fender.
  • Kemasan strip merah GTI sepanjang gril depan.
  • Spliter hitam di depan yang bersambung terus kepada difuser di belakang.
  • Rim aloi ‘Milton Keynes’ 18 inci.
  • Difuser rekaan honeycomb klasik.
  • Dwi ekzos dengan hujung paip besar.
  • Spoiler bumbung belakang.
  • Lampu belakang LED penuh dengan indikator dinamik.

GOLF GTI PALING ‘HALUS’

Sebaik saja pintu dibuka, Volkswagen nampaknya masih mengekalkan bentangan kabin yang kemas, ringkas dan elegan menerusi padanan tona warna hitam.

Cuma kali ini berbeza pada Paparan Info Aktif (AID) 12 inci dengan skrin sentuh 8 inci, sistem infotainment navigasi Discover Media berserta port USB dan antaramuka ipod/iPhone, termasuk slot kad SD, Bluetooth, Paparan Prestasi, Pilihan Mod Pemanduan dan 8 pembesar suara. Pemilik juga boleh menghubungkan telefon pintar dengan sambungan aplikasi khas seperti MirrorLink, Apple CarPlay dan Android Auto.

BACA >>> Volkswagen Golf GTI Mk3 VR6 Ubah Persepsi Tentang Kereta Murah Prestasi Tinggi

Versi GTI diserlahkan dengan lencana GTI pada stereng, tombol gear, dan sil pintu, manakala posisi duduk sangat santai. Kerusi semi bucket daripada kulit Vienna begitu halus memeluk bahagian punggung.

Bentangan pandangan depan cukup bagus walaupun cermin sisi terlalu kecil untuk melihat paparan belakang kereta. Selepas enjin 2.0L TSI dihidupkan, suara enjin tidak masuk ke dalam kabin walaupun dalam mod lahu atau idle. Sebaik pedal minyak dipijak, cuma sedikit raungan enjin terdengar. Memang saya jempul ibu jari untuk kualiti kesenyapan NVH  Golf GTI ini.

Sepanjang perjalanan pulang dari Johor Bharu ke Bangsar dalam sesi pandu uji media anjuran Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM), saya sempat menguji sepenuhnya model Mk7.5 GTI ini. Apa yang fantastik tentang enjin hot-hatch ini ialah respon terotel yang begitu sensitif dengan kotak gear DSG 6-kelajuan bekerja dengan cukup baik.

Tenaga disalurkan begitu optimum, dan setiap hantaran gear diisi pantas dengan halus dan lancar. Hampir tidak terasa hentakan dan penurunan rev enjin. Sepanjang perjalanan, pecutan 180kmj dicapai mudah tanpa perlu bekerja keras. Malah ketika mahu memotong juga tiada lengah kuasa.

BACA >>> 9 Fakta Pantas | Volkswagen Golf GTI TCR – Model Konsep GTI Paling Berkuasa

Saya cuma perlu tekan sedikit pedal minyak dan kuasa terus disalurkan ke roda. Cukup saja dengan menggunakan mod Comfort. Hingga pada 4000rpm, masih tiada gegaran pada suspensi, stereng, gandar dan tayar. Lancar selancarnya.

Seperti model terdahulu, Golf GTI baharu ini bukanlah pelumba jalanan sejati seperti sebuah kereta prestasi. Walaupun teringin memandu kereta lumba dengan spring solid dan kuasa super, Volkswagen semestinya sedia maklum tentang pengguna yang mahukan sebuah kenderaan dengan perbatuan jauh, selang servis panjang dan lebih banyak dengusan low-end.

TIDAK PERLU BUKTI APA-APA


Lagipun Golf tidak perlu pun membuktikan apa-apa. Gayanya sudah pun menepati selera. Kereta ini juga cukup bersedia meredah laluan berselekoh. Adalah lebih baik mengetahui kemampuan Golf mencapai tork seawal 1,500rpm dan menjangkau puncak 350Nm pada 4,600rpm.

Perubahan nisbah gear apabila memandu versi manual adalah cepat dengan kotak gear yang pantas dan lancar. Juga tepat dan teratur. Inilah gabungan menarik bagi cengkaman dan kelajuan yang menawan, serta tahap ketenangan tinggi dan kawalan tubuh rapi. Pemandu akan sentiasa tahu dengan tepat di mana anda berada dengan Golf ini.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul ‘Kerusi Pelekat’ Volkswagen Golf GTI

Tayar bersaiz 225/40 memberikan cengkaman baik dalam permukaan jalan kering atau basah, juga sesuai dengan kemampuan GTI. Stereng lincah memberikan respon langsung yang jitu dan tajam, sekali gus membantu memudahkan pemandu mencari had cengkaman.

Golf ialah antara produk legenda Volkswagen selain Beetle. Golf sememangnya sejak dulu terkenal sebagai hot-hatch pantas dan mendapat cukup banyak penghargaan, terutama di bawah label GTI. Akhir kata, sebenarnya, tidak perlu pun Golf versi R yang lebih mahal, cukup saja dapatkan sebuah versi GTI kerana itupun sudah memadai.

SPESIFIKASI

ENJIN: 2.0L TSI 4-Silinder
KUASA MAKSIMUM: 226hp @ 4,700-6,200rpm
TORK MAKSIMUM: 350Nm @ 1,500-4,600rpm
TRANSMISI: 6-kelajuan DSG
CIRI KESELAMATAN: 7 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Agihan Brek Elektronik (EBD), Sistem Amaran Pemandu (DAS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Tork Drag Enjin (EDTC), Kawalan Pegun Bukit (HHC), ISOFIX dan lain-lain
HARGA: RM225,888

GALERI
Golf GTI Mk7.5 Pandu uji Roda4 Volkswagen Volkswagen Golf GTI Mk7.5 Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Roda4

    Jetour T1 Rasmi Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM129,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.