SATU detik bersejarah dan penting buat Nissan apabila melancarkan kenderaan elektrik (EV) generasi ketiga, Nissan LEAF 2026 serba baharu.
Model itu mengukuhkan kedudukan LEAF sebagai pilihan utama dalam segmen EV, hasil pengalaman lebih 15 tahun dan jualan global hampir 700,000 unit.
Sebagai imbasan, LEAF ialah kereta elektrik massa pertama dunia dan dipasarkan ketika pusat pengecasan masih lagi jarang ditemui. Namun Nissan tidak gagal memasarkan model itu, contohnya generasi pertama dan kedua ditawarkan dalam negara.
Alternatif Menarik Buat Pemilik ICE
Nissan LEAF 2026 serba baharu dilihat mampu menarik minat pembeli EV sedia ada, dan turut menawarkan alternatif menarik buat mereka yang biasa dengan enjin pembakaran dalaman (ICE). Ini kerana model itu tampil dengan peningkatan signifikan dalam pelbagai aspek:
- Jarak maksimum yang meningkat secara substantif
- Kelajuan pengecasan yang lebih pantas
- Kelengkapan teknologi canggih yang menjadikan pemanduan harian lebih mudah dan meningkatkan gaya hidup pemilik.
Dijangka tiba di pengedar Amerika Syarikat (AS) bermula musim luruh ini sebelum disusuli wilayah lain, dan menjadi bukti komitmen Nissan terhadap inovasi dan kelestarian.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan, Ivan Espinosa berkata;
Nissan LEAF mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan kelestarian. LEAF asal membantu mempopularkan kenderaan elektrik (EV), dan generasi ketiga ini mengajak pengguna untuk menikmati gaya hidup EV dengan pelbagai ciri menarik.
"Ia memainkan peranan penting dalam pelan tindakan Re:Nissan kami, menawarkan prestasi mengagumkan, rekabentuk bergaya, dan teknologi canggih."
Rekabentuk 'Timeless Japanese Futurism'
Nissan LEAF 2026 serba baharu menampilkan rekabentuk 'Timeless Japanese Futurism' Nissan yang menggabungkan estetika Jepun yang unik dengan pendekatan moden ringkas dan berkuasa.
- Simbol Geometri 'Ni-San': Bahagian luaran dan dalaman menampilkan simbol geometri 'ni-san' tersendiri, gabungan dua segi empat tepat vertikal dengan tiga horizontal.
- Corak ini, apabila disebut 'ni' dan 'san', secara fonetik membentuk nama Nissan yang menandakan era baharu rekabentuk Nissan dan LEAF yang direka semula sepenuhnya.
- Siluet Fastback: Siluet seperti fastback, hendal pintu depan rata, roda talaan aero.
- Bahagian bawah badan rata bukan saja memberikan LEAF serba baharu penampilan berani dan anggun, tetapi turut menyumbang kepada pekali seretan cekap (0.26) untuk model AS dan Jepun, dan 0.25 untuk varian Eropah.
- Pencahayaan Menarik: Lampu siang (DRL) menyerlahkan fasia V-motion yang berevolusi di bahagian depan.
- Pada gred terpilih, bar lampu merentangi panjang bonet, dan di beberapa wilayah diletakkan atas logo Nissan yang bercahaya.
- Di belakang, lampu belakang holografik 3D, memberikan sentuhan 'digita Zen' futuristik.
- Rim Aloi 19 Inci: Rim aloi 19 inci meningkatkan lagi tarikan jalanan LEAF serba baharu yang berani.
- Dari sisi, LEAF nampak montok dengan lampu belakang mengingatkan kepada Nissan Fairlady.
Ruang Dalaman Luas dan Teknologi Imersif
Kabin Nissan LEAF 2026 serba baharu menawarkan ruang dalaman luas dengan lantai yang hampir sepenuhnya rata, hasil penggunaan platform CMF-EV Nissan. Panel instrumen mendatar dan lebar kelihatan seakan terapung.
- Paparan Monolit: Paparan gaya monolit menampilkan dua skrin bersepadu sama ada 12.3 inci atau 14.3 inci, bergantung gred dan pasaran.
- Sistem Audio Premium: Varian terpilih menampilkan audio premium Bose Personal Plus dengan pembesar suara yang disepadukan dalam penyandar kepala penumpang.
- Bumbung Panoramik Malap: Pertama kali pada Nissan, Bumbung Panoramik Malap dengan teknologi Polymer Dispersed Liquid Crystal (PDLC) membolehkan pemilik menikmati cahaya natural dan keselesaan sepanjang tahun dengan hanya sentuhan butang.
Prestasi Pemanduan Responsif dan Bateri Cekap
- Trenkuasa EV 3-dalam-1 Baharu: Trenkuasa EV 3-dalam-1 serba baharu dengan motor, inverter, dan pengecil bersepadu adalah 10 peratus lebih kecil daripada model terdahulu dan menampilkan kawalan motor unik Nissan yang meningkatkan pengalaman pemanduan.
- Motor baharu ini digandingkan dengan braket pemasangan motor ketegaran tinggi baharu, yang menyokong pengurangan 75 peratus dalam getaran motor berbanding model lama.
- Kawalan Jarak Pintar: Untuk pasaran terpilih, Bantuan Kawalan Jarak Pintar (Intelligent Distance Control Assist, IDCA) baharu membantu secara intuitif mengekalkan jarak ditetapkan dari kenderaan depan ketika memandu dalam lalu lintas bandar, dan turut mengoptimum brek regeneratif.
- Pilihan Bateri: Tersedia dalam dua pilihan bateri litium-ion penyejukan cecair, yang kedua-duanya menawarkan fungsi penyejukan terma.
- Model terpilih dikuasakan bateri 52kWj yang menyokong output kuasa 130kW (174hp) dan tork 345Nm.
- Bateri 75kWj yang lebih besar juga tersedia dengan outpu kuasa 160kW (214hp) dan tork 355Nm.
- Pengurusan Termal Pintar: Sistem pemulihan dan pengurusan haba dipertingkat mengumpul haba dicipta pengecas onboard (OBC) untuk memanaskan bateri, meningkatkan potensi penjanaan dalam cuaca sejuk.
- Pada gred berkenaan, fungsi penyejukan terma berhubung navigasi pintar baharu mengoptimum penyejukan bateri berdasarkan laluan pemanduan dipilih.
- Jarak dan Pengecasan: Di AS, gred terpilih dengan bateri 75kWj dianggarkan memberikan jarak maksimum hingga 487.6km (303 batu).
- Pelanggan di AS dan Kanada juga mendapat manfaat American Charging Standard (NACS) yang membolehkan mereka mengecas di lokasi Tesla Supercharger.
- Apabila disambungkan kepada pengecas pantas, pemilik boleh mengisi semula 10-80 peratus cas dalam masa 35 minit.
- Perancang Laluan Pintar yang tersedia meningkatkan pemilikan EV dengan menyediakan maklumat laluan masa nyata, status cas, dan pengenalpastian stesen pengecasan yang mudah.
Keselamatan dan Gaya Hidup
Nissan LEAF 2026 serba baharu dilengkapi kelengkapan komprehensif teknologi bantuan pemandu canggih dan inovatif untuk menjadikan pemanduan harian lebih mudah dan intuitif seperti:
- Monitor Pandangan Keliling Pintar 3D
- Pandangan Bonet Lut Sinar (Invisible Hood View)
- Fungsi Pandangan Lebar Depan
Selain menawarkan mobiliti sifar emisi, LEAF 2026 serba baharu juga dilengkapi ciri dan fungsi untuk meningkatkan gaya hidup pemilik:
- Outlet Kuasa 120V: Untuk gred terpilih di AS, dua soket 120V tersedia, satu untuk kabin dan satu lagi untuk ruang but.
- Soket ini mampu mengeluarkan sehingga output gabungan 1500W, yang membolehkan pemilik menghidupkan pelbagai peranti saiz kecil hingga sederhana untuk aktiviti luar seperti perkhemahan.
- Adapter V2L: Adapter aksesori V2L yang tersedia boleh disambungkan ke port pengecas luar untuk menyokong pengecasan peranti di luar kenderaan.
- Fungsi Kenderaan-ke-Rumah (V2H): Di Jepun, LEAF 2026 serba baharu akan terus menawarkan fungsi V2H.
- Ini membolehkan elektrik dibekalkan kembali ke rumah atau menerima tenaga dihasilkan solar apabila disambungkan ke sistem pengurusan tenaga rumah yang membolehkan pengguna menghidupkan peralatan rumah atau mengecas peranti menggunakan tenaga yang tersimpan dalam bateri kenderaan.
- Kenderaan-ke-Grid (V2G): Khusus untuk Eropah, LEAF 2026 serba baharu berfungsi untuk V2G, yang mana pada masa depan akan dapat menghantar tenaga tersimpan kembali ke grid kuasa.
- Fungsi ini membantu pelanggan mengurangkan kos tenaga sambil menyokong sistem tenaga yang lebih stabil dan lestari.
Generasi ketiga Nissan LEAF 2026 serba baharu ini akan dipasang di Kilang Tochigi di Jepun, dan di fasiliti pengeluaran canggih Nissan di Sunderland, timur laut England.
Bagaimanakah pasaran tempatan? Secara tradisi, Nissan tidak gagal dalam memasarkan LEAF sebelum ini dan kami yakin keputusan serupa akan diambil. Harga dan butiran lanjut akan diumumkan apabila jualan bermula di setiap pasaran.
Leave a Reply