Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#PanduUji: Kia Picanto yang Kecil-Kecil Cili Padi, Memang Menyengat!
Auto Terkini

#PanduUji: Kia Picanto yang Kecil-Kecil Cili Padi, Memang Menyengat!

DeeBy Dee11/06/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INILAH kereta kompak kecil molek yang kami gelarkan sebagai kecil-kecil cili padi!

Baru-baru ini Dee berpeluang memandu uji Kia Picanto 1.2 EX selama seminggu. Selepas puas membelek, dan mengkaji segala macam kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Kia Picanto generasi ketiga ini, berikut Dee senaraikan kenapa model segmen-A ini berbaloi untuk dimiliki.

1. REKABENTUK JIWA MUDA

Penampilan Picanto 1.2 EX (2018) ini diilhamkan berasaskan rekabentuk signatur Kia yang dapat dilihat pada gril radiator ‘hidung harimau’ aka ‘tiger nose‘ yang bersambung dengan lampu utama. Imej luaran Picanto menampilkan gaya muda dan sporty.

2. RUANG KABIN BERKUALITI

Picanto 1.2 EX (2018) dipadankan reka letak dan material baharu bagi menyerlahkan kualiti premium model mini ini.  Di tengah papan pemuka terpampang unit infotainment skrin sentuh apung 7 inci dengan sistem navigasi pemetaan 3D, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto dengan ciri pengecaman suara, Bluetooth, auksiliari (AUX) dan port USB. 

3. CIRI KESELAMATAN TERTINGGI

Ini antara ciri Picanto (2018) paling mengujakan dan boleh dikategorikan sebagai paling premium dalam kelasnya.

  • Casis dibina berasaskan Keluli Kekuatan Tinggi Termaju (AHSS) yang lebih kuat berbanding model terdahulu.
  • 44 peratus kerangka badan Picanto menggunakan AHSS (berbanding 22 peratus bagi model terdahulu).
  • Berat kereta dikurangkan 23kg, manakala kekuatan tegangan ditingkatkan 12 peratus.
  • Ada 6 beg udara, pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, tali keledar belakang prategang, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).

VIDEO PENUH PANDU UJI OLEH DEE

Bagaimanakah pula harga dan pengalaman memandu? Ya, Picanto (2018) sangat sedap dan seronok dipandu. Walaupun Naza Kia Malaysia tidak pernah sekalipun masukkan iklan di PanduLaju, kami tetap puji kerana Picanto (2018) sememangnya sebuah kompak yang seronok dipandu.

Cara kami mudah, benda baik harus dikongsi dengan semua pembaca walaupun sesetengah pengeluar langsung tidak pernah melabur dengan kami. Hendak tahu lebih lanjut kenalah tonton video pandu uji Dee di bawah ini:

harga kia picanto harga kia picanto baru harga kia picanto malaysia Kia Kia Picanto Kia Picanto (2018) kia picanto baru Pandu uji Pandu Uji Kia Picanto Picanto Review Kia Picanto Video Kia Picanto
Dee

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026

    2 Comments

    1. Amran on 08/05/2019 10:51

      Kia Rio pun sedap

      Reply
    2. Ahmad on 18/07/2019 01:05

      Bila nak review picanto GT paultan dah buat nu…. Review la orang rumah dok gaduh nak tgk perempuan yg review GT line ni. Kereta untuk perempuan depa kata…..tolong review Dee na aku seronok tgk hampa review senang paham. GT ni xdak test drive lagi sini

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.