Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Nissan Teana 2.0XL (2014)
Pandu Uji

PANDU UJI: Nissan Teana 2.0XL (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/09/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1220033BERBANDING model terdahulu, Nissan Teana generasi ketiga yang saya pandu uji kali ini agak berbeza dari segi penampilan dan rekabentuk. Ya, saya dapati ada banyak perbezaan cuba disampaikan seperti mana yang dikehendaki pengguna masa kini.

Seperti biasa sebaik mendapat kunci, saya akan lihat dan sentuh keseluruhan sosok tubuh si ‘bagak’ ini. Apa yang boleh saya simpulkan, Teana versi terdahulu yang tampak agak panjang dan gemuk kini sudah berubah.

LUARAN: Bukan Lagi Kereta Orang Tua

Teana serba baharu ini dilihat mengambil pendekatan berbeza. Persepsi orang ramai sebelum ini yang menganggap Teana sebagai kereta ‘orang tua’ mungkin sudah tidak boleh diguna pakai lagi memandangkan ia kini hadir dengan penampilan berbeza.

Bagi saya, penampilan Teana sebelum ini yang tampak agak bosan kini sudah menerima penambahbaikan yang lebih jauh menarik. Penampilan baharu yang lebih aerodinamik menyerlahkan sebagai sebuah sedan premium dan berkualiti.

P1220030P1220068  P1220069  P1220053  P1220052P1220043Garis karakter yang beralun dan tajam dari arah hadapan ke belakang mencetuskan aliran momentum dan mengurangkan daya pekali seretan. Walaupun masih tampak gemuk terutama pada bonet, bahagian depan tetap nampak kemas dengan kehadiran rekaan gril depan terbaru yang lebih lebar.

Teana turut dipadankan dengan pasangan lampu utama Xenon bersama lensa projektor untuk memberi pencahayaan lebih terang kepada pemandu bila memandu pada waktu malam.

DALAMAN: Terima Penambaikan

Sudah 11 tahun di pasaran automotif, ruang dalaman Teana kini diberi nafas baru dengan pelbagai penambahan. Satu persatu perbezaan dan pertambahan baru yang dipertaruhkan pada model terbaru ini agar terus relevan di pasaran.

Memposisikan dirinya dalam segmen D, sudah tentu ruangan kabin adalah lebih luas dan selesa. Berbanding versi sebelumnya, terdapat penambahbaikan ketara pada ruang kaki penumpang belakang.

P1220085P1220090    P1220083P1220082Sama seperti menaiki penerbangan kelas pertama, Nissan Teana serba baharu dilengkapi rekaan tempat duduk “Berinspirasikan kepada Sifar Graviti” yang membantu mengurangkan beban pada otot dan tulang belakang.

Ia mampu mengurangkan keletihan jika memandu dalam tempoh yang lama. Pada masa sama memastikan pengalaman pemanduan yang selesa sepanjang perjalanan yang jauh.

Begitu juga dengan kerusi belakang. Walaupun dibina untuk tiga penumpang, tetapi lebih bergaya jika hanya membawa dua penumpang dan diturunkan tempat rehat tangan di  bahagian tengah. Barulah macam ‘bos’. Tetapi, ruang rehat tangan agak rendah.

P1220105  P1220102  P1220056  P1220071Selain itu, bunyi bising turut dikurangkan secara signifikan. Ia dipadankan material yang menyerap bunyi bising, meredam getaran dan kekasaran (NVH). Ya, saya dapat mengesahkan fakta ini. Walaupun dipandu pada kelajuan 120kmj, kedapan angin nyata tidak begitu kedengaran jika dibandingkan dengan versi terdahulu.

Antara ciri lain disematkan adalah Kawalan Suhu Automatik Dua Zon dengan corong pendingin hawa di belakang, Kunci Pintar (sistem kemasukan tanpa kunci) dan butang penghidup enjin.

PRESTASI: Lancar

Sedia maklum, model generasi ketiga yang dipasang sepenuhnya (CKD) di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA), Serendah, Selangor itu hadir dalam tiga varian – 2.5XV, 2.0XL dan 2.0XE. Bagi unit pandu uji kali ini, saya diberikan varian 2.0XL.

P1220078Menyentuh aspek prestasi, varian 2.0L masih mengekalkan enjin sedia ada iaitu MR20DE dengan menawarkan kuasa maksimum sebanyak 134hp@5,600rpm dan tork 190Nm (4,400rpm).  Berlainan pula varian 2.5XV, ia menerima ‘jantung’ QR25DE baharu dibangunkan, kuasa tork pada julat rendah dan sederhana ditambahbaik dengan kebuk pembakaran serta emisi lebih efisien. Walau bagaimana, saya masih belum berkesempatan pandu ujinya.

Sepanjang mengemudi jentera ini, enjin bergerak lancar tanpa sebarang masalah termasuk penggunaan mod sport. Cuma, saya merasakan penukaran gear agak lambat dan hilang kuasa terutamanya mahu memotong kenderaan lain. Mudah kata, ia perlu lebih bekerja keras jika mahu memotong kenderaan mahupun ketika mendaki bukit.

Teana hadir dengan rangkaian ciri kemudahan dan keselamatan inovatif membabitkan enam beg udara SRS, Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Bantuan Brek (BA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

P1220124KESIMPULAN

Dijual pada harga RM149,800, ia menawarkan lima pilihan warna menarik:- Storm Blue(biru), Tungsten Silver(perak), Diamond Black (hitam), Bronze Gold (emas) dan Brilliant White (putih).

Secara kesimpulan, walaupun rekabentuk luaran Teana tidaklah sehebat pesaingnya lain, pujian harus diberikan kerana berjaya menukar persepsi yang menganggap Teana sebagai kereta ‘orang tua’ sudah tidak boleh diguna pakai lagi. Apa sekalipun, anda boleh menilai sendiri dengan mengunjungi bilik pameran Nissan berdekatan anda.

Jika bertanya kepada saya, sejujurnya saya merasakan Nissan perlu bertindak lebih agresif lagi supaya menghasilkan rekabentuk yang lebih ummphh!!! Cuba bandingkan dengan pesaingnya, anda mungkin boleh memahami maksud yang cuba saya sampaikan. – Gan Yong Li

 

P1220028SPESIFIKASI

NISSAN TEANA 2.0XL

ENJIN 2.0L MR20DE
TRANSMISI XTRONIC CVT
KUASA MAKSIMUM 134hp@5,600rpm
TORK MAKSIMUM 190Nm@4,400rpm
RODA 215/60 R16
HARGA RM149,800

Edaran Tan Chong Motor ETCM Nissan Teana 2.0XL Nissan Teana Generasi Ketiga Pandu uji Nissan Teana Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) Teana CKD
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
    Pandu Uji

    #PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

    06/01/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

    16/12/2025
    Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
    Pandu Uji

    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

    18/11/2025
    Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru
    Pandu Uji

    #PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

    22/01/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.