Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Tata Xenon Double Cab 4×4 Premium
Pandu Uji

PANDU UJI: Tata Xenon Double Cab 4×4 Premium

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/05/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Tata Xenon Double Cab 4x4 Premium

SELEPAS pelbagai jenama automotif dari China, kini giliran India pula menyerang Malaysia dengan produk automotif dari negara Asia Selatan itu. Pandu uji kami kali ini ialah sebuah pikap jenama Tata daripada varian Xenon Double Cab (DC) 4×4 Premium.

Dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh DRB-Hicom Commercial Vehicles Sdn Bhd, Xenon DC antara tiga varian Xenon selain Single Cab dan Space Cab yang juga dalam kategori kenderaan komersil ringan di bawah jenama Tata.

Bermula harga atas jalan serendah RM64,281.02, anda sudah boleh membawa pulang Xenon Single Cab 4×2. Namun, bagi model paling premium yang diberikan kami ini pula bernilai RM79,654.68 dengan perbezaan harga lebih RM15,000.

Berbanding dua lagi varian DC, Xenon DC 4×4 sebagai versi paling premium sudah tentu memuatkan ciri-ciri penuh seperti pijakan sisi aluminium, bampar pijakan belakang, lampu kabus depan, lampu kabus belakang, suis penghidup dengan lingkaran iluminasi, kunci sentral, tingkap sekali sentuh untuk pemandu dan penumpang sebelah, termasuk pelapik kabin (bedliner).

Sebelum mengulas lebih mendalam, sukacita dimaklumkan semua produk Tata buat masa ini tidak ditawarkan untuk individu perseorangan, sebaliknya untuk kegunaan komersil sahaja. Dalam bahasa mudahnya, pinjaman bank atau belian tunai mestilah dibuat di atas nama syarikat.

EKSTERIOR

Rupa luaran Xenon DC 4×4 Premium agak menawan. Ada tiga warna ditawarkan, putih, perak dan hitam. Pilihan kami tentunya warna hitam yang jelas menyerlahkan ciri elegan pikap ini. Kontras hitam nyata menyerlahkan kemasan krom gril hadapan, termasuk perisai bampar hadapan dan pemijak tepi serta warna rim.

Lampu kabus di depan dan belakang menyempurnakan gaya pikap ini. Apa yang kurang pada padangan mata kami ialah ketiadaan bar badak (rhino bar) di ruang simpanan belakang. Jika ada pastinya penampilan pikap kompak ini lebih mengancam dan mengiurkan.

INTERIOR

Melangkah masuk ruang kabin, kami dibentangkan set papan pemuka serba ringkas. Susunan instrumen audio dan penyaman udara diatur seperti mana kebiasaan pikap-pikap lain di pasaran. Ventilator berkembar di baris atas, disusuli panel audio jenama JVC dan lima butang dan punat kawalan penyaman udara di baris ketiga.

Ruang panel di bawah sekali dikhaskan untuk palam pencucuh rokok atau pot 12V yang juga boleh digunakan untuk sambungan peranti USB. Tidak salah rasanya Xenon DC 4×4 menyediakan pot USB siap pasang untuk model premium sebegini memandangkan ciri itu kini sudah menjadi aksesori wajib bagi kenderaan moden masa sekarang.

Kos pemasangan palam USB tidaklah setinggi menyediakan set beg udara. Lagipun, penggunaan telefon bimbit pintar sudah menjadi satu keperluan bagi setiap orang dan pekerja. Tidaklah menyusahkan pekerja atau pihak majikan membeli aksesori luar untuk mengecaj telefon mereka.

Menariknya, ruang simpanan papan pemuka di bahagian penumpang hadapan boleh dikunci, sekali gus memberikan ciri keselamatan tambahan kepada pikap ini. Segala surat, fail atau dokumen penting boleh disimpan dengan selamat dan senang hati. Sekurang-kurangnya membuka ruang simpanan berkunci ini tidaklah semudah membuka kabinet dapur.

Di belakang pintu ruang simpanan yang dibuka, kelihatan dua pemegang cawan atau botol minuman. Ini bermakna ada enam tempat letak minuman dalam pikap ini. Selain dua di ruang simpanan papan pemuka, dua lagi di konsol gear dan masing-masing satu di tepi panel pintu pemandu dan penumpang hadapan. Mungkin itu keperluan si pemandu pikap yang kerap dahaga setiap kali selesai melakukan tugas berat.

Rekaan roda stereng ringkas sahaja. Dua butang hon diletakkan di tepi bingkai stereng menjadikan tugas membunyikan hon semudah menekan ibu jari. Biru yang menjadi warna latar menambahkan seri pada panel meter yang direka kemas dan mudah dibaca.

Butang tingkap kuasa dipusatkan di konsol tengah, betul-betul di bawah tombol gear. Turut disediakan ruang utiliti buat meletak barang kecil seperti syiling, kunci, pen dan telefon bimbit. Jenis karpet lantai yang diberikan agak murahan semacam tidak kena dengan status premium pikap ini. Sekurang-kurangnya berilah karpet jenis koil (coilmat) yang kosnya tidaklah semahal mana. Sementara itu, kerusi daripada jenis fabrik mendakap tubuh dengan selesa.

PRESTASI

Xenon DC 4×4 dikuasakan enjin empat sebaris Tata 2.2L jenis Direct Injection Common Rail Turbo Charged Intercooled Diesel, yakni teknologi sama digunakan kebanyakan pikap lain yang mampu mengoptimumkan kecekapan bahan api dan prestasi enjin serta mesra alam.

Bersama kotak gear 5-kelajuan, output kuasa dihasilkan mampu mencecah 138hp pada putaran enjin 4,000rpm dengan tork maksimum 320Nm pada 1,700rpm hingga 2,700rpm. Kuasa yang dihamburkan tidaklah terlalu buas, tetapi mencukupi untuk melakukan tugas-tugas berat yang diperlukan sama ada mengangkut barangan industri atau menempuh laluan off-road.

Sistem suspensi hadapan daripada jenis double wishbone dengan bar torsi berserta bar anti goleng, manakala belakang menggunakan spring dedaun parabolic. Kedua-dua sistem suspensi ditampung penyerap hentak jenis hidraulik berkembar tindakan teleskopik di hadapan dan belakang.

Tidak sukar mengendalikan pikap ini. Perjalanan stabil dan lancar pada kelajuan 120kmj walaupun mampu memecut pada kelajuan maksimum 160kmj. Cuma sesekali olengan badan kenderaan agak membuai ketika melanggar alunan jalan raya yang tidak rata. Stereng perlu digenggam erat dan lebih fokus diperlukan untuk mengawal kestabilan pemanduan.

Ruang beban mampu memuatkan barangan bersaiz 1.429m panjang, 1.414m lebar dan 0.405m tinggi. Xenon DC 4×4 ini mampu mengangkut beban hingga 1.2 tan, termasuk kapasiti tundaan seberat maksimum 2,000kg.

Penggunaan bahan api dicatatkan pada 7.5L  per 100km dengan kapasiti tangki 65L. Ciri keselamatan pula dilengkapi brek cakera dengan caliper pot berkembar untuk tayar hadapan, manakala tayar belakang menggunakan ciri brek dram.

KESIMPULAN

Dominasi jenama terkenal seperti Toyota, Ford dan Nissan menjadikan pasaran pikap tempatan sukar dicabar jenama-jenama baru lain. Namun itu bukanlah alasan untuk Tata tidak mengambil peluang di pasaran automotif yang sentiasa terbuka.

Bagi jenama baru, pilihan yang ada cuma dua, iaitu menawarkan produk berciri premium pada harga murah atau menyediakan produk ciri asas pada harga murah juga. Sebaliknya, produk dengan ciri sederhana atau pertengahan cuma akan mengundang kekeliruan kepada pembeli.

Jika kena cara dan masanya, bukanlah perkara mustahil Tata akan mendapat tempat di pasaran kenderaan komersil Malaysia.

P1300538

SPESIFIKASI

TATA XENON DOUBLE CAB PREMIUM
ENJIN TATA 2.2L Direct Injection Common Rail Turbocharged Intercooled Diesel
KUASA MAKSIMUM 138hp @ 4,000rpm
TORK MAKSIMUM 320Nm @ 1,700-2,700rpm
SUSPENSI Double Wishbone dengan Bar Torsi (hadapan); Spring Dedaun Parabolik (belakang)
TAYAR 235/70R16 All Terrain

DRB-Hicom Commercial Vehicles Sdn Bhd India Pandu uji Tata Xenon TATA Tata Xenon Double Cab 4x4 Premium Xenon Double Cab (DC) 4x4 Premium
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

16/12/2025
Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
Pandu Uji

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

18/11/2025
Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
Pandu Uji

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

22/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.