Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT Cadang Tiga Pusat Beli Belah Jadi Hab Bas Ekspres KL – Singapura
Auto Terkini

MOT Cadang Tiga Pusat Beli Belah Jadi Hab Bas Ekspres KL – Singapura

SyafieBy Syafie23/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Hab pengangkutan Lalaport

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mengenal pasti tiga pusat beli-belah utama sekitar ibu negara untuk dijadikan hab pengangkutan awam, terutama bagi perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur – Singapura, sebagai langkah menamatkan operasi bas berhenti di lokasi tidak berlesen.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan operasi bas ekspres dijalankan di kawasan lebih selamat, teratur dan sesuai, selain meningkatkan keselesaan penumpang serta mengurangkan kesesakan di pusat bandar.

Henti di Lokasi Tidak Berlesen Jadi Isu Lama

Loke berkata, perkhidmatan bas ekspres ke Singapura sudah lama beroperasi, tetapi setakat ini terdapat bas yang mengambil dan menurunkan penumpang di lokasi tidak dilesenkan, seperti di depan Berjaya Times Square dan Hotel Corus, dua lokasi tumpuan di pusat bandar raya.

Sejak beberapa bulan lalu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan penguatkuasaan dan mengeluarkan notis kepada pengusaha supaya berpindah ke kawasan lebih selamat dan berlesen,” katanya.

Beliau menegaskan, selepas mengambil kira maklum balas semua pihak terlibat, Kerajaan berpandangan, operasi bas ekspres perlu ditempatkan di lokasi lebih sesuai, berhampiran kawasan tumpuan bandar tetapi mematuhi keperluan keselamatan dan perundangan.

Lalaport Dijangka Operasi Bulan Depan

Logo Lalaport

Loke berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja ke Hab Pengangkutan Lalaport yang terletak di Aras LG1, Mitsui Shopping Park Lalaport Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Menurutnya, selain Lalaport yang dijangka mula beroperasi bulan depan, dua lagi lokasi dikenal pasti ialah 1Utama dan IOI City Mall Putrajaya, manakala Sunway Pyramid masih dalam senarai penilaian.

Kemudahan di Lalaport kini hampir lengkap dan berpotensi menjadi hab pertama yang dilesenkan, khususnya bagi perkhidmatan bas ekspres KL – Singapura.

“Tiga lokasi lain pula memerlukan naik taraf sebelum lesen operasi boleh dikeluarkan APAD,” katanya.

Disepadu dengan LRT, Monorel

Loke turut memaklumkan beliau berpuas hati dengan kemudahan disediakan di Lalaport, walaupun bukan sebuah terminal berskala besar.

Lalaport menyediakan kemudahan yang selesa dan selamat kepada penumpang, selain lokasi yang diintegrasi dengan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel melalui Stesen Hang Tuah,” katanya.

Hab pengangkutan Lalaport dilengkapi enam petak berlepas dan lima petak ketibaan, serta direka bagi memudahkan pergerakan pengguna pengangkutan awam, khususnya pelancong, dengan penekanan terhadap keselamatan, kecekapan dan keselesaan.

Antara kemudahan lain disediakan ialah sistem jualan tiket bersepadu, akses pertukaran ke perkhidmatan LRT dan Monorel, serta perkhidmatan Bus On Demand (BOD) yang menghubungkan Lalaport dengan kawasan Bukit Bintang dan Mont Kiara.

Tempoh Kelonggaran Tiga Bulan Berakhir

Dalam perkembangan berkaitan, Loke berkata, MOT sebelum ini memberi tempoh kelonggaran tiga bulan kepada pengusaha bas ekspres KL – Singapura untuk terus beroperasi di lokasi sedia ada tanpa dikenakan saman.

Namun, pengusaha diwajibkan berpindah sebaik hab dikenal pasti bersedia sepenuhnya.

Mereka perlu mematuhi peraturan dan hanya boleh beroperasi di lokasi yang dilesenkan.

Ini bukan soal memaksa mereka ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Terminal Bersepadu Gombak (TBG), tetapi soal keselamatan dan pematuhan undang-undang,” katanya.

Aeroline Pernah Digantung Operasi

Logo Aeroline

Sebagai rekod, pada 2 November lalu, APAD mengesahkan operasi bas ekspres Aeroline digantung sebulan bermula 6 November hingga 5 Disember, selepas syarikat itu didapati menyalahgunakan lesen dengan mengambil dan menurunkan penumpang di lokasi tidak dibenarkan.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini bas ekspres KL-Singapura LaLaport BBCC
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.