Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Motosikal EV Buatan Malaysia, Thada Sasar Rintis Pasaran Dua Roda Mesra Alam di Kemboja
Auto Terkini

Motosikal EV Buatan Malaysia, Thada Sasar Rintis Pasaran Dua Roda Mesra Alam di Kemboja

SyafieBy Syafie01/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MCLS Synergy Co Ltd ialah syarikat milik Malaysia di Kemboja dan berhasrat menerajui sistem pengangkutan mesra alam di negara itu menerusi jenama motosikal elektrik, Thada.

Thada yang direka di Malaysia menjanjikan tunggangan tangkas dengan menggunakan komponen yang dikeluarkan di China dan dipasang di Phnom Penh.

Walaupun pasaran EV masih di peringkat awal, tetapi MCLS sudah menjual kira-kira 400 unit di pasaran domestik sejak dilancarkan pada 2018 dengan persaingan daripada 10 jenama motosikal EV lain.

Berikut tiga model dilancarkan di Kemboja:

  • Thada-OX (1,200W)
  • Thada-H1 (1,200W)
  • Thada Moon-X (3,000W)

Pengarah Urusan MCLS, Syaiful Hazreen Hasan Nodin berkata, motosikal konvensional masih kekal mendominasi pasaran tempatan kerana sektor EV masih belum diterokai meluas.

Terdapat potensi besar dalam pasaran Kemboja, ia mempunyai populasi muda yang semakin meningkat, dan bagi kebanyakan pelajar dan orang dewasa, motosikal ialah mod pengangkutan utama berikutan harga bahan api yang agak mahal di sini.”

“Tetapi kekurangan kesedaran menyumbang kepada pertumbuhan perlahan pasaran dan terdapat juga ramai pemain.”

Menurut Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan, kini sudah ada 914 skuter elektrik berdaftar dan 18 stesen pengecas EV setakat Jun 2024, serta ada tiga juta penduduk di Phnom Penh dengan jumlah motosikal berdaftar lebih lima juta unit.

Bagi mengekalkan Thada sebagai pemain utama dalam pasaran, jenama berkenaan menawarkan pelbagai inisiatif dan pakej pada harga mampu milik. Berikut inisiatif ditawarkan:

  • Sewa bulanan dengan perbatuan tanpa had.
  • Bekerjasama dengan syarikat pengecas bateri.
  • Menyediakan stesen bateri dalam radius 5-10km di Bandar Phnom Penh.
  • Boleh menukar bateri secara terus dengan tambahan jarak perjalanan 60km tanpa perlu mengecas.

Kini, Thada sangat popular dalam kalangan penunggang penghantar makanan kerana dapat menjimatkan kos bahan api dan kos penyelenggaraan motosikal.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini MCLS Synergy Co. Ltd Motosikal Elektrik (EV) Thada
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.