Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»NISMO Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Lama Nissan – Skyline GT-R R32 Jadi Model Sulung
Auto Terkini

NISMO Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Lama Nissan – Skyline GT-R R32 Jadi Model Sulung

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN kelmarin mengumumkan penubuhan Program Alat Ganti Warisan di bawah divisi prestasi, NISMO dalam usaha menyokong agenda pemasaran baharu dalam kalangan peminat jenama pengeluar dari Jepun itu. Semua sedia maklum, NISMO ialah divisi khas yang menumpukan kepada kerja-kerja talaan dan modifikasi prestasi model-model Nissan.

Namun, apa yang menarik tentang program baharu itu ialah NISMO akan mengeluarkan semula alat-alat ganti bagi model-model prestasi Nissan terpilih, dan sebagai permulaan jentera legenda, Skyline GT-R R32.

Pengumuman tentang program berkenaan diperoleh daripada forum Reddit, di mana Ketua NISMO, Takao Katagiri mengumumkan Skyline GT-R R32 sebagai model sulung dan jika berjaya, ia akan diperluaskan kepada kereta-kereta prestasi Nissan yang lain.

PASARAN GLOBAL?

Tidak dapat dipastikan sama ada program tersebut cuma khas untuk pemilik Nissan di Jepun atau turut diedarkan ke pasaran antarabangsa. Lagipun, peminat jentera prestasi Nissan di Malaysia pun bukan sedikit kelompoknya. Sebelum ini kedai alat ganti terpakai atau ‘kedai potong’ ialah sasaran utama pemilik-pemilik kereta Nissan negara ini. Malah, ada yang sanggup membuat pesanan dari luar negara menerusi laman web seperti eBay.

Mengenai R32 GT-R, pengeluaran alat ganti model itu sudah pun ditamatkan sejak beberapa tahun lalu, sekali gus membuatkan ia sukar didapati. Namun, jika Nissan berbesar hati membuka pasaran menerusi Program Alat Ganti Warisan itu, sudah pasti peminat Nissan menyambut baik usaha tersebut. Mereka kini dapat membeli alat ganti asli yang baharu. Kereta Nissan apa dimiliki anda sekarang?

Apapun, pemilik Almera tidak perlu risau, kerana alat ganti model itu masih senang didapati di pusat-pusat servis Nissan berdekatan. Harap bertenang.

SUMBER: Road and Tracks

Auto Terkini Nismo Nissan Nissan NISMO Nissan Skyline GT-R R32 program alat ganti warisan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026

1 Comment

  1. Arshad on 19/01/2019 20:26

    Cylinder head Nissan Sentra 1.8 tahun 2008

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.