Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MotoGP Sah Anjur MotoE 2019 – Perlumbaan Motosikal Elektrik Guna Jentera Energica EvoGP
Roda2

MotoGP Sah Anjur MotoE 2019 – Perlumbaan Motosikal Elektrik Guna Jentera Energica EvoGP

ZYBy ZY07/02/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU semalam Dorna Sports selaku penganjur Kejuaraan MotoGP buat julung kali memperkenalkan Enel FIM Kejuaraan Piala Dunia MotoE (FIM Enel MotoE World Cup), iaitu kelas perlumbaan motosikal elektrik (e-bike) untuk saingan MotoGP 2019 – tahun depan.

Perlumbaan satu siri atau one-make race tajaan konglomerat multinasional dalam industri elektrik dan gas Itali, Enel, itu menggunakan jentera lumba Energica EvoGP, berasask model Energica Ego, sekali gus mengetepikan Sarolea dan Lightning yang diuji Loris Capirossi tahun lalu.

BACA >>> MotoGP Bakal Perkenal Kategori Baharu – Superbike EV Menjelang 2019?

Tidak banyak perubahan dibuat dari segi kuasa. EvoGP masih mengekalkan motor elektrik AC magnet kekal penyejukan minyak berkuasa 147hp daripada 142hp, manakala kelajuan maksimum mencapai 250kmj, meningkat 10kmj berbanding model asal. Jentera lumba itu turut dipadankan sepasang rim aluminium dan tayar Michelin khas spesifikasi perlumbaan.

SPESIFIKASI DITALA


Walaupun cuma berkuasa 147hp dengan kelajuan maksimum 250kmj, jangan sesekali merendahkan kebolehan jentera EV itu. Anda pasti terpegun apabila mengetahui tork maksimum motosikal EV itu adalah setinggi 200Nm yang dapat dicapai pada rev 5,000rpm. Ini membolehkan jentera lumba tersebut mencapai kelajuan 100kmj dari kedudukan pegun sepantas 2-3 saat!

Masih tidak diketahui sama ada terdapat penambahbaikan kapasiti bateri dan jarak tunggangan. Menurut Dorna, stesen pengecas yang dibekalkan Enel secara rasmi mampu mengecas penuh pek bateri EvoGP dalam masa 30 minit. Lebih pantas berbanding model Ego asal yang perlu dicas penuh kira-kira 3 jam setengah melalui soket rumah.

DISERTAI PASUKAN MOTOGP


Peraturan perlumbaan kelas MotoE sama juga seperti kelas lain, termasuk jadual saingan, iaitu latihan pada Jumaat, pusingan kelayakan (Sabtu) dan perlumbaan sebenar (Ahad). Apa yang berbeza, jarak trek MotoE lebih pendek, iaitu 10 lap saja (kelas lain lebih kurang 20 lap). Ini membolehkan setiap pasukan menumpukan kepada saingan catatan masa terpantas berbanding memikirkan strategi memanjangkan jangka hayat bateri.

Kedudukan grid melibatkan 18 entri dengan 2 jentera bagi setiap 7 pasukan persendirian dalam kelas MotoGP (Tech3, Pramac, Gresini, LCR, Marc VDS, Avintia dan Angel Nieto). Baki 4 pasukan lagi dibuka kepada mana-mana pasukan Moto2 dan Moto3 yang berminat. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada perlumbaan itu akan disertai pelumba daripada pasukan sedia ada dari kelas lain, ataupun mengetengahkan muka baru.

VIDEO
Presentazione FIM Enel MotoE World Cup
Dorna Sports e-bike Enel Energica Energica Ego Energica EvoGP FIM Enel MotoE World Cup MotoE MotoGP motor ev motosikal elektrik
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.