Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Bakal Perkenal 30 Model Baharu ICE, EV Menjelang 2026
Auto Terkini

Nissan Bakal Perkenal 30 Model Baharu ICE, EV Menjelang 2026

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/03/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN akan membuat debut 30 model baharu di pasaran global menjelang 2026 dengan 16 model dilengkapi trenkuasa elektrik.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Makoto Uchida dalam pembentangan peta hala tuju tiga tahun Nissan, semalam.

Sebaik saja semua model itu diperkenalkan, kira-kira 60 peratus model kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) Nissan akan diperbaharui dan berwajah segar di pasaran. Ini membantu Nisaan mencapai misi peningkatan jumlah jualan sebanyak sejuta kenderaan setahun.

Selain itu, Nissan juga mengimpikan mengurangkan kos kenderaan elektrik (EV) generasi baharu hingga 30 peratus.

PECAHAN MODEL IKUT PASARAN

  • China – Lapan model, dan semua ialah kenderaan tenaga baharu (NEV)
  • Amerika Syarikat dan Kanada – Tujuh model
  • Eropah – Enam model
  • Jepun – Lima model
  • Asia Tengah – Lima model, dan semua jenis kenderaan utiliti sukan (SUV)
  • India – Tiga model
  • Afrika – Tiga model dengan dua SUV, satu kereta kecil ICE
  • Oseania – Dua model, iaitu trak pikap satu tan dan crossover kompak EV

PERALIHAN ELEKTRIFIKASI

  • Dalam tempoh dua tahun lagi, Nissan bakal memiliki rangkaian model hampir seimbang untuk model ICE (14 model) dan EV (16 model).
  • Nissan akan meningkatkan pelaburan dalam elektrifikasi hingga lebih 70 peratus menjelang 2026.
  • Pengeluar itu sudah menyatakan rancangan melancarkan 34 model EV antara 2024 dan 2030 (semua segmen).
  • Barisan model Nissan akan merangkumi 40 peratus EV pada 2026 dan 60 peratus EV menjelang 2030.

PASARAN ELEKTRIFIKASI NISSAN 2026

  • Jepun: Sebanyak 70 peratus produk di negara itu akan merangkumi model hibrid dan EV.
  • Eropah: 40 peratus kenderaan Nissan dijangka model EV penuh untuk kenderaan persendirian.
  • Amerika Syarikat: Bakal terima model Nissan dengan trenkuasa e-Power dan hibrid plug-in (PHEV).

PECAHAN SASARAN JUALAN

Nissan mahu meningkatkan jumlah jualan tahunan sebanyak sejuta unit menjelang 2026 berbanding pencapaian 2023. Sasaran jualan sejuta unit itu diraih daripada:

  • Amerika Utara: 330,000 unit
  • China: 200,000 unit
  • Jepun: 90,000 unit
  • Afrika, Timur Tengah, Eropah dan Oseania: kira-kira 300,000 unit

SUMBER: CarScoops

Auto Global Kenderaan Elektrik (EV) Makoto Uchida Nissan Nissan Global Nissan Japan Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Range Rover GT – Model Paling Senyap, Rekaan Lebih Rendah

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Auto Terkini

    OMODA 9 SHS P 2026 untuk UK, Varian Baharu Black Noble Lebih Eksklusif

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.