Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Thailand Catat Eksport 1 Juta Kenderaan, Wujud 170,000 Peluang Pekerjaan
Auto Terkini

Nissan Thailand Catat Eksport 1 Juta Kenderaan, Wujud 170,000 Peluang Pekerjaan

Abang HirataBy Abang Hirata18/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA menyentuh tentang industri automotif, Thailand antara negara yang pesat dan hebat. Negara Gajah Putih itu menjadi hab pengilangan trak pikap untuk pasaran global. Bagaimanapun, itu tidak bermakna negara kita ketinggalan. Faktanya, pemimpin negara memilih untuk menjadi pengeluar kereta, sebaliknya Thailand menumpukan kepada industri pemasangan dan pengilangan kenderaan.

Permata negara semestinya Proton, Perodua dan Modenas. Itu belum termasuk kemampuan anak tempatan membina kereta dari atas kertas hingga tiba ke bilik pameran. Itulah dimahukan pemimpin negara supaya rakyatnya percaya kemampuan diri selain memiliki semangat dan fikiran hebat.

BACA >>> Nissan LEAF Lancar untuk Pasaran Thailand dengan Harga Keras Cecah Enam Angka!

Namun, fakta jelas ialah jumlah eksport tinggi memberi pulangan baik untuk negara yang membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, kontrak pembekalan, tukaran wang asing dan limpahan ekonomi ke kawasan setempat.

NISSAN THAILAND

Nissan antara syarikat automotif yang membantu Thailand dalam aspek ini. Jumlah eksport Nissan ke luar negara kini mencecah sejuta unit, dan unit eksport ke-1 juta itu ialah Terra, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) premium yang dieksport ke pasaran global.

Nissan memulakan program eksport kenderaan berkualiti tinggi sejak 1999 menerusi model pertama, Frontier (Navara) ke Australia. Sejak itu, operasi pengilangan Nissan di Thailand berkembang menjadi hab utama utama untuk pasaran Asia dan Oseania (Australasia).

Jika ada memandang rendah kemampuan warga Asia dalam kualiti pemasangan kenderaan, anggaplah mereka tersilap. Tiga negara yang menjadi destinasi eksport utama Nissan pada 2018 ialah Filipina, Australia dan Jepun. Ranking jumlah eksport tersebut diikuti Indonesia, Malaysia, Afrika Selatan, Vietnam, New Zealand, Dubai dan Oman.

BACA >>> Nissan Thailand Kemas Kini Almera, Cuma Ada Enjin 1.2L dengan Ciri Henti Lahu

Sejak 1999, hasil produk Nissan Thailand sudah sampai ke lebih 115 negara.  Model eksport itu ialah Almera, March, Navara, Sylphy, Teana dan Terra. Nissan juga banyak membantu dalam memakmurkan ekosistem industri automotif dan mewujudkan peluang pekerjaan. Nissan berkerjasama dengan 250 syarikat untuk rantaian pembekalan yang melibatkan kira-kira 170,000 orang.

Pada 2018, Nissan berada di ranking kelima syarikat Thailand yang mencatatkan eksport tinggi ke luar negara, meningkat 19 peratus berbanding 2017.

Berikut pencapaian Nissan di Thailand:

  • Program pengilangan bermula pada 1960.
  • Kilang Nissan berpindah ke Samut Prakan pada 1975 bagi memenuhi peningkatan permintaan.
  • Pada 2014, Nissan membuka kilang kedua di Bangna-Trad KM22.
  • Kilang itu ialah pusat pengeluaran domestik dan eksport Navara dan Pusat Kecemerlangan Global (COE) bagi trak pikap tersebut.
  • Pada 2015, Nissan membuka Pusat Kajian dan Penyelidikan (R&D) serantau, bersebelahan kilang Samut Prakan.
  • Nissan turut melabur dalam pembangunan kemahiran kakitangan melalui program latihan di kilang pengeluaran Jepun.
  • Program itu bermula pada 2016 dan sejak itu disertai seramai 163 kakitangan Thailand.
  • Nissan turut membantu komuniti melalui program latihan amali dengan 11 universti utama Thailand dan program Pembangunan Kepimpinan Remaja melalui Yayasan Raks Thai dan CARE Jepun.
  • Lebih 1,000 pelajar di 10 sekolah dari tiga daerah termasuk Samut Prakan terlibat dalam program kepimpinan remaja.

BACA >>> Nissan USA Perkenal GT-R (2019) dalam 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM418k

Nissan nissan frontier Nissan Navara Nissan Terra Nissan Thailand
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

    08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    JPJ dan AADK tahan pemandu kenderaan komersil positif dadah di Plaza Tol Gombak
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    08/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.