Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan LEAF (2023) Versi Dipertingkat Lancar 10 Mac Ini, Harga RM168,888!
Auto Terkini

Nissan LEAF (2023) Versi Dipertingkat Lancar 10 Mac Ini, Harga RM168,888!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize06/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGEDAR rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan melancarkan Nissan LEAF (2023) versi dipertingkat secara rasmi pada 10 Mac ini.

Hanya satu varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia pada harga RM168,888 dengan dua pilihan warna kabin kereta, hitam atau kelabu.

Berikut perincian Nissan LEAF (2023):

Trenkuasa

Tiada perubahan mekanikal, masih lagi dibekalkan motor tunggal berkuasa 148hp (150ps) dan tork 320Nm.

Didatangkan dalam pacuan roda depan (FWD) dengan bateri litium-ion 40kWh yang mampu dipandu sejauh 311km mengikut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).

Pecutan 0-100kmj sepantas 7.9 saat, manakala kelajuan maksimum 155kmj.

Luaran Nissan LEAF (2023)

Bahagian luaran dikemas kini dengan gril hitam serba baharu, kemasan dalaman lampu LED hitam dan bampar diperbaharui. Logo baharu Nissan berlampu turut terpampang pada rupa depan LEAF ini berserta radar.

Nissan LEAF (2023) turut menampilkan rim 17 inci serba baharu berwarna hitam dan krom. Di belakang, tulisan LEAF kini dalam kelabu kusam berbanding krom pada model sedia ada, manakala difuser belakang kini kelabu untuk semua model, berbanding biru seperti model lama.

Dalaman Nissan LEAF (2023)

Tiada perubahan besar bahagian dalaman Nissan LEAF (2023), majoriti masih seperti versi sedia ada. Perbezaannya, versi 2023 ini hadir dengan unit infotainmen 8 inci skrin sentuh dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto (berwayar).

Selain logo baharu pada stereng, Nissan LEAF kini dilengkapi cermin pandang belakang pintar yang membenarkan pemandu memilih sama ada ingin menggunakan cermin biasa ataupun kamera pada cermin.

Terbesar dalam kelas, kapasiti but belakang seluas 435 liter dan mampu bertambah kepada 1,176 liter apabila tempat duduk baris belakang dilipat.

Pengecas Nissan LEAF (2023)

Nissan LEAF (2023) kini menawarkan tiga cara mengecas yang sesuai dengan CHAdeMO (DC), Type 2 (AC) dan AC 3-pin untuk pengecasan rumah.

Bagi port pengecas CHAdeMO berkapasiti 50kW, hanya satu jam diperlukan untuk mengecas penuh. Pengecas Type 2 pula berkapasiti 6.6kW yang memerlukan 7 jam dicas penuh, manakala kabel 3-pin berkapasiti 3.6kW memerlukan 12 jam dicas penuh.

Kabel pengecas AC 3-pin ini juga diberikan bersama kereta, tetapi pemasangan AC Wall Box ditawarkan sebagai opsyen.

Ciri Keselamatan Nissan LEAF (2023)

Dari segi keselamatan, Nissan LEAF (2023) dilengkapi Amaran Tukar Lorong (LDW) yang mana stereng akan bergegar jika keluar lorong tanpa signal belok.

Selain itu, kereta elektrik ini juga dilengkapi ciri keselamatan lain seperti berikut:

  • Lampu Suluh Tinggi (AHB)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FDW) dengan Brek Kecemasan Pintar (IEB)
  • Kamera 360
  • Sistem brek e-Pedal
  • Bantuan Daki Bukit (HSA)

Warna Nissan LEAF (2023)

Menerima warna badan dwi-tona dengan bumbung hitam dalam 7 pilihan warna:

  • Stealth Grey
  • Akatsuki Sunrise Copper
  • Opera Mauve
  • Vivid Blue
  • Midnight Black
  • Burgundy
  • Pure White Pearl

Harga dan Waranti Nissan LEAF (2023)

Nissan LEAF (2023) dijual pada harga RM168,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Harga itu termasuk waranti 3 tahun atau 100,000km jarak perbatuan. Waranti bateri 8 tahun atau 160,000km.

Harga ditawarkan lebih murah daripada Nissan LEAF sedia ada yang dijual pada harga RM175,800. Nissan turut menawarkan program sewaan kereta bernilai RM1,800 sebulan (tanpa insurans dan penyelenggaraan) selama 3 tahun.

Harga tersebut lebih murah daripada plan sewaan Nissan LEAF sedia ada yang bernilai RM2,300, tetapi termasuk insurans dan penyelenggaraan.

Bagaimanapun, ETCM mendakwa LEAF ini hanya memerlukan RM300 bagi penyelenggaraan selama setahun.

Lebih menarik, pembeli Nissan LEAF (2023) boleh mendapatkan model Nissan lain seperti X-Trail, Serena dan Navara selama 23 hari setahun sebagai ganti jika memerlukan kereta lain untuk tujuan pelancongan. Bagaimanapun, ia hanya ditawarkan kepada pelanggan dalam tempoh tiga tahun petama pemilikan kereta.

BACA >>> #BikinKereta: Nissan LEAF Jadi Hibrid AWD ‘Kacuk’ dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-10R
BACA >>> Peranti Power Mover Nissan LEAF Mampu Jadi Generator Jana Kuasa Elektrik Hingga 10 Jam

Edaran Tan Chong Motor Edaran Tan Chong Motor (ETCM) EV Facelift kereta elektrik Nissan Nissan Leaf 2023 Roda4
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.