Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: ‘Proton 1 Tank Adventure’ – Isi Penuh Saga Boleh Pergi Sejauh 650km!
Pandu Uji

#PanduUji: ‘Proton 1 Tank Adventure’ – Isi Penuh Saga Boleh Pergi Sejauh 650km!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAUH manakah kereta anda mampu pergi dengan setangki isian minyak penuh? Bagi kereta kecil, bergantung kepada saiz tangki minyak. Makin besar tangki, makin jauh boleh bergerak. Ataupun jenis teknologi ditawarkan.

Bagi mendapatkan jawapan, Proton menjemput orang ramai menyertai sesi ujian kecekapan bahan api, ‘Proton 1-Tank Adventure’, melibatkan lima pusingan bermula 17 Julai-5 Ogos ini. Rasanya, inilah pendekatan terbaik diambil Proton bagi membuktikan kepada orang ramai yang sering mendakwa kenderaan Proton kuat makan minyak. Pusingan pertama baru saja berlangsung Selasa-Rabu lalu dan kami ialah antara peserta dalam kategori media.

Kereta dipandu kami ialah standard dengan semua spesifikasi dikekalkan (termasuk tayar ganti). Kereta akan diisi minyak penuh, 40 liter, manakala gaya pemanduan biasa-biasa saja, tidaklah ekstrem bagi menjimatkan bahan bakar.

BACA >>> Proton Saga 2016 Kembali Menggegar – Ketahui 9 Fakta dan 113 Foto Mengancam

Pusingan pertama bermula dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam menuju lokasi akhir di Ipoh. Sememangnya misi utama ‘Proton 1-Tank Adventure’ ialah mencabar kemampuan peserta untuk berulang-alik dari Shah Alam-Ipoh-Shah Alam dengan berbekalkan isian setangki minyak penuh sahaja. Pada masa sama berpeluang meneroka keindahan alam, budaya, dan makanan di Malaysia.

Saya bersama 23 peserta lain bagi pusingan pertama kawasan tengah memulakan perjalanan ke lokasi pemeriksaan atau check point pertama di Bukit Melawati, Kuala Selangor yang melibatkan laluan jalan lama ke lokasi check point kedua di Menara Condong Teluk Intan. Seterusnya, kami memasuki laluan Tapah Road ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Tapah ke arah Bukit Gantang Arah Selatan untuk check point ketiga.

KALI PERTAMA PANDU SAGA

Saya dan seorang lagi rakan media dari The Star memandu Proton Saga 1.3L CVT dan cabaran besar kami ialah melengkapkan perjalanan sejauh 350km. Apatah lagi kami bukanlah pemilik Saga baharu dan perlu mengambil masa untuk memahami karakter sedan segmen-B itu.

Soal keselamatan memang tidak perlu risau kerana model Proton itu dilengkapi ciri keselamatan komprehensif. Bagi memastikan kecekapan bahan api yang lebih efisien, rev atau rpm enjin mesti dikekalkan antara 1,000-2,000rpm. Pada awal agak sukar memastikan jarum takometer berada dalam julat tersebut kerana pada kelajuan 60kmj pun sudah lebih takah 2,000rpm.

BACA >>> Inilah Rupa Paras Proton Saga 2016 Pabila Malam Hari

Kami agak bergelut pada awal pemanduan, tetapi selepas bergerak sejauh lebih kurang 5km, barulah mula mendapat rentak. Setiap kali berhenti, pedal brek akan dilepaskan dan kami akan biarkan kereta menyusur perlahan sebelum menekan pedal minyak dengan injakan ringan. Inilah cara terbaik menggunakan gear CVT supaya kereta tidak rasa berat.

MOD ECO JADI PANDUAN

Kami mampu menarik nafas lega walaupun kelajuan mencecah 80-100kmj berdasarkan indikator ECO yang tertera pada panel meter. Ini secara tidak langsung memberi isyarat tentang gaya pemanduan kami yang cermat dan menjimatkan. Perjalanan merentasi bentangan sawah padi dari Bukit Melawati ke Teluk Intan kekal jimat.

Namun, bagi memastikan minyak cukup untuk perjalanan pulang, kami memutuskan mengekalkan kelajuan maksimum setakat 70kmj sahaja. Tetapan penyaman udara disetkan kepada tahap dua, manakala suhu paling kurang sejuk.

Berat badan saya 60kg, dan rakan media lebih kurang 55kg. Masing-masing hanya bawa dua beg sandang dan satu beg silang. Maksudnya dari segi muatan, tidaklah terlalu berat. Sebaik tiba di Teluk Intan, kami mengisi perut di Restoran Udang Galah yang popular di situ. Sempat saya bertegur sapa dengan pemilik Proton yang turut jadi peserta dalam ujian kembara ini. Majoriti pemandu masih mampu mengekalkan isian penuh tangki. Ya, masih full bar!

BACA >>> #PanduUji: Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga 2016? Inilah Jawapannya…

Lain pula saya sebab sebaik saja memulakan perjalanan dari Teluk Intan ke Bukit Gantang, satu bar minyak sudah lesap. 😛 Cabaran sebenar bermula apabila melalui laluan PLUS menuju Terowong Menora untuk tiba ke check point terakhir, iaitu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang Arah Selatan. Laluan berbukit berisiko memberi kesan kepada penggunaan bahan api sesebuah kenderaan.

Kami pun mencuba beberapa pengetahuan logik yang ada seperti menukar gear kepada N ketika menurun jalan raya berbukit, dan memandu di belakang lori untuk ‘potong angin’. Alasannya, jika kereta jadi lebih aerodinamik, maka kami akan dapat menjimatkan penggunaan petrol. Ingat, tetapan penyaman udara masih kekal sama (tahap 2, paling kurang sejuk) kerana cuaca diluar sangat panas. Tidaklah pula kami sanggup berpanas dalam kereta.

Selesai mendapat cop check point akhir di Bukit Gantang, kami menuju Hotel Weil, Ipoh untuk merehatkan badan. Sampai sana, minyak sudah berbaki separuh, dan kami perlu bijak menggunakan sisa minyak yang ada untuk pulang ke MAEPS, Serdang. Apa yang mengejutkan kami, ada pemilik kereta Proton lain baru susut dua bar minyak sahaja! Betul-betul bikin bimbang. Adakah kami berjaya mencapai misi? Teruskan membaca.

HARI AKHIR, PULANG KE KL

Pagi Rabu, saya dan rakan tidak terus memulakan perjalanan ke Lebuh Raya PLUS untuk pulang ke MAEPS,Serdang. Sebaliknya kami ke Sekolah ACS dan Stesen Keretapi Ipoh untuk merakamkan beberapa foto. Walaupun minyak cuma berbaki separuh, kami buat-buat yakin saja hendak melencong dari laluan asal.

Perjalanan pulang agak membosankan kerana terpaksa memandu dalam kelajuan siput (60-70kmj) di lebuh raya. Semua itu terpaksa dilakukan demi memastikan baki petrol yang ada dapat membawa kami ke MAEPS dengan selamat! Sebaik tiba di R&R Behrang, indikator minyak semakin nazak, ada satu bar sahaja.

BACA >>> Proton Saga 2016 VS Saga FLX: 15 Perincian Interior Yang Perlu Anda Tahu

Kami semakin terdesak dan bimbang. Pelbagai cara digunakan dan kami mula menutup penyaman udara untuk menjimatkan minya, tetapi tidak pula menurunkan tingkap terlalu banyak untuk mengelak kesan drag. Walaupun bermandi peluh seakan bersauna dalam kereta, kami berjaya menyelesaikan misi ‘Proton 1-Tank Adventure’ dengan rekod perjalanan sejauh 650km. Wow!

Apa yang spesial lagi? Saya dan rakan muncul juara kategori Saga (Media) dengan rekod penjimatan minyak 5 liter/100km dan ini dicapai tanpa menutup penyaman udara dengan kelajuan maksimum hingga 80kmj. Tetapi jika anda lihat rekod peserta lain pasti akan lebih terkejut kerana angka yang dicapai bersamaan penjimatan petrol bagi kereta hibrid.

  • Juara Iriz: Md Shariffuddin Ismail / Md Sallehuddin (30.43L, 4.75L/100km)
  • Juara Persona: Mohd Hafiz / Ahmad Syahir (25.617L, 4.0L/100km)
  • Juara Saga: Mohd Faiz Ghazali / Ahmad Daud Abdul Manan (22.895L, 3.57L/100km)

MAKLUM BALAS PESERTA

Faharudin Abd Hamid, 48

“Ramai ada persepsi buruk apabila bercakap pasal jimat minyak. Sebelum ini saya pemilik Saga selama 12 tahun dan pada 2016 saya beli Persona. Saya dah buktikan model baru Proton menjimatkan petrol. Bergantung kepada pemiliknya saja, saya isi minyak RM70 untuk pemanduan bandar setiap hari, selepas seminggu kemudian baru saya isi semula.

“Dengan penumpang penuh, Persona dapat buat perjalanan ke Terengganu tanpa perlu isi minyak. Sebaik saja sampai, masih berbaki dua bar, saya boleh pusing lagi kawasan Terengganu. Itupun saya bawa dalam halaju lebuh raya,” katanya.

Achey Bocey, selebriti pelawak

* Achey ialah salah seorang peserta selebriti dalam ‘Proton 1-Tank Adventure’ dan Saga dipandunya merekodkan penggunaan bahan api 3.6L/100km.

“Ketika dijemput saya tak tahu langsung akan dapat hadiah wang tunai. Saya cuma nak buktikan betul atau tidak kereta Proton ni jimat sebab saya cuma akan cakap yang benar di Instagram. Jadi, saya memang all out sepanjang perjalanan pergi-balik. Saya langsung tak hidupkan aircond,hanya buka separuh tingkap.

“Saya tutup tingkap dan hidupkan aircond di Behrang ketika perjalanan pulang. Apabila turun bukit, saya guna gear N dan sebab itulah saya mampu capai angka tersebut. Sebenarnya kereta Proton mampu beri penjimatan bahan api, anda cuba dahulu,” katanya.


PROTON 1-TANK ADVENTURE

Cabaran tersebut melibatkan tiga model Proton paling laris iaitu Persona, Saga dan Iriz – yang akan dipandu di lima wilayah Tengah, Pantai Timur, Barat Malaysia (Sabah), Selatan dan Utara. Setiap pasukan wilayah yang menang akan membawa pulang RM2,000( Pertama), RM1,500 (Kedua) dan RM1,000 (Ketiga). Semua pemenang setiap kategori (Saga, Iriz dan Persona) akan membawa pulang nilai hadiah yang sama. Bagi pusingan akhir, hanya pemenang terbaik Saga, Iriz dan Persona diberikan RM3,000.

GALERI
Cabaran Pandu Uji Pandu uji Proton Proton 1-Tank Adventure Proton Saga
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

13/01/2026
Proton X70 2026 facelift rasmi lancar
Roda4

Proton X70 2026 Versi Dipertingkat Rasmi Lancar, Harga Mula RM99,800

08/01/2026
Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Jualan kenderaan CKD 2026 dijangka meningkat
Auto Terkini

Harga Kereta Dijangka Melonjak hingga 30 Peratus, EV Nasional Jadi Penyelamat Pasaran?

05/01/2026
View 1 Comment

1 Comment

  1. Pemilik Saga Since Jan 2018 on 04/09/2019 16:25

    Cuba la redah jam kawasan kl… Buat la perbandingan dengan myvi, bezza dan honda city. Long distance kita jarang buat, yang selalu kita buat ulang alik pergi kerja, redah jam (everyday use / city ride).

    Pengalaman saya, dgn gaya pemanduan yang sama (saya yg drive, of cource la sama), dari bandar tun razak ke nilai impian melalui TBS dan tol sungai besi, perjalanan pergi dan blik, saga baru saya vs saga flx bini vs myvi abang: saga saya = rm 20, saga flx bini = rm15, myvi = rm 10.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.