Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: Apakah Panduan Memasang Cermin Gelap (Tinted) untuk Kereta?
Auto Terkini

#TahukahAnda: Apakah Panduan Memasang Cermin Gelap (Tinted) untuk Kereta?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/10/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMULA 1 Mei 2015, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menetapkan peraturan kadar VLT (ketelusan cahaya) baharu untuk penggunaan cermin gelap bagi ksemua jenis kenderaan di Malaysia.

Mengikut peraturan ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, JPJ menetapkan kadar VLT ialah seperti berikut:

  • Cermin Depan – 70 Peratus
  • Cermin Sisi Pemandu dan Penumpang Depan – 50 Peratus
  • Cermin Belakang dan Sisi Penumpang Belakang – 30 Peratus


Bagi pengguna jalan raya ingkar boleh dikompaun RM300. Sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah, mereka boleh didenda hingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya.

FUNGSI FILEM PENAPIS HABA

Umum mengetahui, fungsi utama pemasangan filem penapis haba (tinted) pada kenderaan ialah untuk mengurangkan kepanasan bersesuaian keadaan cuaca negara kita. Hari ini semua pengeluar filem penapis haba menawarkan objektif sama, tetapi adakah mereka menawarkan faedah kedua selain mengurangkan kepanasan?

Kaum wanita, misalnya, mereka akan memakai krim pelindung matahari apabila ke pantai, tetapi kenapa tidak ketika memandu kenderaan, berjalan di luar atau membeli belah kerana sinar ultraungu (UV) tidak terhad di pantai saja.

PERLINDUNGAN UV

Ya, memang ada pengeluar menawarkan filem penapis haba yang bukan saja mampu mengurangkan panas matahari, malah turut menawarkan perlindungan UV. Bagi filem penapis haba dengan perlindungan UV, ia mampu mengurangkan risiko kanser kulit akibat pendedahan sinar UV berlebihan ketika memandu. Bagaimanapun, harganya lebih mahal berbanding biasa.

CARI BERKUALITI

Mungkin ada di antara sesetengah pengguna menganggap semua filem penapis haba itu sama. Asalkan cermin gelap, pasti kepanasan dapat dikurangkan. Faktanya, bukan semua filem cermin gelap sama. Jika anda menggunakan filem penapis haba berkualiti rendah, efek warna akan cepat luntur selain tidak tahan lama.

Apa salahnya melabur sedikit untuk mendapatkan filem cermin lebih berkualiti. Filem penapis haba dengan ketebalan 4 mil atau 6 mil sudah cukup.

PENJAGAAN FILEM PENAPIS HABA

Ramai bertanya, bagaimanakah cara menjaga filem penapis haba supaya tahan lebih lama?

Jawapannya, kewujudan pelbagai teknologi terkini, kebanyakan pengeluar sudah berani memberikan jaminan antara 5 hingga 10 tahun. Cuma kami tidak menggalakkan pengguna menggunakan bahan cucian kuat ketika mencuci kenderaan.

Mencuci tingkap kereta dengan air biasa sudah mencukupi. Apa yang penting, kain pengelap kereta mesti bebas habuk kerana ia berpotensi menyebabkan kesan calar pada filem. Jadi, anda mesti elakkan menggunakan kain pengelap terlalu kotor.

Kadangkala, calar filem berpunca akibat geseran pada getah disebabkan proses menaikkan dan menurunkan tingkap kuasa. Masalah itu sebenarnya berpunca daripada proses penggunaan dan keadaan sesebuah kenderaan. Ia bukan disebabkan kecacatan filem seperti warna luntur, paparan cermin menjadi kabur atau terdapat buih. Bagi anda yang sedang tercari-cari filem penapis haba, kami harap artikel ini dapat membantu.

Kesimpulannya, jangan kedekut melabur wang untuk dapatkan filem penapis haba yang lebih berkualiti. Apapun, belilah mengikut kemampuan. Sekarang, mari saksikan video Roda Pusing mengenai Panduan Cermin Gelap.

Cermin Gelap filem gelap Filem Kereta Filem penapis haba Info Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ tinted VLT
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026

    2 Comments

    1. HAFIZ GLASS TINT on 11/09/2017 14:26

      Adakah cermin rumah anda jernih? Masih menjadi masalah utama untuk mendapatkan privacy & sejuk di dalam rumah?

      Ya, tempahan awal didahulukan. Tinted cermin rumah sememangnya menjadi keperluan pada masa kini.

      Azam kami untuk melihat anda berpuas hati dengan hasil kerja & produk kami.

      Tinted cermin yang kami pasangkan terbukti menyejukkan dalam rumah.

      Jika anda rasa tinted kami tidak bagus, kami ganti balik wang anda.

      Anda boleh lihat sendiri di dalam album “Window Glass Tint” kami, Alhamdullillah terbukti ramai pelanggan kami yang sangat berpuas hati selepas memasang tinted cermin rumah/bangunan.

      Kami sentiasa menerima pembelian secara online dan diposlajukan untuk pelanggan yang jauh dengan harga pemborong.

      Pemasangan Tinted Cermin Rumah & Bangunan
      Pengedar Tinted
      Kelas Pemasangan Sticker & Tinted
      018-262 7765

      Tqvm For Early Booked

      Specialist For Glass Protection Film House & Office Tint.

      36 person 1 team in Malaysia
      Contact us for FREE Quotation.

      Perak Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Kelantan Terengganu Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Pulau Pinang Kedah Perlis

      Since 2009 Tqvm For Support

      Tinted Film Specialist

      Tinted Cermin Rumah

      Tinted Cermin Pejabat

      Hafiz Glass Tint

      IP0464367-M

      Reply
    2. Noraini Nordin on 14/09/2020 14:38

      Bagus tulisan encik. Banyak ilmu yang saya dapat. Terima kasih. Boleh share pakej tinted untuk x 70 ?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.