Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Juke (2020) Baharu Akan Didedahkan Bulan Depan!
Auto Terkini

Nissan Juke (2020) Baharu Akan Didedahkan Bulan Depan!

Abang HirataBy Abang Hirata20/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Juke ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) unik yang berjaya membuka mata banyak pengeluar tentang nilai pasaran model itu. Bayangkanlah dengan bentuk di luar kelaziman, tetapi mampu menambat ramai hati pengguna. Juke ialah keajaiban kedua buat Nissan selepas Qashqai yang begitu popular di Eropah.

Berapakah jualan Juke? Sudah 1 juta unit sejak dilancarkan pada 2010. Jumlah itu cukup besar untuk SUV kompak tanpa sebarang legasi diwarisi. Selepas Juke, Nissan mengeluarkan satu lagi model SUV kompak, diberikan nama Kicks, tetapi Juke tidak ditamatkan pengeluaran.

Rupa-rupanya Nissan ada satu lagi rancangan. Juke bakal hadir dengan model pengganti dan akan didedahkan secara rasmi bulan depan. Juke kini berada dalam fasa akhir ujian dan sudah dibawa ke trek ujian Millbrook di Britain.

BACA >>> #GMS2018: Nissan Juke (2018) Versi Facelift Kini Bergaya Crossover, Ekstra Personaliti

GRIL V-MOTION, BUMBUNG LANDAI

Sebelum pendedahan rasmi, Nissan mendedahkan serba-sedikit mengenai SUV unik ini. Melihat foto rasmi dikongsikan, jelas Juke masih kekal dalam segmen SUV kompak dan paling penting, masih kekal dengan bentuk bentuk bumbung landai ke belakang.

Dari depan, Juke masih setia dengan identiti dua lampu iaitu tirus di atas dan besar di bawah. Awalnya, identiti seperti ini nampak janggal sebelum ia dihangatkan model rakan sekutu, Mitsubishi Xpander.

Jika diamati dari dekat, rekabentuk depan Juke mirip Livina baharu seperti gril V-Motion dan lampu tirus. Cuma apa yang membezakan Juke dan Livina ialah lampu bulat pada bampar, manakala lampu belakang berbentuk V ala Nissan Qashqai baharu.

TEKNOLOGI PROPILOT

Di sebalik seragam penyamaran, Nissan berkongsi maklumat rasmi Juke seperti rim 19 inci, penggunaan teknologi ProPILOT dan saiz yang lebih besar untuk keselesaan pemandu dan penumpang. Jaminan Nissan, walaupun Juke semakin ‘matang’, SUV ini tetap hadir dengan karakter keseronokan memandu.

Kepada mereka yang tertanya sama ada Juke bakal dipasarkan di sini atau tidak, sukar untuk memberi jawapan. Namun wakil pengedar rasmi Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sudah mengesahkan Nissan Kicks akan dijual di sini.

Jika ada yang pernah terserempak dengan Juke generasi pertama atas jalan, itu sebenarnya unit yang dibawa masuk pengimport bebas. Harga unit rekon tersebut mencecah lebih RM100,000.

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Nissan Livina (2019) Lancar di Indonesia, ke Malaysia Tahun Ini (Mungkin)

GALERI
Auto Terkini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) ETCM Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Juke Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.