Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Serena C27 Facelift Rasmi Jual di Jepun, Harga RM94k
Roda4

Nissan Serena C27 Facelift Rasmi Jual di Jepun, Harga RM94k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/08/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERTENGAHAN Julai lalu, beberapa imej rasmi Nissan Serena C27 facelift muncul di laman web automotif Jepun. Akhirnya Nissan secara rasmi memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) versi dipertingkat itu untuk pasaran Negara Matahari Terbit tersebut.

Apakah perubahan dilakukan Nissan terhadap Serena C27 facelift?

Bermula luaran, Serena menampilkan gril double V-motion dengan bampar depan dan belakang lebih tajam untuk menyerlahkan profil sporty.  Lampu depan dibekalkan ciri LED adaptif, manakala lampu belakang juga menggunakan teknologi LED dengan perincian baharu unik. Rim aloi dua tona bersaiz 16 inci.

BACA >>> Inilah 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Nissan Serena S-Hybrid (2018)

Serena C27 facelift ditawarkan dalam dua warna baharu: Sunrise Orange (jingga) dan Dark Metal Grey (kelabu) yang mana kedua-dua varian tampil dengan bumbung hitam. Varian e-Power dipasangkan rim sport dua tona 15 inci dengan rekabentuk eksklusif.

Perubahan ruang kabin hanya melibatkan kemasan, rekaan semula kluster instrumen bersama pelindung kerusi kalis air sebagai opsyen tambahan. Ciri keselamatan terdiri daripada Amaran Titik Buta (BSW), Intervensi Titik Buta Pintar (i-BSI), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Bantuan Kecemasan untuk Salah Pedal (EAPM) dan kit standard termasuk Brek Kecemasan Pintar (IEB) dan Amaran Tukar Lorong (LDW).

BACA >>> Nissan Serena J Impul Kini Ditawarkan di Malaysia – Harga RM147,800

Sistem pemanduan semi-autonomi juga dikemas kini untuk operasi brek lebih lembut, termasuk mengoptimumkan halaju kereta. Trenkuasa kekal dengan enjin petrol 2.0L MR20DD berkuasa 145hp dan tork 210Nm yang dipadukan transmisi CVT  Xtronic dan motor elektrik 1.8 kW berkuasa 50Nm jika diperlukan.

Model e-Power menggunakan motor elektrik daripada generasi Leaf terdahulu dengan kuasa 134hp dan tork 320Nm yang dipadukan enjin 1.2L  (77hp, 103Nm).

Di pasaran Jepun, Serena C27 facelift dijual pada harga ¥2,399,760 (RM93,980).

BACA >>> #GIIAS2016: Debut Mitsubishi XM Concept Perkenal Gaya MPV, Cita Rasa SUV

GALERI
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) MPV MPV Kompak Nissan Nissan Serena C27 Facelift Nissan Serena S-Hybrid (2018) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Sabariman Omar on 15/09/2019 13:33

      Bilakah serena model facelift dengan Gril V-Motion akan berada dipasaran Malaysia.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.