Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Perkenal Teknologi Kesan-Peluh, Atasi Masalah Pemandu Kurang Minum Air
Roda4

Nissan Perkenal Teknologi Kesan-Peluh, Atasi Masalah Pemandu Kurang Minum Air

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU-BARU ini hangat pasal isu pesta bir. Pelbagai hujah dikeluarkan, tetapi apa yang pasti memandu mabuk dengan peratusan alkohol tertentu berisiko membawa padah. Malah di Barat, memandu sambil minum arak boleh dikenakan hukuman penjara seperti insiden menimpa pemain bola sepak terkenal, Wayne Rooney.

Ini pula kempen minum air kosong dianjurkan Nissan yang mendakwa walaupun kajian tentang bahaya memandu mabuk banyak dilakukan, tetapi kajian tentang tahap dehidrasi ketika memandu sangat sedikit. Faktanya, fokus pemandu yang dehidrasi atau minum air adalah menyamai pemandu yang sedang mabuk. Mengejutkan bukan?

Kajian1 Universiti Loughborough pada 2015 dengan tajaan Institut Hidrasi Eropah (EHI) mendapati:

  • Pemandu yang kurang minum air (25ml setiap jam) cenderung melakukan kesilapan dua kali ganda ketika memandu berbanding mereka yang cukup minum air.
  • Kesalahan itu bersamaan dengan pemandu mabuk dengan kandungan alkohol dalam darah sebanyak 0.08 peratus, iaitu had dibenarkan memandu di Britain.
  • Antara kesilapan dibuat ialah lambat membrek, tersasar dari selekoh dan melangkaui garisan jalan.

Kajian juga mendapati dua per tiga pemandu gagal mengecam simptom dehidrasi seperti keletihan, pening, sakit kepala, mulut kering dan tindak balas yang perlahan.2 Jadi, dengan hanya sentiasa minum air, pemandu dapat mengelak diri daripada risiko dehidrasi.

Kajian3 lain daripada dua universiti pada 2013 mendapati mereka yang minum air 0.473 liter sebelum melakukan sebarang tugas membabitkan mental mempunyai tindak balas 14 peratus lebih pantas berbanding mereka yang langsung tidak minum air.

PENYELESAIAN INOVATIF

Kini, bagi mengatasi masalah pemandu dehidrasi, Nissan menghasilkan satu penyelesaian inovatif menerusi kerjasama dengan syarikat rekabentuk Belanda, Droog. Apa dilakukan adalah membangunkan teknologi  kesan-peluh yang dipanggil ‘SOAK’ dengan memasang pada stereng dan kerusi depan untuk memberi amaran kepada pemandu jika mereka perlu minum lebih air.

SOAK berfungsi dengan cara mudah dengan menukar warna apabila mengesan peluh pada tangan atau baju. Jika kurang air, teknologi itu akan bertukar kepada kuning, dan apabila air mencukupi, warna akan bertukar biru. Hebat bukan? Teknologi SOAK ialah idea asal pereka dan penyelidik Droog, Paulien Routs.

Bagaimanapun, walaupun menjadi Juke sebagai model demonstrasi, Nissan buat masa ini, tiada rancangan untuk mengimplementasikan teknologi berkenaan pada kenderaan mereka. Apapun, rekacipta itu memang idea hebat!

autotainment Droog Nissan Nissan Juke Roda4 SOAK teknologi kesan peluh Nissan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.