Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko yang Bakal Anda Hadapi
Autotainment

Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko yang Bakal Anda Hadapi

Abang GYLBy Abang GYL12/03/20198 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAMI sering menerima pertanyaan apakah berbaloi jika beli atau jual kereta sambung bayar. Bagaimana dengan risiko? Tidak dinafikan ramai yang beli kereta sambung bayar. Tetapi tahukah anda apakah risiko-risiko yang akan dihadapi jika membeli kereta sambung bayar?

Ada yang kata ada perjanjian, apa nak takut. Kalau berlaku apa-apa, perjanjian ini sah di mahkamah. Ya, nampak memang mudah. Hakikatnya ramai yang tidak sedar bahawa beli atau jual kereta sambung bayar terdedah dengan pelbagai risiko yang tidak diduga.

Bagi mereka yang bertanya kepada PanduLaju, kami tidak menggalakkan anda melakukannya. Kenapa? Berikut ialah risiko-risiko jika anda membeli atau menjual kereta sambung bayar kepada pihak ketiga.

RISIKO KEPADA PENJUAL

https://s3.amazonaws.com/carmudi-blogs/carmudi-qa/wp-content/uploads/2015/01/30085730/car_shopping_1.jpg

1. TERBABIT KES JENAYAH

Jika pihak ketiga menyalahgunakan kenderaan anda untuk kegiatan jenayah, pemilik kenderaan asal, iaitu anda akan menanggung segala risiko. Salah langkah boleh menyebabkan anda selaku pemilik asal, didakwa.

2. DAPAT SAMAN

Tahukah anda segala saman atau kompaun yang dikenakan terhadap kenderaan anda akan memberi kesan kepada pemilik kereta dan bukannya pihak ketiga yang membelinya?

3. PEMBELI TIDAK BAYAR ANSURAN

Anda harus ingat, kebanyakan mereka yang membeli kereta sambung bayar kebiasaannya memiliki rekod buruk seperti nama disenarai hitam, ada masalah kewangan dan sebagainya. Jadi mereka berisiko untuk tidak bayar ansuran. Akibatnya, anda terpaksa tanggung hutang. Padan muka!

4. JUAL ATAS JUAL

Tahukah anda ada sesetengah kes melibatkan jualan atas jualan? Andaikan anda jual kenderaan secara sambung bayar kepada Ali. Dua bulan kemudian, Ali jual semula kenderaan tersebut secara sambung bayar kepada Abu dengan mengaut keuntungan atas angin.

Akibatnya, anda tidak tahu siapa pemilik ketiga berkenaan. Bagaimana jika bayaran bulanan tidak dibuat kepada pihak bank? Siapa yang perlu anda tuntut?

BACA >>> Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi…


RISIKO KEPADA PEMBELI

pembeli-kereta-kecewa

5. PEMILIK KENDERAAN MATI

Jika pemilik kenderaan meninggal dunia, pihak waris berhak meminta anda mengembalikan kenderaan walaupun ada perjanjian. Waris tidak peduli siapa anda.

 6. TIDAK DAPAT TUKAR NAMA

Anda sudah habis langsai ansuran, apakah anda yakin nama pemilik akan bertukar? Bagaimana jika pemilik kenderaan asal mahu ambil kembali kereta dia? Mahu larikan kereta?Mahu tidak mahu anda perlu serahkan kembali kenderaan itu.

7. KERETA TIDAK BOLEH JUAL KEPADA ORANG LAIN

Selagi nama pemilik tidak bertukar, anda tidak boleh jual kereta itu kepada orang lain walaupun hutang sudah langsai. Proses pertukaran hak milik memerlukan pemeriksaan kereta di PUSPAKOM sebelum menukar nama di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Untuk proses pertukaran nama, pemilik asal perlu hadir ke JPJ. Bagaimana jika pemilik asal sudah meninggal dunia? Jawapannya, gunalah kereta itu sampai akhir hayat. Itupun jika tiada mana-mana waris datang tuntut.

8. TIADA TUNTUTAN INSURANS

Apabila berlaku kemalangan total lost, kos ganti rugi akan diberikan terus kepada pemilik kenderaan. Apakah anda yang bayar ansuran setiap bulan akan menerima pampasan itu. Jawapannya, TIDAK MUNGKIN! Penat-penat bayar setiap bulan, akhirnya satu sen pun tak dapat.

 9. RISIKO DITUDUH KERETA CURI

Ada juga kemungkinan anda disyaki pencuri jika pemilik kenderaan buat laporan polis yang menyatakan kereta dia dicuri. Anda tunjukkan surat perjanjian kononnya sudah ditandatangani. Malangnya, itu bukan tandatangan sebenar pemilik asal. Dia menipu tandatangan! Akhirnya, anda dijemput ke tirai besi sambil dijamukan masak lemak cili api (kalau ada).

10. INGAT, SURAT PERJANJIAN TIDAK LAKU

Walaupun ada perjanjian antara anda dan pemilik kenderaan asal, ia tetap tidak laku. Pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya. Bila-bila masa dia boleh minta balik kenderaannya dan anda perlu serah semula.

BACA >>> 10 Tip Beli Kereta Terpakai

BACA >>> Ya atau Tidak Kos Senggara Kereta Terpakai Tinggi?


KESIMPULAN

Apa jadi sekalipun, elakkan membeli atau menjual kereta sambung bayar. Walaupun anda mempunyai hubungan rapat dengan si pembeli mahupun penjual, elakkan urusniaga ini berlaku. Ingat, wang ringgit tidak mengenal erti sahabat mahupun keluarga. Kerana duit, segalanya boleh berubah.

Pasal duit jangan dibuat main-main. Ingat pesanan ini!

kenderaan sambung bayar kereta sambung bayar pemilik kenderaan sambung bayar
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Tersalah tekan pedal minyak
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

    13/04/2026
    Toyota Hilux BEV offroad
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

    09/04/2026
    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026

    8 Comments

    1. AIAI on 16/11/2017 15:58

      Saya ingin fahami kenapa surat perjanjian tak laku? Perjanjian jenis macamana yang baru laku?

      Reply
    2. Teeyeeloo on 03/06/2018 10:42

      I sudah beli satu peugeot 408 enam bulan dan ada bayar deposit 11k dan bayar bulanan 1360 selama 6 bulan.hari minggu yg baru lepas ada penarik kereta jumpa i cakap owner mau ambil balik kereta.lepas tu i mesti ajar dia sama pergi balai polis sebab i ada surat perjanjinan dan resit bulanan bayar kereta.kita tunggu owner sampai dan bila owner sampai dia cakap i sudah kena tipu dan satu sen i pun tak dapat ambil balik.walaupun surat perjanjinan ada tandatangan owner tapi dia cakap ini surat tak guna dan saya sudah kena orang tengah tipu shj.i mau minta sambung bayar kereta sama owner lagi tapi dia suruh i bayar dia lagi.i tak tahu boleh buat apa masa menghalami masalah ni?

      Reply
      • ABG GYL on 04/06/2018 11:04

        Sedia maklum ini ialah salah satu risiko untuk kes sambung bayar. Jika perlu, sila buat laporan polis.

        Reply
    3. kecik on 22/05/2019 11:48

      Hi, saya ada bagi kereta saya untuk sambung bayar dari pihak kedai ni.Bila dah sebulan lebih kereta saya ada dangan dia baru saya tahu dia sudah tak ada kedai.So,kereta saya dia guna sendiri.Then 2 bulan xbayar dekat bank saya contact dia cakap nak ambil kereta balik dia ugut kalau saya nak saya kena bayar rm4500 sebab dia sudah modified kereta so macam mana saya nak dapatkan kereta saya balik? pihak polis ada cakap saya tak perlu bayar rm4500 tersebut…sekarang saya rasa dia sudah sorokkan kereta saya sebab takut saya ambil.so macam mana ya? ada cara ka ?

      Reply
      • ABG GYL on 22/05/2019 22:58

        Buat saja laporan polis atau minta khidmat nasihat pihak polis

        Reply
    4. Naim on 28/06/2020 23:24

      Aduh…. x da cara yg lagi selamat kaa… sebab sy nk amik 1 kreta ni… sambung byar tnggl 1 tahun 5 bulan… tpi takot pulak risiko2 ni…macam mana nii…susahnya….

      Reply
    5. Amirul on 08/07/2020 12:58

      Jika saya tak mampu bayar kereta saya, apa cara yang paling betul untuk kurangkan komitmen saya?

      Reply
    6. Abdul mutalib Zainal Abidin on 11/09/2020 16:44

      Overlapping pinjaman peribadi Dan dapat cash..buat modal berniaga

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.