Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia
Pandu Uji

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize28/07/20232 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi Proton X90 (2023) varian Flagship ke Gambang, Pahang, baru-baru ini.

Jadi artikel kali ini, kami akan kongsikan serba sedikit pengalaman pemanduan dan perkara menarik, termasuk kurang menarik mengenai Proton X90 (2023).

Proton X90 2023

PRESTASI ENJIN – KUASA CUKUP, CUMA KURANG PIKAP

Dengan enjin 1.5L TGDi dan sistem motor elektrik sinergi, Proton X90 (2023) dianggap kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan penggunaan bahan api 6.8 liter per 100km. Namun jika dipandu laju, dapatlah bacaan macam kami, 13.9 liter per 100km.

Enjin ini menghasilkan output kuasa 177ps (176hp) dengan tork 255Nm, dan angka ini bukanlah underpower atau ‘tak cukup kuasa’ untuk hendak gerakkan SUV segmen-D ini, cuma efek pikap dihasilkan itu semacam lambat sikit. Tapi kalau sudah namanya SUV famili, janganlah terlalu bercita-cita besar mahukan prestasi seperti sebuah jentera lumba.

SUSPENSION MULTI-LINK – PENGENDALIAN MANTOP!

Kawalan stereng Proton X90 (2023) juga boleh tahan, tidaklah semacam tipikal kereta China yang dilencanakan semula. Pengalaman kerjasama dengan Lotus nampaknya diguna pakai Proton sebaiknya.

Uniknya, hanya Proton X90 (2023) saja yang menggunakan suspensi jenis multi-link ini, sebaliknya kembarnya seperti Geely Haoye/Okavango hanya menggunakan suspensi jenis torsion-beam saja. Kerja talaan ini dibuat khas mengikut kesesuaian kondisi jalan di Malaysia.

Menurut Proton, Geely Haoye sudah diuji sejauh 1.2 juta kilometer untuk mendapatkan talaan terbaik sebelum dilabelkan sebagai Proton X90. Malah, kalau Geely Okavango dipandu di pasaran luar, pasti pengalaman pemanduan adalah berbeza.

KABIN SELESA

Dari segi ruang, Proton X90 (2023) memang luas. Malah kerusi di tempat duduk baris ketiga juga masih selesa untuk penumpang dewasa. Walaupun ramai mengkritik kerusi depan tidak begitu menyokong bahagian peha, tetapi tidaklah begitu mengganggu keselesaan memandu.

Ada juga fungsi ventilasi pada kerusi di setiap baris tempat duduk. Corong penyaman udara juga cukup tersedia di setiap tempat duduk yang sepatutnya membuatkan SUV ini bebas masalah kepanasan.

Walaupun ada mendakwa enjin Proton X90 (2023) agak bising, tetapi dari segi kadar kesenyapan dalam kabin (NVH), tidaklah terlalu bingit hingga deruman enjin menembus kabin ketika sedang memecut.

Dengan fungsi Smart Glide, enjin akan dimatikan, manakala tranmisi dual-klac (DCT) dibebaskan untuk membenarkan SUV ini bergerak tanpa menggunakan kuasa enjin atau bahan api.

SISTEM INFOTAINMEN, KLUSTER INSTRUMEN DIGITAL

Walaupun sistem infotainmen masih lagi tanpa aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto (akan datang), tetapi kemudahan Internet disediakan membolehkan saya menstrim muzik secara langsung.

Bagaimanapun, sistem operasi ATLAS OS masih boleh ditambah baik. Tambahan lagi proses kemas kini boleh dibuat secara atas talian (OTA) saja.

Sistem navigasi GPS boleh dianggap memuaskan walaupun orang macam saya sudah terbiasa dengan Google Maps. Paparan arah simpang, dan laluan yang perlu diambil apabila menghampiri selekoh nyata sangat membantu. Ini ditambah pula maklunat navigasi tambahan pada kluster instrumen digital.

Selain itu, kebolehan Proton X90 (2023) membaca papan tanda jalan, termasuk had laju juga sangat membantu, terutama jika mahu mengelak disaman.

KESIMPULAN

Selepas memandu uji Proton X90 (2023), saya temui beberapa kekurangan dan kelebihan SUV saiz pertengahan ini.

Namun jika melihat kembali harga SUV yang dijual bermula RM123,800 hingga RM152,800, inilah antara SUV 7-kerusi (dan segmen-D) paling mampu milik di Malaysia buat masa ini.

Pesaing paling hampir, Chery Tiggo 8 Pro (2023) pun dijual pada harga mula RM159,800. Apapun, pandu ujilah dulu kerana pendapat kita mungkin berbeza. 🤗

BACA >>> Proton X90 Jual 257 Unit Sepanjang Mei 2023, SUV Segmen-D Nombor Dua di Malaysia!
BACA >>> #Perbandingan: Harga Proton X90 (2023) vs Model Pesaing Segmen Sama

Proton X90 2023
Proton X90 2023

 

Pandu uji Pandu Uji Proton X90 Proton X90 Proton X90 (2023) Roda4 sistem suspensi SUV saiz pertengahan SUV segmen-D
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026

    2 Comments

    1. Stuart on 17/08/2023 20:05

      Had my Proton X90 Flagship exactly 3 days before getting all sorts of errors, warnings and failures – even a maximum speed of 67kms at one point.

      Proton have been diagnosing the faults (13 in total) and claim to have fixed 9 but the car needs a new “motherboard” for the computer with no indication of the delivery of said board and the return of.the car.

      Reply
    2. Sains Data on 13/09/2023 12:58

      There is also a ventilation function on the seats in each row of seats.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.