Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Otai Masih Berbisa – Daihatsu Charade (16 Tahun) Tamatkan Rali Mongol 10,000km
Roda4

Otai Masih Berbisa – Daihatsu Charade (16 Tahun) Tamatkan Rali Mongol 10,000km

Abang HirataBy Abang Hirata30/08/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JANGAN pandang rendah kereta lama kerana anda pasti terkejut dengan kemampuanya. Ini dibuktikan pasangan bapa dan anak pada 2006 apabila kedua-dua mereka menamatkan Rali Mongol sejauh 10,000 kilometer dengan hanya memandu Daihatsu Charade berusia 16 tahun! Lebih mengagumkan, Charade tersebut tidak mengalami sebarang kerosakan sepanjang perjalanan mereka.

Pelajar dari Surrey, David Mayo, 21, mengambil masa 20 hari untuk menghabiskan acara kutipan derma bersama ayahnya, Tony yang juga guru berusia 55 tahun. Nama pasukan mereka – Mongolian Taxi Service.

SERBA MENCABAR


Acara rali tersebut memang sukar dengan petak mula bermula pada 22 Julai 2006 di Hyde Park, London menuju ke ibu kota Ulaanbaatar, Mongolia. Daripada sekian ramai peserta, terdapat 160 peserta terkandas dan gagal menamatkan saingan.

Mayo berkata;

Kereta kecil ini begitu menakjubkan. Walaupun bukan acara perlumbaan, tetapi kami peserta kelima berjaya sampai. Keadaan sangat teruk hingga ada sebuah Mini terus hilang apabila terjatuh ke dalam lubang jalan.

Bahagian paling teruk ialah memandu merentangi Kazakhstan. Kami mengambil masa dua hari penuh hanya untuk memandu sejauh 50km. Enjin kereta tidak berapa serasi dengan petrol RON80, dan suspensi turut terkesan apabila kami melanggar lopak jalan. Namun, Charade ini masih mampu meneruskan perjalanan.”

Pasangan bapa-anak itu memang selamba kerana mereka berdua langsung tiada pengetahuan mekanikal tentang kereta, tetapi tetap mahu mencuba kerana percaya kereta lama buatan Jepun itu boleh diharapkan.

Peraturan Rali Mongol juga unik, peserta hanya boleh memilih kenderaan di bawah 1,000cc. Satu lagi syarat pelik ialah kenderaan digunakan mestilah tidak sesuai langsung untuk pengembaraan sejauh itu. Sekarang bayangkan Perodua Kancil atau Viva dari Britain ke Mongolia.

Sebelum memulakan perjalanan, Mayo dan bapanya berjaya mengutip derma sebanyak £1,000 (RM5,512). Bukan itu saja, apabila tiba di Ulaanbatar, Charade tersebut didermakan, manakala peralatan perkhemahan dan alat mainan dilelong. Hasil lelongan kemudian disumbangkan kepada badan kebajikan kanak-kanak.

Pasangan tersebut turut dibantu Daihatsu Vehicle Distributors Limited dengan kerja-kerja persiapan dibuat Halls of Ruddington.

Britain Daihatsu Daihatsu Charade Hyde Park Mongol Rally Rali Mongol Rally of Mongol
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.