Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Buktikan Kehebatan Teknologi ProPILOT, Selipar Pun Boleh Parkir Sendiri
Auto Terkini

Nissan Buktikan Kehebatan Teknologi ProPILOT, Selipar Pun Boleh Parkir Sendiri

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda kagum dengan teknologi ProPILOT yang dibangunkan Nissan, video di bawah ini mungkin akan buatkan mulut anda terus melopong dengan mata terkelip-kelip.

Pada 2016, Nissan memperkenalkan kerusi ofis parkir sendiri, sebelum mendedahkan Kerusi ProPILOT yang mampu mengesan dan mengikut kerusi depan secara automatik. Kerusi ProPILOT itu direka khas buat pelanggan yang perlu beratur dalam barisan panjang di restoran. Malah, kerusi autonomi itu turut diuji secara nyata di banyak restoran seluruh Jepun.

SELIPAR DISUSUN SENDIRI

Kini, Nissan memperkenalkan pula ProPILOT Park Ryokan, khas untuk rumah penginapan tradisional di Jepun (dipanggil Ryokan). Sama seperti teknologi parkir automatik ProPILOT Park, Nissan turut menggunakan teknologi sama untuk Ryokan, tetapi bukan kereta, sebaliknya selipar, meja dan kusyen.

Apa yang dapat kita dalam video, semua selipar, meja dan kusyen boleh bergerak sendiri apabila tidak digunakan dengan automatik kembali ke tempat susunan ditetapkan dengan menekan satu butang. Kalau idea kerusi parkir sendiri sudah cukup pelik, idea terbaharu Nissan ini jauh lebih pelik dan gila.

BACA >>> Nissan Bangunkan Teknologi B2V, Mampu Kawal Kereta Guna Gelombang Otak

Rasanya, apa lagi kejutan yang akan dibuat Nissan nanti?

RASAI SENDIRI PROPILOT PARK RYOKAN

Anda sebenarnya berpeluang menikmati teknologi ProPILOT Park Ryokan itu di Hakone, Jepun. Nissan kini menawarkan penginapan percuma untuk 1 malam kepada pasangan pengembara bertuah. Jika mahu peluang menang, peserta perlu memuat naik status Twitter menggunakan tanda pagar #PPPRyokan dan #wanttostay antara 25 Januari dan 10 Februari ini.

BACA >>> Nissan Perkenal Teknologi Kesan-Peluh, Atasi Masalah Pemandu Kurang Minum Air

Nissan juga akan mengadakan demonstrasi selipar parkir sendiri itu di Galeri Ibu Pejabat Nissan Global, Yokohama di reruai pameran yang akan dibuka bermula 1 hingga 4 Februari nanti.

Jom layan video dulu!

SUMBER: Nissan | Nissan.co.jp
autotainment Kerusi ProPILOT Nissan Nissan ProPILOT ProPILOT ProPILOT Chair ProPILOT Park Ryokan Roda4 rumah penginapan tradisional Jepun Ryokan teknologi teknologi ProPILOT videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.