• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

February 24, 2025 By Shawkath Leave a Comment

702
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik perhatian ramai pengguna jalan raya lain setiap kali dipandu menyusuri jalan raya atau lebuh raya.

Ketika berhenti seketika di kawasan awam, ramai orang termasuk mereka yang berkeluarga daripada pelbagai peringkat umur tidak melepaskan peluang menghampiri model itu secara dekat. Pelbagai soalan ditanya dan ramai menunjukkan ekspresi teruja pada wajah masing-masing.

Proton e.MAS 7 ialah kenderaan elektrik (EV) nasional pertama yang dilancarkan pada 16 Disember 2024 dalam dua varian, iaitu Prime dan Premium. Walaupun usia di pasaran belum menjangkau tiga bulan, tempahan untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) EV tersebut sudahpun melebihi 4,000 unit!

Pencapaian itu nyata cukup luar biasa, sekali gus meletakkan Proton e.MAS 7 sebagai EV paling laris dengan kedudukan nombor satu di Malaysia dengan menguasai 25 peratus keseluruhan segmen EV pasaran tempatan. Malah jualan Proton e.MAS 7 tiga kali ganda lebih tinggi berbanding BYD Atto 3!

HARGA EV SUV SEGMEN-C YANG MAMPU DIMILIKI RAMAI RAKYAT MALAYSIA

Bagi memahami apa yang membuatkan Proton e.MAS 7 Prime begitu diminati, PanduLaju meminjam seunit model varian itu untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai kehebatan SUV EV berkenaan.

Antara penyebab kepada sambutan luar biasa Proton e.MAS 7 ialah faktor harga mampu milik untuk sebuah SUV EV segmen-C bersaiz besar. Harga varian Prime ialah RM109,800, manakala Premium ditawarkan pada harga RM123,800.

Malah 6,000 pembeli awal layak mendapat penjimatan harga RM4,000! Ini membuatkan harga Prime dan Premium lebih murah, iaitu  masing-masing berharga RM105,800 dan RM119,800.

Jika melihat pesaing terdekat, BYD Atto 3, harga jualan model itu bermula RM149,800 dan boleh dikatakan jauh lebih mahal dan kurang mesra poket kebanyakan pengguna Malaysia.

SUV MESRA SEISI KELUARGA

Faktor kedua yang membuatkan Proton e.MAS 7 Prime laris di pasaran adalah ciri praktikal SUV itu yang memenuhi tujuan penggunaan pengguna, terutama sebagai kenderaan seisi keluarga.

Saiz kabin Prime memang amat luas, terutama kepada penumpang yang duduk di barisan kerusi penumpang belakang. Sampai boleh duduk bersilang kaki tanpa ada masalah ruang.

Begitu juga ruang antara lutut, kerusi depan, ruang kelegaan kepala dan siling SUV. Pun cukup luas. Kemasan kerusi pula menggunakan material lembut yang meningkatkan keselesaan ketika berada dalam Proton e.MAS 7.

Tidak cukup itu, tempat duduk barisan belakang jenis boleh laras dengan dua sudut miring supaya penumpang kekal selesa untuk perjalanan jarak jauh.

Seperkara yang meningkatkan lagi keselesaan ialah lantai kawasan penumpang belakang jenis rata. Tiada bonggol di tengah yang mengganggu kaki penumpang tengah yang duduk di  belakang.

Tidak lupa juga lambakan ruang barang dengan 33 kompartmen simpanan dalam kabin! Siap ada laci simpanan khas bawah kerusi belakang dan ruang storan jenis tarik di bawah konsol perehat lengan.

Lagi bonus tambahan ialah corong penyaman udara boleh laras di bahangan penumpang belakang, perehat lengan di tengah dengan dua tempat letak cawan, port USB Type-A dan Type-C serta lampu kabin putih jenis sentuh di kiri dan kanan di bahagian penumpang belakang.

Semua itu sudah tentu menjadi kelebihan buat seisi keluarga, terutama untuk membawa penumpang warga emas menikmati perjalanan tanpa memenatkan atau menyukarkan pergerakan mereka.

SELAMAT SEPANJANG PERJALANAN

Bukan hanya keselesaan menjadi keutamaan, tetapi teknologi yang didatangkan bersama Prime juga membuktikan Proton  memandang berat hal keselamatan pengguna SUV EV jenama itu.

Malah Proton juga tidak kedekut, apabila memuatkan model ini dengan pakej Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 sebagai ciri standard kedua-dua varian.

Seperkara lagi perlu diketahui, Proton e.MAS 7 meraih rating 5 bintang Asean NCAP dengan 92.57 mata. Semakan di laman web Aseancap.org (Asean NCAP) tidak memaparkan model Atto 3, tetapi lain kisahnya di laman Euroncap.com (Euro NCAP).

Agensi keselamatan kenderaan Eropah itu memberikan rating 'tidak disyorkan' untuk sistem ADAS BYD Atto 3 pada Oktober 2024.

Ketika memandu Proton e.MAS 7 Prime, anda boleh rasa 'teguran' dan bantuan pemanduan sekiranya sistem komputer SUV mengesan cara pemanduan atau kenderaan bergerak dalam potensi berisiko atau berbahaya.

Antara contoh boleh dikongsikan selepas adalah:

  • Peringatan pemanduan melebihi halaju dengan paparan angka kelajuan semasa dan simbol bulatan merah putih had laju yang dibenarkan di jalan berkenaan. Paparan akan ditunjuk pada kluster instrumen.
  • Stereng menjadi rigid sedikit jika mengesan kenderaan keluar lorong asal tanpa menyalakan lampu signal belok berserta bunyi amaran dalam kabin. Ini dibuat menerusi ciri Bantuan Kekal Lorong (ELKA), Cegah Keluar Lorong (LDP) dan Amaran Keluar Lorong (LDW).
  • Jika e.MAS 7 Prime menghampir kenderaan di depan yang berisiko perlanggaran, sistem komputer akan mengeluarkan bunyi amaran dan meminta pemandu supaya membrek. Jika tidak bertindak, ssstem akan membrek untuk mengelak kemalangan yang melibatkan ciri seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dan Sokongan Brek Dinamik (DBS).
  • Paparan lampu jingga berbentuk seperti sabit pada cermin sisi menandakan ada kenderaan berdekatan dalam zon titik buta.
  • Apabila mengundur, sistem akan membantu mengesan sebarang objek seperti pejalan kaki atau kenderaan di belakang dengan memberi amaran audibel (RCW dan RCTA) sebelum membrek sendiri (RCTB).
  • Ketika mengundur atau melihat keadaan di sekeliling Proton e.MAS 7 Prime, pemandu boleh gunakan saja fungsi kamera 360º yang memaparkan kualiti video yang jauh mengatasi resolusi beberapa model EV lain di Malaysia. Malah Varian asas e.MAS 7 pun ada kamera pandang keliling tau...
  • Ketika berhenti di lampu isyarat pula, tekan pedal brek ke dalam sedikit untuk mengaktifkan ciri brek pegun (Auto Hold) dan sekarang anda boleh rehatkan kaki.
  • Ciri keselamatan canggih dan moden ditawarkan Proton e.MAS 7 Prime (varian asas) sebenarnya belum tentu boleh didapati pada model EV asas lain. Fakta ini sangat penting yang perlu diketahui sebelum membeli mana-mana EV.

TEKNOLOGI CANGGIH GENERASI BAHARU

Selesai meninjau aspek keselesaan kabin dan ketenangan minda di jalan raya (keselamatan dan sekuriti), kini giliran mengenali teknologi tersembunyi di sebalik lantai dan bonet Proton e.MAS 7.

Lantai rata dalam kabin sebenarnya ada kaitan dengan keunikan frem Proton e.MAS 7 Prime yang menempatkan pek bateri Aegis Short Blade Battery jenis lithium besi fosfat (LFP) di dalam yang dipanggil teknologi Sel-pada-Badan (Cell-to-Body).

Pek bateri itu lebih canggih berbanding bateri EV lain dan dibangunkan Geely sendiri. Bateri ini memiliki ketumpatan tenaga 192Wh per kg dengan jangka hayat terbaik dalam kelas, masa pengecasan pantas dan juga lebih selamat.

Panjang saiz bateri 580mm panjang sebenarnya 40 peratus lebih pendek berbanding bateri bilah (Blade) tradisional. Kelebihan bateri pendek adalah mengurangkan rintangan dalaman dan kurang penghasilan haba dengan isipadu penggunaan naik 50 peratus.

Dalam ujian dibuat, bateri itu mencapai 3,500 kitaran pengecasan yang menyamai pengecasan dan pemanduan sejauh 1 juta kilometer (km). Secara purata, 1 juta km adalah ibarat memandu kereta sama selama 50 tahun dengan purata penggunaan 20,000km setahun.

Apal lagi perlu diketahui ialah pek bateri itu memiliki tiga lapis plat perlindungan di bahagian bawah, sistem kawalan mampu tahan larian terma (thermal runaway) dan lulus cemerlang enam ujian ekstrem dilakukan Pusat Automotif China:

  • Kakisan air laut
  • Geseran berterusan frekuensi tinggi
  • Suhu sejuk melampau
  • Digelek kenderaan 26 tan
  • Impak rempuhan sisi
  • Dipanggang dalam api

Selagi teknologi keselamatan bateri, sistem navigasi turut dilengkapkan dengan Peta Pengecasan Bersepadu (Integrated Charging Map) yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Dengan kerjasama operatos poin pengecas (CPO) utama seperti Gentari, JomCharge, chargEV, DC Handal, Carput Zap dan ChargeSini, peta diberikan menyenaraikan lebih 1,900 stesen pengecas seluruh negara membabitkan 85 peratus daripada semua pengecas awam di Malaysia setakat ini.

Proton e.MAS 7 Prime menggunakan pek bateri 49.52kWh dan kapasiti pengecasan pantas (DC) 80kW dan dan standard (AC) 11kW untuk jarak pemanduan hingga 345km (kitaran WLTP). Menariknya, masa mengecas AC daripada 30 peratus ke 80 peratus (SoC) cuma mengambil masa 4.9 jam (Premium: 6.1 jam).

Unit penggerak Prime datang daripada unit motor tunggal sistem pacuan elektrik 12-dalam-1 yang menawarkan kuasa maksimum 160kW dan tork 320Nm dalam pacuan roda depan (FWD). Pecutan 0-100kmj sepantas 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 175kmj. Malah penulis pernah berada dalam Prime yang dipandu sehingga 181kmj.

PANDANGAN PERIBADI SELEPAS PANDU UJI E.MAS 7 PRIME

  • Tempat duduk memang selesa dengan semua butang kawalan fizikal dan capaian tangan ke unit infotainmen mudah capai tangan.
  • Konsep minimalis dalam kabin membantu membuatkan varian Prime ini nampak lebih luas dan kemas.
  • Semua maklumat pada kluster instrumen mudah dilihat dan dibaca ketika memandu.
  • Respons stereng memuaskan dan tidak memerlukan tenaga lebih untuk diputar.
  • Sistem suspensi lembut, tetapi memenuhi keperluan memastikan keselesaan dalam kabin pada tahap terbaik.
  • Aliran kuasa yang menarik roda depan bersifat linear dan memang sesuai kepada mereka yang merancang beralih kepada sebuah EV.
  • Karakter respons kuasa juga menjadikan pemandu lebih tenang dan santai.
  • Semua ciri keselamatan berfungsi baik tanpa mendatangkan masalah besar.
  • Bunyi jingel van aiskrim ketika memandu perlahan mungkin kurang digemari, tetapi perlu demi keselamatan pengguna jalan raya lain dan orang sekeliling.
  • Ada ruang but besar dan ruang simpanan tambahan bawah pelapik lantai but untuk simpanan barangan tambahan.
  • Kerusi boleh lipat 60:40 mampu meluaskan lagi ruang kargo.
  • Unit infotainmen mudah digunakan dan tidak mengelirukan seperti sesetengah model EV lain.
  • Siapa patut beli? Secara peribadi, penulis berpendapat Proton e.MAS 7 Prime sesuai kepada mereka yang mahu beralih kepada EV, keluarga kecil, mereka yang tinggal di kawasan bandar utama, dan golongan wanita, termasuk eksekutif muda.

Seperti disebut, harga atas jalan tanpa insuran Proton e.MAS 7 Prime ialah RM105,800 dengan rebat RM4,000 (untuk 6,000 tempahan pertama).

Selain rebat, pembeli juga menerima pengecas rumah 7kW, adaptor V2L, sambungan Internet percuma selama lima tahun dan waranti enam tahun tanpa had perbatuan serta waranti lapan tahun atau 160,000km untuk bateri voltan tinggi.

Anda boleh menempah Proton e.MAS 7 Prime menerusi laman web Proton e.MAS dan bagi memudahkan lagi pengalaman pembelian dan pemilikan, anda boleh memuat turun aplikasi Proton e.MAS untuk digunakan dalam telefon pintar anda.

PROTON EMAS 7 - 99
PROTON EMAS 7 - 100
PROTON EMAS 7 - 102
Proton e.MAS 7
PROTON EMAS 7 - 104
PROTON EMAS 7 - 106
PROTON EMAS 7 - 107
PROTON EMAS 7 - 108
PROTON EMAS 7 - 109
PROTON EMAS 7 - 110
PROTON EMAS 7 - 111
PROTON EMAS 7 - 105
PROTON EMAS 7 - 113
PROTON EMAS 7 - 114
PROTON EMAS 7 - 115
PROTON EMAS 7 - 116
PROTON EMAS 7 - 117
PROTON EMAS 7 - 118
PROTON EMAS 7 - 119
PROTON EMAS 7 - 120
PROTON EMAS 7 - 121
PROTON EMAS 7 - 122
PROTON EMAS 7 - 123
PROTON EMAS 7 - 124
PROTON EMAS 7 - 125
PROTON EMAS 7 - 126
PROTON EMAS 7 - 127
PROTON EMAS 7 - 137
PROTON EMAS 7 - 138
PROTON EMAS 7 - 140
PROTON EMAS 7 - 141
PROTON EMAS 7 - 143
PROTON EMAS 7 - 142
PROTON EMAS 7 - 144
PROTON EMAS 7 - 146
PROTON EMAS 7 - 148
PROTON EMAS 7 - 149
PROTON EMAS 7 - 150
PROTON EMAS 7 - 152
PROTON EMAS 7 - 151
PROTON EMAS 7 - 153
PROTON EMAS 7 - 154
PROTON EMAS 7 - 155
PROTON EMAS 7 - 157
PROTON EMAS 7 - 161
PROTON EMAS 7 - 162
PROTON EMAS 7 - 166
PROTON EMAS 7 - 167
PROTON EMAS 7 - 170
PROTON EMAS 7 - 172
PROTON EMAS 7 - 173
PROTON EMAS 7 - 174
PROTON EMAS 7 - 175
PROTON EMAS 7 - 176
PROTON EMAS 7 - 177
PROTON EMAS 7 - 179
PROTON EMAS 7 - 180
PROTON EMAS 7 - 178
PROTON EMAS 7 - 181
PROTON EMAS 7 - 183
PROTON EMAS 7 - 184
PROTON EMAS 7 - 185
PROTON EMAS 7 - 187
PROTON EMAS 7 - 188
PROTON EMAS 7 - 186
PROTON EMAS 7 - 191
PROTON EMAS 7 - 189
PROTON EMAS 7 - 190
PROTON EMAS 7 - 192
PROTON EMAS 7 - 193
PROTON EMAS 7 - 194
PROTON EMAS 7 - 195
PROTON EMAS 7 - 196
PROTON EMAS 7 - 197

Related

702
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Pandu Uji, Roda4 Tagged With: EV Proton, Kenderaan Elektrik (EV), Pandu uji, Proton, Proton e.MAS 7, Proton e.MAS 7 Prime, Proton eMAS 7, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev