Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MV Agusta Brutale 1000 RR Blue & White ML Ini Cuma Dijual Satu Unit Sahaja!
Roda2

MV Agusta Brutale 1000 RR Blue & White ML Ini Cuma Dijual Satu Unit Sahaja!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/06/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR motosikal legenda Itali, MV Agusta mengumumkan supernaked Brutale 1000 RR edisi ultra-terhad yang dihasilkan satu unit sahaja dan didatangkan dalam skema warna khas, biru dan putih.

Dinamakan Brutale 1000 RR Blue & White ML, streetfighter ini dibangunkan berasaskan model Brutale 1000 RR yang diilhamkan daripada model edisi terhad keluaran MV Agusta sebelum ini.

Brutale 910R Italia (2006)
Brutale 800 Italia (2013)

Inspirasi utama datang daripada Brutale 910R Italia, iaitu jentera yang dicipta sempena meraikan kemenangan pasukan bola sepak Itali pada Piala Dunia 2006. Pada masa itu, setiap pemain dan jurulatih pasukan Itali dihadiahkan sebuah motosikal yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta ketika itu, Claudio Castiglioni.

Model lain yang turut memberikan inspirasi kepada Pereka Kanan MV Agusta, Adrian Morton ialah Brutale 800 Italia (2013) dan beberapa Brutale America versi lain.

Selain skema warna biru-putih, motosikal ini juga memaparkan frem dan plet swingarm dengan salutan kemasan emas kusam (matte gold) dan rim aluminium tempa. Versi standard motosikal ini dikatakan mampu meledakkan kuasa setinggi 205hp dan tork sekuat 115Nm tanpa sebarang penggunaan kit ekzos lumba.

Brutale 1000 RR Blue & White ML turut diberikan empat mod tunggangan enjin, iaitu Race, Sport, Rain dan Custom. Ciri lain dimiliki model istimewa ini ialah mode Kawalan Wheelie dan Kawalan Luncur, sama seperti Brutale 1000 RR. Pembeli bertuah akan menerima sekeping sijil pengesahan ketulenan dengan padanan nombor siri 001/001.

Setakat ini, harga motosikal ini masih belum diumumkan.

GALERI

SUMBER: VisorDown | InstagramMVAgusta

Adrian Morton Claudio Castiglioni MV Agusta MV Agusta Brutale 1000 RR Blue & White ML roda2 streetfighter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Jan on 04/06/2020 14:46

      memang cantik, tapi sayangnya sepanjang hayat motor ini akan dihabiskan dalam showroom, atau koleksi owner yang kaya dan tidak ditunggang.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.