Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Opel Siar Imej Rasmi Corsa Versi Elektrik, Kuasa 134hp dan Jarak Perjalanan 330km
Auto Terkini

Opel Siar Imej Rasmi Corsa Versi Elektrik, Kuasa 134hp dan Jarak Perjalanan 330km

Han OthmanBy Han Othman27/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS bocor di media sosial, Opel akhirnya buat kali pertama menyiarkan foto rasmi supermini generasi keenam, Corsa dalam varian elektrik. Dipanggil Corsa-e, model elektrik ini mampu mencapai jarak perjalanan 330km sekali cas mengikut piawaian (WLTP).

Tempahan Corsa akan dibuka beberapa minggu lagi, bermula dengan Corsa-e sebelum disusuli varian diesel dan petrol. Imej dan spesifikasi ditunjukkan dalam artikel ini ialah varian elektrik.

BACA >>> Foto Rasmi Opel Corsa (2020) Bocor, Lebih Premium dan Dinamik

Corsa-e dikuasakan bateri 50 kWh yang boleh dicas pantas hingga 80 peratus dalam masa 30 minit sama ada menerusi kabel, soket dinding atau pengecas kelajuan tinggi. Kapasiti cas pula boleh dipantau menggunakan aplikasi myOpel.

Output kuasa ialah 134hp dan tork 260Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 8.1 saat. Pemandu juga boleh memilih tiga mod pemanduan berbeza, iaitu Normal, Eco dan Sport yang akan mengubah respons enjin, dan dinamik pemanduan, manakala Eco menumpukan kepada jarak perjalanan.

REKABENTUK DINAMIK

Sama seperti model Corsa serba baharu lain, Corsa-e menampilkan rekabentuk dinamik dengan mengekalkan dimensi luaran generasi terdahulu, iaitu panjang 4.06 meter. Ruang dalaman menggunakan kerusi kulit, dan terpampang unit infotainment Multimedia Navi dengan skrin sentuh warna 7.0 inci. Ada juga opsyen unit infotainment lebih besar, iaitu Multimeda Navi Pro bersaiz 10 inci.

Antara ciri berguna boleh diakses ialah maklumat trafik masa nyata dan sambungan terus dengan bantuan jalanan.

Corsa-e juga dilengkapkan lampu matriks LED IntelliLux bebas silau dengan kehadiran kamera resolusi tinggi baharu yang mengawal lapan LED, dan berterusan menyesuaikan suluhan lampu dengan situasi trafik semasa dan persekitaran kereta.

BACA >>> Dulu di Amerika, Sekarang ke Perancis, Opel Kini Sah Milik PSA Group

Sementara itu, sistem bantuan pemandu termaju memberikan ketenganan tambahan buat pemandu menerusi ciri pengecaman tanda jalan, bantuan titik buta, bantuan parkir dan amaran had kelajuan. Ini termasuk Kawalan Kelajuan Adapatif (ASC) berpandukan radar dan pemantau sisi berasaskan sensor, Flank-Guard sebagai dua ciri baharu diperkenalkan untuk Corsa.

GALERI
Imej Rasmi Kenderaan Elektrik (EV) Opel Opel Corsa Opel Corsa-e Roda4 Vauxhall Vauxhall Corsa
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.