Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Cipta Lagu Dodoikan Bayi dalam Kereta
Auto Terkini

Nissan Cipta Lagu Dodoikan Bayi dalam Kereta

Abang HirataBy Abang Hirata17/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH punca anak kecil kerap tidur dalam kereta? Adakah penyaman udara atau kanak-kanak itu memang sudah sedia mengantuk?

Nissan dalam satu artikel di Britain mendakwa 70 peratus ibu bapa percaya pergerakan kenderaan adalah sebab kenapa anak-anak mereka mudah tidur. Bagaimanapun, kajian menunjukkan frekuensi bunyi enjin pembakaran dalaman yang menenangkan juga faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut.

BACA >>> Nissan Leaf (2019) Kini di Malaysia, Harga RM189k dengan Ansuran Bulanan RM3.2k Sahaja

Jika mengambil kira tanggapan lama, ia mempunyai kesan negatif kerana sesetengah ibu bapa terpaksa memandu jauh hanya untuk menidurkan bayi mereka dan seterusnya membazirkan bahan api dan mengeluarkan emisi tidak diperlukan.

Satu lagi persoalan, jika memandu berkesan menidurkan anak kecil, bagaimanakah dengan kenderaan elektrik (EV) yang tiada bunyi enjin?

Penyelesaiannya, Nissan mencipta lagu dodoi pertama di dunia untuk EV untuk membantu ibu bapa menidurkan bayi mereka. Koleksi lagu itu, dipanggil Nissan Leaf Dream Drive, direka dengan kerjasama Jurutera Bunyi dan Jurulatih Tidur, Tom Middleton.

BACA >>> Nissan Leaf Catat Rekod EV Pertama Dunia Lepasi Angka Jualan 400,000 Unit!

Berdasarkan kajian, Middleton dan jurutera Nissan mendapati enjin pembakaran dalaman mengeluarkan bunyian hipnotik dalam julat lebih luas (range) berbanding EV. Enjin pembakaran dalaman menghasilkan adunan gelombang bunyi kompleks, dan frekuensi berserta nota bunyi harmoni lebih tinggi daripada bunyi enjin, tayar yang menggesel permukaan jalan dan deruan udara yang bergerak sekeliling kereta.

Berbekalkan data kajian, Middleton dan seorang lagi saintis, Ari Peralta merekodkan bunyian dalaman dan luaran Nissan Leaf dan Qashqai di Pusat Teknikal Nissan Eropah. Rakaman tersebut mengandungi pelbagai elemen yang biasa didengari ketika memandu seperti:

  • Kunci
  • Indikator (lampu dan sebagainya)
  • Penyaman udara
  • Enjin dihidupkan
  • Kerusi
  • Fabrik
  • Bunyi tekstur material kabin
  • Pecutan dan nyah pecut
  • Rakaman langsung di jalan raya

Dengan menggabungkan rakaman, Middleton menukarkan Leaf dan Qashqai menjadi unit orkestra yang menghasilkan album dodoi berkesan untuk bayi dan kanak-kanak. Tempoh masa sesebuah lagu dimainkan adalah 3-5 minit yang meniru frekuensi audio menenangkan, seperti bunyi enjin pembakaran dalaman.

Rakaman itu merekodkan frekuensi dan bunyian yang didengar dalam pemanduan kereta pembakaran dalaman supaya lagu dodoi tersebut terus berbunyi walaupun kenderaan berhenti.

Ibu bapa juga boleh menghubungkan Nissan Leaf dengan telefon pintar untuk sambungan aplikasi seperti Spotify bagi mendendangkan lagu tersebut. Awas, koleksi dodoi tersebut begitu mengasyikkan!

BACA >>> Nissan Leaf NISMO RC Asah Trek Eropah, 0-100kmj Sepantas 3.4 saat!

GALERI
Ari Peralta Auto Terkini EV Kenderaan Elektrik (EV) Nissan Nissan LEAF Nissan Leaf Dream Drive Roda4 teknologi Tom Middleton
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.