Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»‘Ninja Kaki Tiga’ aka Yamaha MWT-9 Bakal Debut di Tokyo!
Roda2

‘Ninja Kaki Tiga’ aka Yamaha MWT-9 Bakal Debut di Tokyo!

ZYBy ZY22/10/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASIH tidak habis lagi cerita pasal idea gila Yamaha untuk Pameran Motor Tokyo ke-45 yang bakal membuka tirai minggu hadapan.

BACA >>> Yamaha MOTOROiD – Motosikal AI yang Mampu Kenal dan Bercakap dengan Penunggang

Tidak cukup konsep teknologi motosikal masa hadapan, seperti MOTOROiD A.I. dan MOTOBOT, Yamaha bakal memperkenalkan motosikal roda tiga dengan enjin 3-silinder sebaris berasaskan streetfighter pilihan rakyat, Yamaha MT-09.

Walaupun tidak menunjukkan rekaan sebenar motosikal itu, bayangan dipaparkan menerusi pencak Ninja berpedang kembar dengan tagline ‘Ride the Revolution’ dalam video ‘teaser’ Youtube baru-baru ini sudah cukup memberikan kepastian. Cuma kurang jelas kenapa Yamaha masih ingin berteka-teki sedangkan  motosikal tersebut sudah pun ditayangkan sebelum ini.

Jika anda masih ingat, konsep streetfighter tiga roda, digelar MWT-9, pernah dipamerkan pada Pameran Motor Tokyo ke-44, dua tahun lalu. Melihat video pelancaran ditayangkan, Yamaha menonjolkan kelebihan motosikal roda tiga tersebut yang mampu bergerak begitu lincah seperti motosikal biasa.

BACA >>> Jawab Kuiz Ini Dahulu Sebelum Berani Mengaku Peminat Setia Yamaha RX-Z

Mungkin ada masih was-was, tetapi jika melihat video di bawah, jelas sekali penggunaan dua roda di depan menjadikan motosikal itu lebih stabil dalam posisi menegak, dan pada masa sama masih membolehkan si penunggang melayan selekoh pada sudut miring.

Sudah tentu, itu berita baik buat mereka yang mahukan keseronokan menunggang streetfighter berkuasa dan lincah, tetapi tidak yakin mengendalikan jentera itu dengan selamat.

REKAAN JADI TANDA TANYA

Memandangkan Yamaha begitu berahsia untuk pelancaran tahun ini, timbul tanda tanya sama ada MWT-9 masih mengekalkan rekaan fairing depan besar seakan kepala Pokemon atau rekaan naked seperti MT-09 asal kerana ada desas-desus mengkritik rekaan tersebut sebagai terlalu radikal bagi sebuah motosikal roda tiga. Kata mereka motosikal itu hanya akan ditunggang si penakut.

Apa pula pendapat anda?

motosikal motosikal tiga roda mwt-9 Pameran Motor Tokyo roda2 Yamaha yamaha mwt-9
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

By Han Othman24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.