Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Naza Premira Lancar 3 Model Vespa: Primavera S 150, Sprint S 150 dan S125 Carbon Edition
Roda2

Naza Premira Lancar 3 Model Vespa: Primavera S 150, Sprint S 150 dan S125 Carbon Edition

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia memperkenalkan tiga model skuter sporty baharu, terdiri daripada:

  • Primavera S 150
  • Sprint S 150
  • S125 Carbon Edition

Masih mewarisi DNA sport Vespa, model kali ini menampilkan kemas kini estetika baharu supaya menepati gaya hidup penunggang Malaysia yang aktif dan trendy.

1. VESPA PRIMAVERA S 150

Vespa Primavera S 150 mewarisi karakter  ‘joie de vivre’ (keseronokan kehidupan) dengan tambahan imej segar, bergaya dan sporty. Ia dibezakan menerusi padanan pengadang angin, rim dan pelindung hon kelabu. Didatangkan dengan rim aloi aluminium 5 jejari 12 inci, skuter ini menawarkan kestabilan dan cengkaman lebih baik dengan penambahbaikan keselamatan.

Padanan sensor barometrik menyumbang kepada tunggangan lancar, senyap dan selesa selain memastikan pembakaran optimum dalam pelbagai situasi tunggangan. Dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc i-Get, Primavera S 150  menawarkan prestasi memuaskan dengan kecekapan bahan api lebih baik.

Primavera S 150 didatangkan dengan warna merah, hitam dan putih pada harga RM16,400.

BACA >>> #TunggangUji: Vespa Primavera 150 (2018) – Skuter untuk Nikmati Erti Santai Sebenar


2. VESPA SPRINT S 150

Tambahan famili baharu dalam siri Vespa Sprint ini didatangkan dengan badan keluli, dan juga model pertama dalam kelasnya dipasangkan rim 12 inci. Skuter ini turut didatangkan dengan bentuk pelana baharu dan paip ekzos kelabu-hitam berserta kemasan krom untuk menyerlahkan aura elegan dan sporty.

Sprint S 150 dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc i-Get dengan sensor barometrik untuk mengoptimumkan keseronokan dan kelancaran tunggangan meredah trafik padat dalam bandar.

Sprint S 150 didatangkan dalam warna biru, kelabu dan hitam pada harga RM17,400.

BACA >>> Vespa Sprint Adventure Tampil Lebih Gaya


3. VESPA S125 CARBON EDITION

Tampil dengan gaya ikonik model Vespa era 70-an, Vespa S125 Carbon Edition ialah teman sempurna untuk warga kota masa kini. Skuter edisi spesial ini menampilkan rekabentuk agresif baharu dengan perincian garis karbon hitam dan pelekat  S merah pada rim.

S125 Carbon Edition juga disematkan tiga jalur ‘Tricolore’ yang mewakili warna bendera Itali pada bahagian sisi. Penampilan sporty dipertingkat menerusi penutup hon hitam. Melengkapkan lagi gaya skuter ini ialah rim hitam 5-jejari saiz 11-inci.

Enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc i-Get menawarkan tunggangan lancar, senyap dan selesa. Saiz badan kompak memudahkan ia menyelit di tengah kesibukan kota.  Antara ciri utama skuter ini ialah lampu depan petak, bentuk pelana dinamik dan ruang simpanan boleh buka penuh di papan pemuka bawah.

Imej sporty diserlahkan dengan absorber merah dan panel instrumen menarik. S125 Carbon Edition didatangkan dalam warna hitam dan putih pada harga RM12,500.

BACA >>> Ketahui 8 Pembaharuan Vespa S125, Kini dengan Enjin i-GET

Naza Premira NAZA Premira Sdn Bhd Primavera S 150 roda2 skuter Vespa Primavers S 150 Vespa S125 Carbon Edition Vespa Sprint S 150
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.