Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakej Insurans, Takaful Serendah RM5 Sebulan Lancar
Auto Terkini

Pakej Insurans, Takaful Serendah RM5 Sebulan Lancar

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize23/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERLINDUNGAN insurans atau takaful kemalangan diri serendah RM5 atau RM36 setahun, termasuk cukai jualan kini boleh dinikmati orang ramai, terutama golongan B40 di Malaysia.

Tawaran boleh dinikmati menerusi Pakej Rahmah Insurans dan Pakej Rahmah Takaful yang ditawarkan syarikat insurans dan takaful Etiqa General Insurance Bhd dan Etiqa General Takaful Bhd.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pelan insurans kemalangan diri RAHMAH itu adalah termasuk pampasan kepada pemegang polisi yang mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan atau penyakit, atau kematian akibat kemalangan dengan perlindungan bernilai hingga RM80,000.

Pelan ini layak dimohon seluruh rakyat Malaysia berusia 16 hingga 65 tahun, dan boleh diperbaharui hingga usia 70 tahun,” katanya.

Salahuddin berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), dan melancarkan pakej perlindungan diri RAHMAH di Putrajaya, semalam.

PAKEJ RAHMAH ALLIANZ

Tambahnya, Allianz General Insurance Malaysia Bhd juga menawarkan pakej RAHMAH seperti Insurans PerlindunganKu Allianz4All yang menawarkan perlindungan kemalangan peribadi hingga RM50,000 dengan premium tahunan pada kadar RM53 dan RM79.50, termasuk cukai jualan jika pemegang polisi dimasukkan ke hospital Kerajaan akibat sakit atau kemalangan.

Dengan pakej itu, pemegang polisi juga dapat menikmati dua manfaat tambahan, iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan dan bayaran bantuan kecemasan hingga RM750 jika berlaku pemindahan banjir, bergantung pelan dipilih tanpa kos tambahan.

Allianz General turut memperkenalkan perlindungan MotorcyclePlus yang menawarkan perlindungan tambahan seperti kemalangan diri hingga RM10,000 untuk penunggang dan pembonceng motosikal, serta pendapatan hospital, yang dilaksanakan menerusi polisi insuran kenderaan motosikal berdasarkan kapasiti enjin didaftar.

Turut diperkenalkan polisi Allianz MotorcyclePlus Komprehensif untuk motosikal bawah 250cc yang menawarkan perlindungan Peril Khas dan Bantuan Jalanan hingga 50km dan Faedah Bantuan Banjir RM1,000 tanpa kos, selain perlindungan sedia ada yang dinikmati pelanggan Allianz MotorcyclePlus.

Salahuddin berkata lagi, pakej insurans dan takaful itu, mensasarkan individu yang terlibat dalam ekonomi gig dan menunggang motosikal seiring Program Payung RAHMAH supaya turut meliputi segmen perlindungan diri dan harta benda seperti kenderaan bermotor.

Beliau berkata, pelan ditawarkan melalui dua inisiatif berkenaan dapat membantu lebih ramai rakyat, terutama golongan B40 memiliki perlindungan insurans atau takaful pada masa depan untuk perlindungan diri pada harga murah.

Pelan ditawarkan dan dilancarkan itu boleh diakses dan dilanggan menerusi laman wab www.allianz.com.my dan www.etiqa.com.my.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir
BACA >>> Kakitangan Awam Boleh Bayar Insurans Kenderaan dan Cukai Jalan Secara Ansuran

SUMBER: Bernama

Allianz General Insurance Company Etiqa Etiqa General Insurance Bhd Etiqa General Takaful Bhd Insurans Rahmah kemalangan Pakej Rahmah Insurans Pakej Rahmah Takaful Perlindungan Insurans dan Takaful takaful rahmah
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.