Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: 6 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Hyundai Ioniq
Pandu Uji

#PanduUji: 6 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Hyundai Ioniq

Abang GYLBy Abang GYL02/02/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandu uji hyundai ioniqJIKA diberi pilihan untuk memilih salah satu kenderaan hibrid yang paling diminati, tanpa perlu berfikir panjang saya akan ‘meminang’ Hyundai Ioniq.

Kenapa suka Ioniq? Jawapan saya mudah, rekabentuk awesome dan prestasi superb! Ya, tanpa segan silu saya katakan sudah ‘jatuh cinta’ dengan Hyundai Ioniq.

Bagi anda yang mungkin tidak setuju dengan kenyataan ini, saya syorkan pandu uji dahulu. Saya yakin anda akan setuju selepas memegang stereng dan pandu uji model hibrid ini.

Bagi anda yang mahu ketahui kenapa Hyundai Ioniq menjadi pilihan saya, enam sebab ini adalah jawapannya;

pandu uji hyundai ioniq

1. HARGA MURAH GILA

Saya masih ingat Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kata harga jualan Ioniq bermula RM130,000. Kenyataan itu dikeluarkan selepas mengumumkan tempahan dibuka bagi model itu.

Apa yang mengejutkan saya, harga Hyundai Ioniq jauh lebih murah daripada dianggarkan. Ia dijual pada harga serendah RM100,328 hingga RM114,000.

pandu uji hyundai ioniq

2. ENJIN SUPERB

Bagi pasaran Malaysia, Hyundai Ioniq ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu HEV dan HEV PLUS.

Bagaimanapun kedua-duanya dipadankan enjin yang sama iaitu Kappa 1.6L Atkinson GDI 4-silinder. Hasil gabungan kuasa motor elektrik, Hyundai Ioniq mampu menghamburkan kuasa sebanyak 139hp dan tork puncak 265Nm.

Lebih menarik, Hyundai Ioniq memilih pasangan kotak gear DCT 6-kelajuan berbanding pesaingnya yang lebih menggemarkan penggunaan transmisi CVT.

Biarpun hanya enjin 1.6L, tetapi hantaran kuasa disalurkan cukup membuatkan anda melekat di kerusi.

Jika masih tidak cukup teruja, pilih saja mod pemanduan Sport dan ia mampu membuatkan denyutan jantung anda bergerak laju. Bukan saja berkuasa, pengendalian stereng juga tidak mengecewakan.

Ya, enjin Hyundai Ioniq memang superb!

BACA >>> Adakah Ini Hyundai Elantra Baharu? Mampukah Cabar Honda Civic?

pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq

3. JIMAT MINYAK KAW-KAW

Selepas ‘melenjan’ Hyundai Ioniq melalui kawasan kampung sekitar Negeri Sembilan, Semenyih, Beranang dan berakhir di Putrajaya , ia hanya menggunakan 1 takuk minyak. Menurut Hyundai, Ioniq mampu bergerak sejauh 1,000km dengan satu tangki penuh. Wow!

Dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen, mungkin Hyundai Ioniq adalah pilihan bijak bagi anda yang sedang merancang membeli kereta.

Pandu Uji Hyundai Ioniq_PanduLaju (18)

4. DESAIN MENARIK

Dari segi paras rupa, kedua-dua varian tampak hampir sama. Apa yang membezakan antara kedua-duanya adalah dari segi kosmetik dan ciri ditawarkan.

Bagi varian tertinggi iaitu Hyundai Ioniq HEV PLUS, ia dipadankan dengan lampu Bi-Xenon bersama lampui LED berbentuk C.

Manakala ruangan dalaman pula menampilkan kerusi yang dibaluti kulit, skrin TFT bersaiz 7-inci dan banyak lagi.

Jika dibandingkan dengan barisan ahli keluarga Hyundai yang lain, saya merasakan desain Ioniq paling menarik dan menawan.

pandu uji hyundai ioniq

5. CIRI KESELAMATAN PREMIUM

Model pemasangan tempatan (CKD) daripada kilang Inokom di Kulim, Kedah ini tidak berkrompomi dengan aspek keselamatan pemandu dan penumpang.

Kesemua varian didatangkan dengan tujuh beg udara, Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM), kamera undur, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Bantuan Daki-Mula (HAC) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).

Manakala varian HEV PLUS pula menerima beberapa lagi penambahan keselamatan seperti;

  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Automatic Emergency Braking System (AEB)
  • Smart Cruise Control (SCC)
  • Sensor hujan

pandu uji hyundai ioniq

6. PEMBELI IONIQ DIUTAMAKAN

Bukan saja dapat kereta awesome, kesemua pemilik Hyundai Ioniq turut menerima Program Care Plus. Antara keistimewaan Program Care Plus adalah;

  • 5 tahun jaminan atau 300,000km (mana tiba dahulu)
  • 8 tahun jaminan tanpa had perbatuan bagi bateri
  • Harga bateri dibawah RM10,000 sekiranya perlu ditukar
  • Servis percuma selama tiga tahun atau 60,000km
  • 3 tahun perlindungan daripada Insurans Jaminan Auto (GAP) – Pemilik Ioniq akan dibayar 100 peratus nilai kereta sekiranya berlaku kemalangan total loss dan tempoh tiga tahun pemilikan

BACA >>> #Videotomotif: Iklan Komersil Hyundai Veloster, Dewa Kematian Muncul dan Ford Focus Jadi Mangsa

pandu uji hyundai ioniq

WAJIB BELI?

Sejujurnya saya merasakan Hyundai Ioniq berbaloi dimiliki. Persoalannya, mampukah Hyundai Ioniq menawan hati anda? Melihat kepada harga dan ciri ditawarkan, sudah pasti ia memberi kelebihan pada Hyundai Ioniq.

Cuma jenama yang membuatkan ramai berfikir dua kali. Jika jenama itu adalah dari negara matahari terbit, saya yakin ia akan menjadi model ‘laku keras’.

Tetapi berani saya katakan, Hyundai Ioniq ini berbaloi dimiliki. Bukan saja ‘sedap’ dibawa, ia juga didatangkan dengan pakej lengkap.

Jika anda masih ragu-ragu, saya syorkan supaya pandu uji dahulu sebelum membuat keputusan. Percayalah, Hyundai Ioniq ini memang awesome!

GALERI

pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
pandu uji hyundai ioniq
hibrid hybrid hyundai Hyundai Ioniq Hyundai Ioniq Hybrid pandu uji hyundai ioniq
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Pandu uji Mercedes G-Class KL - Cameron Highlands
    Pandu Uji

    #PanduUji: KL – Cameron Highlands Bersama Mercedes-Benz GLA 250, GLC 200 4MATIC – Ujian Dunia Sebenar Tanpa Konvoi

    07/05/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Ioniq V Tampil Gaya Sporty, Jarak Lebih 600 km (CLTC)!

    27/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Selesa Dengan Kerusi Kapten!

    27/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.