Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Subaru XV (2014)
Pandu Uji

PANDU UJI: Subaru XV (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/06/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1190984

NAMA Subaru memang tidak asing di kalangan peminat sukan permotoran dan model paling diingati sudah tentu legenda Impreza yang meraih banyak kejuaraan dalam pelbagai siri rali dunia. Impak dibawa Impreza cukup gah hingga membuatkan peminat automobil negara ini meletakkan jenama Subaru sebaris dengan jenama premium lain dalam kategori kereta prestasi tinggi.

Namun, isu seperti kos penyenggaraan dan harga beli tinggi sering menghantui pembeli dan peminat baru jenama itu. Walhal harga model Subaru selain Impreza sebenarnya agak munasabah jika anda tahu menghargai kualiti kejuruteraan yang ditawarkan produk buatan Jepun tersebut.

Subaru XV adalah model crossover yang dibina atas platform kereta dengan menggabungkan ciri kenderaan utiliti sukan (SUV), termasuk memuatkan elemen daripada kenderaan penumpang seperti hatchback dan station wagon. Ramai yang menyenaraikan jentera ini dalam kategori SUV.

LUARAN: Maskulin dan Ranggi

Besar, tegap dan padat adalah tiga kata awal untuk menggambarkan karakter XV. Sudut dan elemen maskular dapat dilihat di setiap sosok badan kereta. Karakter maskulin paling menonjol terserlah dari pandangan belakang. Lihat saja rekaan bampar belakang yang ‘terkeluar’, lampu heksagon kompak dan garis pinggir (edge) tajam yang melintang sepanjang but dan penjuru bampar, termasuk penampilan difuser yang diapit set reflektor dalam perumah bampar tanpa cat.

Walaupun pandangan depan agak lembut menerusi rekaan lampu utama tirus, tetapi rupa ‘kasar’ XV mudah dikesan pada bampar dan gril jejaring silang (crosshatch), manakala di tengah gril terpampang logo Subaru bertatah sayap krom yang menyilaukan mata.

Sisi XV paling menonjol adalah set rim rekaan futuristik berupa lima kluster bersaiz 17 inci. Walaupun tidak suka dengan rekaan hip sebegitu, tetapi saya perlu akur dengan trend rekabentuk rim cita rasa global. Lihat saja tema rim yang menghiasi model Kia, Hyundai dan Honda, termasuk Proton juga. Rata-ratanya menekankan motif rekaan yang sama.

Melengkapkan ciri crossover, nun di atas bumbung tersergam sepasang rel bumbung buat menampung barangan bersaiz gergasi milik si pemandu seisi keluarga seperti bagasi besar, basikal atau kayak untuk dibawa pulang ke kampung atau pergi bercuti.

P1200018      P1200014

  P1190992  P1190991  

P1190999      P1200021

DALAMAN: Serba Minimalis

Ruang kabin nampak ‘kosong’ dan seakan tidak kena dengan harga premium ditawarkan. Kualiti material dan persembahan diberikan cuma berada pada tahap sebuah kenderaan pikap di bawah harga RM100,000. Tetapan penyaman udara masih menggunakan butang pulas.

Bancuhan warna pada papan pemuka dan upholsteri seperti tiada semangat dan paling menyeksakan adalah kualiti material plastik yang dapat dilihat di mana-mana bahagian kabin. Cuma yang menjadi penyelamat adalah butang kawalan audio di stereng dan sistem multimedia skrin sentuh. Itu saja.

P1160845      P1160842

P1160846  IMG_4690  IMG_4686  IMG_4688

P1160844  P1160852  P1160854  P1160839

PRESTASI: Boxer yang Menggiurkan

Namun situasi hambar dalam kabin tidak sama ketika anda menghidupkan enjin dan memandu jentera ini. XV menggunakan trenkuasa (powertrain) dengan transmisi XV serba baharu berkapasiti 2.0L dan masih mengekalkan enjin Boxer yang menjadi ’trademark’ Subaru, dipanggil Horizontally-Opposed. Keistimewaan enjin Boxer adalah piston dalam silinder yang bergerak secara melintang dan reka letak enjin membolehkan ia diletakkan sebaris dengan trenpacu (drivetrain) untuk mendapatkan pindahan kuasa maksimum.

Rekaan enjin flat juga menambahkan ekstra ruang bonet selain menyerlahkan ciri profil rendah XV, sekali gus memberikan tahap pusat graviti (CG) terbaik yang memudahkan respon pengendalian dan keyakinan tinggi ketika membelok. Kuasa dan tork pada catatan 148hp dan 196Nm dibaca biasa sahaja.

Namun, asas enjin baharu Subaru dengan lejang panjang direka untuk meningkatkan kecekapan mekanikal enjin. Komponen ringan digunakan bukan saja mampu melonjakkan respon enjin, tetapi turut menyumbang kepada penjimatan bahan api.

Di atas jalan, kuasa maksimum XV dapat dirasai pada putaran enjin 6,200rpm, manakala tork pada 4,200rpm. Henjutan awal cukup lincah dengan transmisi 6-kelajuan beroperasi lancar dan mengujakan. Trenpacuan Symmetrical AWD (pacuan semua roda) dipadukan dengan baik pada enjin Boxer dan menghasilkan daya traksi hebat, termasuk keseimbangan serta kestabilan ketika mengharungi sebarang situasi permukaan jalan.

Pandu uji melayan selekoh demi selekoh sepanjang laluan Bukit Fraser benar-benar menguji kemantapan XV. Termasuk jelajah jauh nun ke negeri paling utara, Perlis. Walaupun beberapa kali indikator Sistem Kawalan Dinamik Kenderaan (VDCS) menyala akibat situasi belokan lebih (oversteer), tetapi pengendalian kenderaan kekal meyakinkan dan selamat.

Di lokasi tertentu, sedikit rev enjin diperlukan untuk mengatasi daya tork yang merosot dan serentak membantu melonjakkan jasad kereta mendaki laluan bercerun. Ketegapan casis dibantu ciri keselamatan termaju menerusi stuktur badan serap tenaga yang diperkuat dan keluli tegangan tinggi di bahagian kritikal bagi mengelak impak perlanggaran. Ini termasuk ciri standard keselamatan seperti beg udara dan pautan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.

Rekabentuk bonet XV mampu meminimumkan kecederaan ke atas pejalan kaki, manakala struktur enjin direka supaya jatuh apabila berlaku kemalangan bagi mengurangkan impak tekanan ke atas pemandu dan penumpang.

P1200027

P1190989      P1190998

KESIMPULAN

Dari segi prestasi, saya boleh letakkan XV dalam senarai antara SUV subkompak terbaik. Malah, jauh dalam hati saya ada memasang niat mahu memiliki jentera ini. Niat yang satu itu tidak lain berpunca daripada prestasi enjin, kawalan stereng, sistem brek dan suspensi terbaik dibekalkan Subaru terhadap XV.

XV adalah SUV maskular sejati. Enjin Boxer adalah kekuatan utama XV yang mampu memberikan nilai untuk wang (value for money) kepada pemiliknya. Itupun jika anda tidak membandingkan SUV ini dengan model pengeluar lain yang menawarkan aneka ciri moden mewah, menarik dan pelik. – Gan Yong Li

P1160867

SPESIFIKASI
ENJIN 2.0L DOHC 16V, Horizontally-Opposed, 4 Silinder AWD
TRANSMISI Automatik 6-Kelajuan Lineartronic CVT
KUASA MAKSIMUM 148hp@6,200rpm
TORK MAKSIMUM 196Nm@4,200rpm
CIRI Sistem Kawalan Dinamik Kenderaan (VDCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), 4 beg udara, enjin ‘Break Away’
HARGA RM151,226.50 (termasuk insurans)

Boxer Subaru Subaru XV SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Subaru WRX STI Sport♯ 2026
    Roda4

    Subaru WRX STI Sport# Diperkenal untuk Pasaran Jepun Sahaja!

    14/01/2026
    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.