Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
Auto Terkini

Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019

Abang HirataBy Abang Hirata02/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA yang bagus tidak merangkumi rekabentuk luaran saja, banyak lagi perkara dinilai seperti trenkuasa, kos penggunaan dan rekabentuk dalaman.

Selain anugerah khas untuk enjin terbaik, tahukah anda ada juga program pengiktirafan untuk rekabentuk dalaman Anugerah tersebut dikenali sebagai Anugerah Interior Terbaik WardsAuto (WardsAuto Best Interior Award) 2019 dan Nissan Kicks (2019) ialah antara 10 model yang tersenarai.

WardsAuto ialah peneraju dalam analisis dan informasi automotif menerusi usaha menyediakan pelbagai maklumat kepada industri sejak lebih 90 tahun. Jadi, bukan mudah untuk disenaraikan kerana pasukan juri sudah menilai 32 kenderaan dengan interior baru atau diperbaharui.

BACA >>> Nissan Kicks Pencabar Baharu Mazda CX-3, Honda HR-V

MURAH DAN MEWAH

Kicks (2019) menambat hati juri dengan beberapa faktor dan salah satunya ialah harga termurah dalam senarai. Harga Kicks yang diuji ialah AS$23,330 (RM96,400), manakala varian paling murah AS$18,640 (RM77,00) untuk S FWD Xtronic.

Lapan editor WardsAuto mengakui Kicks (2019) memiliki sulaman berkualiti tinggi dan material lembut pada panel instrumen yang setara kenderaan lebih mahal. Pasukan juri juga sukakan paparan pintar keliling, Intelligent Around View® Monitor yang mudah digunakan dalam ruang sempit. Ciri itu sebelum ini khas untuk model mewah Infiniti saja.

BACA >>> #LAAS2017: Nissan Kicks Tiba di Amerika, Hulurkan Salam kepada Honda HR-V, Mazda CX3

SISTEM AUDIO BERKUALITI TINGGI, KABIN LUAS

Nilai tinggi sistem audio turut menambat hati daripada jenama Bose® Personal Plus Audio System dengan pembesar suara pada perehat kepala pemandu. Ruang kabin juga bagus apabila keluasan kaki penumpang depan Kicks (2019) ialah paling besar dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak. Kapasiti kargo jika kerusi belakang dilipat ialah 914 liter.

Papan pemuka Kicks (2019) direka moden dan ringkas dengan gaya lebar dan didominasi skrin utama berwarna 7 inci dengan fungsi infotainment menerusi ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Malah, ciri keselamatan Kicks (2019) juga hebat apabila semua semua varian dilengkapkan Brek Kecemasan Automatik (AEB), 7 beg udara dan Monitor Pandang Belakang (RVM). Kicks SV dan Kicks SR lebih lengkap dengan Amaran Titik Buta (BSW) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).

Kicks (2019) digerakkan enjin 1.6L dengan teknologi Sistem Kawalan Pemasaan Injap Variabel Berterusan (Continuous Variable Valve Timing Control System – CVTCS) berkuasa 122hp dan tork 154.5 Nm.

Kicks ialah SUV kompak global dan dipasarkan di banyak negara dengan memenangi pelbagai anugerah. Asalnya disangka model pengganti Juke, tetapi segalanya berubah apabila kelibat model itu dengan pita samaran dikesan sedang dipandu uji di Eropah. Edaran Tan Chong Motor khabarnya mempunyai fokus baharu terhadap SUV, dan mungkinkah Malaysia bakal ditawarkan dengan Kicks atau Juke pada masa akan datang?

BACA >>> Nissan Versa (Almera) Lancar di AS dengan Rupa Lebih Mengancam!

Selain Kicks (2019), 9 model lain yang tersenarai ialah:

  1. Bentley Continental GT (AS$276,730)
  2. BMW M850i (AS$119,295)
  3. Genesis G70 (AS$44,895)
  4. Hyundai Santa Fe (AS$39,905)
  5. Jeep Gladiator (ASAS$51,245)
  6. Lincoln Nautilus (AS$67,630)
  7. Mercedes-Benz A220 (AS$51,935)
  8. Toyota RAV4 (AS$39,565)
  9. Volvo V60 (AS$54,690)
GALERI
10 Interior Terbaik WardsAuto 2019 WardsAuto Best Interior Award Interior Terbaik WardsAuto Nissan Nissan Kicks WardsAuto
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.