Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Citroen Grand C4 Space Tourer yang Lawa, Sedap Dipandu dan Harga Menarik!
Pandu Uji

#PanduUji: Citroen Grand C4 Space Tourer yang Lawa, Sedap Dipandu dan Harga Menarik!

DeeBy Dee21/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDANG mencari kenderaan pelbagai guna (MPV) selesa dengan bajet bawah RM150,000? Pernahkah anda terfikir atau terlintas dalam fikiran tentang MPV kontinental Citroen Grand C4 Space Tourer? Inilah MPV unik, selesa, versatil dan moden. Dan memang betul harganya di bawah RM150,000, atau lebih tepat RM149,888 tanpa insurans. Macam tak percayakan?

Rupa luaran Grand C4 Space Tourer tampil cukup moden, aerodinamik dan elegan yang tipikal dengan rekabentuk automobil dari Eropah. Tidak perlu merenung lama, lihat saja rekaan lampu utama dan lampu belakang. Pasti inilah saja MPV yang memiliki rekabentuk sebegini dan tiada model jenama lain yang mirip dengannya.

Sesuai pula dengan nama diberi, Grand C4 Space Tourer. Meroket ke angkasa jalan raya?

BACA >>> Citroen Grand C4 SpaceTourer – MPV Premium yang Mampu Milik, Harga RM149,888

Ya, penampilan luaran Grand C4 Space Tourer memang menarik mata memandang. Cermin depan lebar dan bonet landai nampak secocok dengan lencana Chevron pada gril yang bersambung pada lampu siang (DRL). Lampu utama pula diposisikan pada bampar dan paling menarik ialah pencahayaan tiga dimensi (3D) untuk lampu belakang.

Ruang kabin menawarkan keselesaan optimum kepada penumpang dengan menumpukan aspek ruang sepenuhnya. Jangan lupa, Grand C4 Space Tourer turut menawarkan fungsi kerusi urut pada kerusi pemandu dan penumpang depan, sesuatu yang tidak ditawarkan pesaing lain untuk model MPV di bawah RM150,000!

MPV ini juga seronok dan selesa dipandu. Trenkuasa enjin 1.6L Turbo Tekanan Tinggi (THP) berkuasa 165hp dan trok 240Nm @ 1,400rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan, manakala purata kecekapan bahan api 5.8 liter per 100km.

BACA >>> Citroen Rancang Hasilkan Kereta Bajet Rendah untuk Rakyat India

CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Berikut ciri keselamatan ditawarkan Grand C4 Space Tourer. Memang lengkap:

  • Brek Keselamatan Aktif (ASB)
  • Pengecaman Had Kelajuan (SLR)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAA)
  • 6 Beg Udara
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Kawalan Traksi (TCS)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Cermin Pantau Kanak-Kanak Dalaman (ICMM)
  • 3 poin ISOFIX di tempat duduk baris kedua.

Nak tahu lebih lanjut pasal Grand C4 Space Tourer? Jom layan ulasan video pandu uji daripada abang Gan dan Bak di bawah ini. Ingat, puji bukan sebarang puji. Tapi kalau barang sedap dan baik, takkan kita tak nak kongsikan?

Kalau berminat dan mahu rasa sendiri fiil memandu MPV konti ni, apa kata pergi pandu uji. Pilihan di tangan anda!

BACA >>> Citroën Perkenal Cermin Mata Anti-Mabuk Kenderaan, Harga €99 (RM466) Sahaja

Citroen Citroen Grand C4 Space Tourer Citroen Malaysia Enjin Citroen Grand C4 Space Tourer harga Citroen Grand C4 Space Tourer kereta keluarga kereta pelbagai guna MPV MPV malaysia MPV mampu milik MPV murah pandu uji Citroen C4 Grand Space Tourer review Test Drive ulasan pandu uji
Dee

    Artikel Berkaitan

    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
    Pandu Uji

    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

    18/11/2025
    Roda4

    #JMS2025: Lexus LS Concept Definisi Semula Makna Ruang Mewah MPV

    17/11/2025
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.