Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Nissan Bangunkan Teknologi B2V, Mampu Kawal Kereta Guna Gelombang Otak
Autotainment

Nissan Bangunkan Teknologi B2V, Mampu Kawal Kereta Guna Gelombang Otak

Han OthmanBy Han Othman17/09/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN membangunkan teknologi baharu yang mampu membawa gelombang otak pemandu dan menghantar maklumat kepada sistem on-board kenderaan autonomi (atau pandu sendiri).

Teknologi otak-kepada-kenderaan (brain-to-vehicle), atau B2V menyasarkan mahu menambah baik masa reaksi pemandu. Caranya, pemandu akan memakai satu peranti di kepala yang berfungsi mengukur aktiviti gelombang otak dan menghantar data diperoleh kepada kenderaan untuk dianalisis.

BACA >>> Nissan Lancar ‘Warisan Nismo’ untuk Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Ikonik

Kemudian, maklumat diproses itu membolehkan kereta membuat jangkaan ke atas pergerakan yang dimaksudkan pemandu, seperti memusing stereng, atau menghentikan kenderaan, dengan menghasilkan input 0.2 hingga 0.5 saat lebih pantas. Nampak macam sedikit mengganggu, tetapi Nissan memberi jaminan bahawa pemandu tidak akan menyedari bahawa kenderaan mereka sedang menghasilkan input.

TEKNOLOGI MASA DEPAN

“Apabila ramai orang berfikir tentang pemanduan autonomi, mereka ada pandangan tentang masa depan yang tersendiri, di mana manusia melepaskan kawalan kepada mesin,” kata Naib Presiden Eksekutif Nissan, Daniele Schillaci.

“Namun, teknologi B2V tidak bertentangan, dengan menggunakan isyarat dari otaknya sendiri untuk membuatkan pemanduan jadi lebih mengujakan dan menyeronokkan. Menerusi Nissan Intelligent Mobilty (NIM), kami mahu membawa manusia ke dunia lebih baik dengan menghasilkan banyak produk autonomi, elektrik dan konektiviti,” katanya.

Teknologi B2V juga akan berfungsi jika sesebuah kenderaan dalam mod autonomi. Dengan mengesan ketidakselesaan penumpang, teknologi Kepintaran Buatan (AI) mampu mengubah konfigurasi atau gaya pemanduan kenderaan supaya sepadan dengan si pemandu.

Contohnya, jika pemandu rasa sakit, kereta mungkin akan bergerak perlahan dan kurang melakukan pergerakan mendadak ketika membelok atau memecut.  B2V juga akan menggunakan maklumat gelombang otak untuk melaraskan persekitaran dalaman mengikut keperluan pemandu, seperti mengubah apa yang dilihat penumpang untuk memudahkan mereka.

BACA >>> Hyundai Cipta Teknologi Sensor Ultrasonik Elak Tertinggal Budak dalam Kereta

“Potensi aplikasi teknologi ini adalah menakjubkan. Penyelidikan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi Nissan untuk kenderaan kami dalam tahun-tahun mendatang,” kata Dr Lucian Gheorghe.

Nissan membuka set simulator memandu itu sempena Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2018 yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

autotainment gelombang otak Nissan Nissan B2V Roda4 teknologi teknologi automotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Audi Q9 2027 Didedahkan – SUV Flagship Tiga Baris Tempat Duduk

29/07/2026
TGR Vios Gold Championship 2026
Sukan Permotoran

Menjelang Penentuan Akhir, Toyota Vios Gold Championship 2026 Makin Sengit

29/07/2026
Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Forza 720 2027 EU
Auto Terkini

Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

By Abang Hirata29/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.