Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»Pandang Pertama: Proton Persona Facelift Standard Manual (2019)
Pandu Uji

Pandang Pertama: Proton Persona Facelift Standard Manual (2019)

ZYBy ZY24/07/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Persona edisi dipertingkat (facelift) 2019 diakui mendapat sambutan menggalakkan sejak dilancarkan April lalu. Datang bersama slogan ‘Intelligence That Cares’ (Kepintaran yang Prihatin), ini dapat dilihat menerusi kehadiran sistem arahan suara ‘Hi Proton’ yang kali pertama digunakan untuk model kereta segmen-B di pasaran Malaysia.

Bagaimanapun, ciri tersebut cuma terhad kepada varian tertinggi, Premium yang ditawarkan pada harga atas jalan RM56,394, atau ansuran lebih kurang RM596 sebulan yang perlu dibayar selama 9 tahun.

Bagaimanakah pula jika bajet bulanan anda tidak lebih RM500? Adakah varian paling asas, Standard yang berharga RM42,000 (manual) dan RM44,000 (auto) masih memuaskan?

BACA >>> Proton Persona (2019) Edisi Facelift Lancar, Harga Lebih Murah Bermula RM42,600

Jom ikuti ulasan pandang pertama Persona facelift varian Standard di bawah ini:


REKABENTUK LUARAN

Memandangkan ini cuma model facelift, tidak banyak perubahan kosmetik dilakukan. Jadi ya, ia masih spesies Iriz yang ditambah but, dan mempunyai proporsi atau sudut badan pelik berbanding sedan lain dalam segmen sama.

Apapun, perubahan dilakukan sekurang-kurangnya mampu menukar imej Persona daripada kereta yang ada krisis identiti – agresif di depan, tapi pelik dari tepi dan belakang – kepada imej lebih harmoni secara keseluruhan.

Perubahan paling signifikan Persona facelift pada pandangan saya adalah bampar belakang. Sekali imbas, tiada apa yang nampak istimewa, tetapi itulah keistimewaannya. Versi facelift ini kurang menyakitkan mata seperti Persona lama walaupun ada yang mengaku lebih sukakan gaya lama. Tapi tak apalah, itukan cita rasa masing-masing.

BACA >>> Proton Persona Lama vs Facelift: Apa yang Baharu? Apa yang Berubah?

Bampar belakang Persona facelift (2019)
Bampar belakang Persona (2016)

Mulanya, saya kurang gemar pada garis krom yang melintang di bawah bampar belakang itu. Namun selepas diteliti betul-betul, garis krom itu berjaya ‘mengangkat’ bampar Persona dengan efek visual ilusi optik untuk membuatkan fokus mata kita terhenti pada kemasan krom itu. Lihat perbandingan foto atas antara Persona facelift dan Persona lama.

Faktanya, bampar belakang Persona facelift ini sebenarnya masih labuh, dengan tambahan gril palsu yang tiada fungsi apa-apa fungsi selain pelengkap ruang supaya tidak nampak terlalu kosong.

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

Bagi varian Standard ditunjukkan dalam artikel ini, sedan ini berkongsi rupa luaran sama seperti varian Executive, cuma diberikan beberapa pembaharuan dan perbezaan seperti:

  • Sensor parkir depan kini lebih rendah, diposisikan di dalam ruang gril sisi palsu (foto bawah) yang turut menempatkan lampu siang (DRL) untuk varian Executive dan Premium. Disebabkan tiada DRL untuk varian Standard, bahagian itu nampak kosong saja.
Posisi sensor lebih rendah membuatkan ia lebih sensitif kepada halangan
  • Hendal pintu dan cermin sisi kini diwarnakan ikut warna badan untuk varian Standard, sama seperti varian atasan. Tetapi tiada sensor kunci pintar.
Proton Persona Standard
Proton Persona Premium
  • Frem pintu bahagian tengah ditrim warna badan seperti varian Executive, tetapi untuk varian Premium diwarnakan hitam kusam.
  • Rim aloi 15 inci mempunyai rekaan sama seperti varian Premium, tetapi cuma satu tona warna, sama seperti varian Executive
  • Antena sirip jerung baharu, standard semua varian.
  • Tiada kamera undur di belakang, ada pada Executive dan Premium
Penutup skru lugnat @ lugnut jenis plastik, ciri yang asing untuk kereta segmen ini
  • Tayar masih Silverstone Kruizer 185/55/R15, juga sama dengan varian Executive, manakala tayar Goodyear Assurance untuk Premium.

Sekilas pandang atas jalan, agak sukar hendak membezakan Persona facelift varian Standard dengan varian atasan lain. Ini memang berita baik untuk pemilik yang tidak mahu rasa rendah diri dilihat memandu kereta yang kata orang ‘standard pekak’ je. Ini penambahbaikan yang harus diberikan kredit buat Proton.

Bagi saya, jika ingin dimodifikasi, perkara kedua yang saya akan tukar selepas tayar ialah suspensi sport supaya profil sedan ini jadi lebih rendah.

* Visor tingkap @ door visor seperti dalam gambar ialah aksesori tambahan aftermarket.

KEMASAN DAN CIRI DALAMAN

Bahagian dalaman Persona facelift Standard ini mungkin mengejutkan pemilik jika anda hanya pernah melihat varian Premium di pusat jualan Proton.

Walaupun masih mengekalkan elemen rekabentuk sama, ada banyak perubahan ketara dilakukan Proton untuk varian Standard ini, atau mungkin lebih senang disebut Persona versi downgrade. Jika melihatkan senarai ciri dalam brosur rasmi, ia banyak melibatkan ciri berbentuk kemasan dan fungsi elektronik seperti berikut:

  • Tiada punat tekan mula (push-start). Perlu guna kunci fizikal untuk hidupkan enjin.
  • Tiada unit infotainment dengan skrin sentuh (tetapi masih menawarkan ciri kawalan sesentuh, tiada lagi butang tradisional).
  • Tiada warna pada paparan multi-info (MID) di tengah panel meter, cuma monokrom hitam putih.
  • Tiada suis tutup automatik sekali ketik, Auto-Up untuk tingkap kuasa sebelah pemandu. Pengguna perlu tarik dan pegang suis hingga tingkap ditutup sepenuhnya.
  • Tiada cermin sisi automatik yang boleh dilipat sendiri.
  • Tiada pembesar suara untuk penumpang belakang.
  • Tiada kemasan kulit untuk stereng dan kerusi.
  • Kerusi belakang tidak boleh lipat.

Ketiadaan semua ciri disenaraikan di atas itu mungkin membuatkan anda berfikir semula sebelum memilih varian Standard seperti ketiadaan punat push-start dan kerusi belakang tidak boleh lipat.

Bagaimanapun, bukan setakat itu saja, ada beberapa lagi downgrade yang saya dapat kesan untuk varian Standard ini dan tiada dalam senarai rasmi:

  • Tiada kemasan metalik atau krom pada papan pemuka, terutama keliling pemain audio dan ventilator penyaman udara.
  • Tiada kemasan metalik keliling tombol gear.
  • Tiada poket di belakang kerusi pemandu dan penumpang depan.
  • Tiada lapik fabrik pada panel pintu, digantikan plastik sepenuhnya.

Walaupun banyak benda diturun taraf, ada beberapa perkara pula yang dinaik taraf daripada varian Standard terdahulu. Antaranya, pemain media jenis baru kawalan sesentuh yang menyokong konektiviti wayarles seperti USB dan Bluetooth dengan sokongan strim audio dan panggilan suara telefon pintar.

Sebagai pengguna Spotify tegar, saya rasa ciri ini lebih penting daripada pangkalan data lagu yang ada dalam sistem ‘Hi Proton’ varian atasan. Panel meter dan MID lebih jelas dibaca menerusi fon baharu, manakala indikator minyak dan suhu diletakkan di luar MID, nampak kemas dan lengkap.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Infotainment yang Perlu Anda Tahu

Paling menarik, khas buat pemilik varian Standard versi transmisi manual, tombol gear menampilkan rekabentuk mirip tombol gear model X70. Memang cantik!

Secara keseluruhan, boleh dikatakan bahagian dalaman Persona facelift Standard masih mengekalkan ciri praktikal seperti varian atasan dari segi ruang, jumlah pemegang cawan, cangkuk dan bilangan palam USB.

Namun, ia ketara kurang dari segi ambien mewah seperti dimiliki varian atasan. Jujurnya, jika ada pembeli cerewet dengan perkara sebegini, sudah tentu mereka akan pilih varian lebih tinggi.


KESIMPULAN

Persona facelift Standard sesuai buat mereka yang mahukan kereta lengkap dengan ciri asas, dan tidak kisah jika model itu tiada ciri kereta moden masa kini. Namun pada masa sama, mereka juga tidak mahu kereta harga bajet mereka itu nampak murah, sekurang-kurangnya dari pandangan luaran.

Jika ulasan pandang pertama ini masih belum cukup meyakinkan, nantikan ulasan pandu uji penuh dalam artikel seterusnya. Saya akan kongsikan pengalaman memandu uji Persona facelift Standard dengan transmisi manual.

BACA >>> Model ‘Facelift’ dalam Automotif – Antara Trik, Strategi atau Realiti Pasaran?

GALERI
2019 proton persona Pandang Pertama Pandu uji Proton Proton Persona Proton Persona (2019) Proton Persona Facelift (2019) proton persona manual proton persona standard Reviu Proton Persona Sedan sedan segmen-B sedan subkompak Segmen B
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
PHEV

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150km!

22/02/2026
Toyota bZ Woodland 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Toyota bZ Woodland 2026 – EV segak untuk AS!

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.