Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Tukarkan Model SUV dan Sport Jadi Kereta Salji (Khas Buat ‘Hobi Kami Mahal’)
Roda4

Nissan Tukarkan Model SUV dan Sport Jadi Kereta Salji (Khas Buat ‘Hobi Kami Mahal’)

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN sudah bosan terlalu asyik mengeluarkan produk kereta atas jalan, Nissan membuat keputusan menghasilkan dua model kereta salji yang akan ditayangkan pada Pameran Auto Chicago 2018 nanti.

Model pertama dibina berasaskan 370Z Roadster, dinamakan 370Zki, dengan menanggalkan keempat-empat roda asal dan digantikan dengan gelungsur ski di depan dan tayar trek Dominator (buatan American Track Truck) berbentuk segi tiga di belakang, manakala profil kereta ditinggikan 3 inci. Kini kereta sport konvertibel salji itu sudah bersedia meredah mana-mana permukaan ais pada bila-bila masa.

370Zki turut dipasangkan cagakan (mounting) kustom untuk suspensi belakang, termasuk menggunakan penjarak (spacer) kustom 3 inci untuk memuatkan gelungsur salji pada hab roda. Walaupun brek asal dikekalkan, pelapik brek diubah suai, dan posisi ekzos diletakkan bawah kenderaan.

BACA >>> 5 Fakta Pantas Tentang Nissan X-Trail X-Tremer, Baru Lancar di Malaysia

Suspensi 370Zki turut dilaraskan supaya ketinggian bersesuaian dengan karakter pemanduan baru. Adapter digunakan untuk membolehkan travel yang sesuai dipasang, termasuk membolehkan gelungsur ski dipusingkan. Keseluruhan badan kereta sport salji ini dibalut pelekat grafik jingga kekuningan rekaan Icon Image Graphics, dan lampu utama dikuningkan, meniru seakan gogel peluncur ski.

ARMADA SNOW PATROL

Model kedua pula kenderaan utiliti sukan (SUV), dinamakan Armada Snow Patrol. Kereta off-road itu, dibina berasaskan SUV saiz penuh, Nissan Armada (2018), dipasangkan rim Cognito Series 61 bersaiz 20-inci dengan kemasan hitam satin dan tayar off-road Pro Comp MT2. Selain mengubah suai cengkaman untuk permukaan atas salji, Nissan turut meninggikan suspensi sebanyak 2-inci di depan dan 1 inci di belakang.

Bampar depan digantikan ‘bar lembu’ (bull bar) baharu, win 5.4 tan dan bar lampu LED. Menambahkan imej ranggi jentera ini ialah lampu kabus LED 5-inci, pemijak tepi kustom, slider batu, dan bar lampu LED besar atas rak bumbung. Seluruh rupa badan pula dibalut warna biru cerah.

BACA >>> Nissan Buktikan Kehebatan Teknologi ProPILOT, Selipar Pun Boleh Parkir Sendiri

Beberapa perubahan dalaman turut dilakukan, misalnya, kerusi dan panel pintu ditrim semula dengan kulit baharu, manakala logo Armada Snow Patrol disulam di sebalik kerusi belakang.

Apa yang pasti kehadiran Nissan 370Zki dan Armada Snow Patrol itu pastinya menarik perhatian pengunjung yang datang ke Pameran Auto Chicago 2018 nanti. Kalau di Malaysia, sudah tentu peminat negara ini menantikan kelibat Almera versi jetski. Kalaulah ada, pasti ramai yang terpesona melihatnya! Hmmm…

GALERI

 

 

kereta salji kereta salju Nissan Nissan 370Zki Nissan Armada Snow Patrol Pameran Auto Chicago 2018 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

11/06/2026
Auto Terkini

BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

11/06/2026
Auto Terkini

Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

10/06/2026
Roda4

Ferrari 849 Testarossa Kini Di Malaysia – Pengganti SF90 Stradale, Dari RM2.18 Juta

09/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.