Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT Kekal Sasaran ECRL Mula Operasi Januari 2027
Auto Terkini

MOT Kekal Sasaran ECRL Mula Operasi Januari 2027

SyafieBy Syafie29/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Anthony Loke dan ECRL

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mengekalkan sasaran untuk memulakan operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada Januari 2027, walaupun ujian dan pemeriksaan sistem masih belum dimulakan setakat ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kejayaan sesuatu projek rel bukan hanya bergantung kepada pembinaan landasan semata-mata, sebaliknya ditentukan keupayaan sistem operasi berfungsi secara bersepadu, stabil dan selamat sebelum perkhidmatan boleh dimulakan.

Integrasi Sistem Jadi Faktor Paling Kritikal

Loke berkata, aspek integrasi sistem adalah cabaran terbesar dalam pelaksanaan projek rel skala besar seperti ECRL.

Pertamanya, kena faham sistem kereta api ini bukan hanya melihat kepada landasan. Ia memerlukan integrasi sistem terlebih dahulu. Buat masa ini, pemeriksaan dan ujian sistem masih belum dimulakan.

“Namun, MOT masih kekal dengan jadual iaitu Januari tahun depan kerana kita sudah ada pengalaman sebelum ini,” katanya.

Pengalaman Lalu Jadi Pengajaran

Peta laluan ECRL

Loke berkata, pengalaman terdahulu membabitkan isu operasi aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menjadi pengajaran penting kepada Kementerian.

Menurutnya, kedua-dua projek itu berdepan masalah mengenai sistem dan perisian, yang menjejaskan kelancaran operasi walaupun infrastruktur fizikal sudah siap.

Cabaran paling besar dalam sistem rel ialah ujian integrasi bagi memastikan semua komponen boleh berfungsi baik dan selaras satu sama lain sebelum operasi penuh dimulakan,” katanya.

Keselamatan, Kebolehpercayaan Jadi Keutamaan

Loke menegaskan, MOT akan terus memantau rapat pelaksanaan projek ECRL, khususnya aspek teknikal bagi memastikan keselamatan, kebolehpercayaan dan kelancaran operasi apabila perkhidmatan dimulakan kelak.

MOT akan memastikan semua keperluan teknikal dipenuhi sebelum ECRL beroperasi,” katanya.

Kemajuan Projek Cecah 89 Peratus

Sebagai rekod, projek ECRL yang merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dilaporkan sudah mencapai kemajuan keseluruhan 89 peratus setakat Oktober 2025.

ECRL dijangka menjadi antara tulang belakang sistem pengangkutan rel negara yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia serta merancakkan pembangunan ekonomi serantau.

SUMBER: AstroAwani

Anthony Loke Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.