Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakistan Lancar Kempen Katakan Tidak untuk Mat Rempit Wheelie!
Auto Terkini

Pakistan Lancar Kempen Katakan Tidak untuk Mat Rempit Wheelie!

Han OthmanBy Han Othman31/01/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN mat rempit Malaysia saja berani mati, mat rempit Pakistan juga tidak kurang beraninya sampai jadi isu nasional hingga memaksa pihak polis negara itu melancarkan kempen kesedaran. Secara lebih spesifik, kempen khas untuk mengajak mat motor negara itu supaya tidak beraksi wheelie.

Wheelie ialah aksi lagak ngeri yang memerlukan penunggang mengangkat tayar depan sambil menunggang. Apa yang parah, mat rempit di Pakistan melakukan aksi ekstrem itu di jalan raya biasa dan ramai pula yang tidak memakai helmet. Siap ada yang berlumba!

BACA >>> Motosikal 70cc Masih Laku di Pakistan, Gaya Jipang Jadi Pilihan

Uniknya kempen kesedaran itu dibuat pihak polis dalam bentuk perhimpunan di beberapa lokasi dalam bandar sekitar Karachi dengan turut dihadiri selebriti. Masing-masing peserta perhimpunan menaikkan panduk dan poster yang tidak ubah seperti perhimpunan politik dan mogok kerja. Antara sepanduk dinaikkan berbunyi; ‘Wheelie bukan sukan, tetapi kematian’.

Sekarang bayangkan Fattah Amin dan Mira Filzah turun berkempen menggesa mat rempit kita bertaubat. Agak-agak apakah respon mereka? Pada pendapat abang, tak ada maknanya mereka nak insaf!

MAKIN MENJADI-JADI

Sebenarnyan, kempen sama pernah dibuat pada 2014 yang mana polis Pakistan akan menahan penunggang dan meminta diserahkan lesen dan kad pengenalan. Jika gagal, motosikal mereka akan ditahan di balai polis dan cuma boleh ditebus dengan membawa dua dokumen tersebut. Jika penunggang itu masih di bawah umur pula, ibu bapa atau penjaga perlu datang untuk membuat bayaran kompaun.

BACA >>> Pantra – Motosikal Jipang Jadi Keunikan Penunggang Filipina

Menurut maklumat polis Pakistan, aksi wheelie kerap dilakukan penunggang muda berusia antara 13 hingga 30 tahun. Malah, ada beberapa kes konfrontasi melibatkan pihak polis dan mat rempit dalam bentuk serangan verbal (baca: maki hamun).

Sepanjang empat bulan pertama 2017, berlaku 15,000 kematian akibat kemalangan jalan raya di Pakistan. Daripada jumlah itu, 7,500 kes melibatkan motosikal!

Lihatlah saja klip video di bawha ini. Memang bukan calang-calang aksi wheelie yang mampu dilakukan mar rempit Pakistan. Diharapkan mat motor kita tidak meniru perangai mereka yang tidak semenggah itu. Memanglah nampak macam hebat, tetapi ingat, tiada pelumba Pakistan dalam MotoGP! (sekadar motivasi).

SUMBER: eBike.pk

Auto Terkini mat rempit mat rempit Pakistan mat rempit wheelie Pakistan roda2 wheelie
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.