Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Motosikal Perang Nazi Jerman Ini Dilelong Lebih RM200,000
Roda2

Motosikal Perang Nazi Jerman Ini Dilelong Lebih RM200,000

Han OthmanBy Han Othman25/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI adalah antara contoh kenderaan paling unik pernah digunakan tentera fasis, Nazi Jerman ketika Perang Dunia Kedua (WWII). Perang sudah lama tamat, dan kini kenderaan klasik ini sudah dibaik pulih sepenuhnya kepada kondisi asal sebelum dilelongkan.

Kenderaan separuh motosikal dan separuh kereta kebal ini dikenali sebagai c.1944 NSU Kettenkrad (motosikal jejak/tracked vehicle) atau SdKfz 2. Dalam bahasa Jerman, ‘ketten’ bermaksud ‘jejak’, manakala ‘krad’ pula bermaksud ‘krafttrad’ atau ‘motosikal’.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Satu-Satunya Legasi Adolf Hitler yang Disayangi Dunia…

MOTOSIKAL PERANG YANG VERSATIL

Motosikal perang ini direka pasukan payung terjun Jerman dengan spesifikasi khas yang membolehkan ia diterbangkan pesawat Junker Ju 52 dan digunakan untuk menunda artileri, membawa bekalan, dan memuatkan kabel komunikasi ke kawasan muka bumi sukar. Selepas perang, Kettenkrad dijadikan pula kenderaan pertanian dan menunda jentera lain.

Dikuasakan enjin Opel, 1.5L berkuasa 36hp dengan transmisi 3-kelajuan, SdKfz 2 mampu memecut hingga 80kmj, sekali gus menjadi kenderaan trek paling pantas semasa era Perang Dunia. Menurut The Encyclopedia of Weapons of World War II, Jerman pernah cuba membangunkan motosikal sama dalam versi kenderaan 5-penumpang dengan enjin lebih berkuasa, tetapi gagal dilaksanakan disebabkan kos pengeluaran mahal.

Cuma 8,000 unit Kettenrads dihasilkan dan tidak diketahui berapa pula yang masih terselamat hari ini kerana kenderaan itu sememangnya sangat sukar dikesan. Tambahan lagi banyak yang sudah dimusnahkan selepas perang tamat. Jadi, tidak hairan motosikal runut ini mendapat bidaan tinggi dan antara koleksi militari paling diburu kumpulan pengumpul.

BACA >>> Norton – Motosikal Legenda Perang Dunia Jengah Pasaran Indonesia

SdKfz 2 dilelongkan rumah lelongan Bonhams sempena mesyuarat Goodwood Member 2017 di England pada harga £51,750 (RM283,700).

GALERI

SUMBER: Bonhams

c.1944 NSU Kettenkrad kettenkrad motor perang motosikal motosikal perang Nazi Jerman Perang Dunia Kedua roda2 SdKfz 2 WWII
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
LS2 Global previu produk 2027
Aksesori

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.