Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MotoGP Bakal Perkenal Kategori Baharu – Superbike EV Menjelang 2019?
Auto Terkini

MotoGP Bakal Perkenal Kategori Baharu – Superbike EV Menjelang 2019?

ZYBy ZY02/12/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NAMPAKNYA dominasi sportbike elektrik (EV) bakal bermula tidak lagi, dan menurut sumber dipercayai, iaitu majalah Australian Motorcycle New (AMCN), peminat MotoGP bakal melihat jentera-jentera tersebut beraksi seawal musim 2018 nanti.

Harap bertenang. Itu semua bukanlah perlumbaan sebenar, sebaliknya cuma demonstrasi bagi kelas perlumbaan motosikal EV yang bakal diperkenalkan bermula 2019 nanti. Kelas baharu itu juga bukan menggantikan kategori MotoGP sedia ada kalau itu yang anda risaukan.

Setakat diketahui, permulaan perlumbaan bakal dijalankan secara one-make series atau menggunakan jentera daripada pengeluar sama (seperti TGR Vios Challenge) berikutan perbezaan prestasi yang agak ketara sesama pengeluar motosikal EV, sekali gus menyukarkan persaingan adil dan kompetitif.

Dorna, organisasi yang mengaturkan siri perlumbaan kelas baharu MotoGP itu, kini masih dalam proses rundingan dengan sekurang-kurangnya lima pengeluar berbeza yang masih belum didedahkan.

CAPIROSSI UJI MOTOSIKAL EV

Bagaimanapun setakat ini, ada dua motosikal EV daripada pengeluar berbeza, Lightning dan Sarolea sudah selesai diuji juara dunia tiga kali, Loris Capirossi, yang juga pegawai keselamatan MotoGP. Jentera yang pertama kali diuji ialah buatan Lightning di Litar Amerika (COTA), April lalu sebelum disusuli Sarolea di litar GP Aragon, Sepanyol pada September lalu.

Berdasarkan maklum balas bekas pelumba MotoGP itu, jentera EV berkenaan memberikan tork dan kuasa cukup baik. Namun, kelemahan utama adalah beban bateri yang membuatkan keseluruhan berat motosikal mencecah lebih 200kg walaupun kurang terasa ketika ujian litar dibuat.

Saya rasa siri perlumbaan elektrik ini akan jadi menarik kerana semua pengeluar pasti ingin mencapai prestasi bateri lebih bagus, dan masalah yang biasa dihadapi ialah haba daripada bateri, bukan kekurangan kuasa.”

KUASA BUKAN ISU UTAMA

Benar juga, dengan keupayaan mencapai 179kW (240hp), hingga 119kW (169hp) dalam mod perlumbaan, isu kuasa bukanlah masalah utama jentera EV itu. Menariknya, kritikan utama Capirossi bukan bateri, sebaliknya bunyi atau lebih tepat, motosikal EV tidak berbunyi lansung.

Saya lebih suka bunyi enjin! Memang pelik, cuma dengar bunyi lutut dan permukaan jalan, itu saja.”

SUMBER: AMCN

Auto Terkini lightning superbike loris capirossi MotoGP motogp elektrik motosikal EV roda2 sarolea superbike
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.