Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT Benarkan Kenderaan Rekreasi (RV) Dilesen Komersial Mulai 2026
Auto Terkini

MOT Benarkan Kenderaan Rekreasi (RV) Dilesen Komersial Mulai 2026

SyafieBy Syafie23/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kenderaan Rekereasi (RV) boleh dilesenkan untuk tujuan komersial bermula 1 Januari 2025.

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mengumumkan kenderaan rekreasi (RV) kini boleh dilesenkan dan dikawal selia bagi tujuan komersial bermula 1 Januari 2026.

Langkah itu dilihat bakal memberi nafas baharu kepada segmen pelancongan berasaskan RV yang semakin berkembang di Malaysia.

Motor home

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dasar baharu itu membolehkan RV digunakan sebagai Kenderaan Sewa dan Pandu Pelancongan (KSPP) di Semenanjung Malaysia dan Kereta Sewa Pandu (KSP) di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pelaksanaannya terhad kepada kenderaan baharu sama ada CKD atau CBU, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“RV persendirian yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2025 pula boleh dikomersialkan dengan syarat berusia tidak melebihi 15 tahun dan lulus pemeriksaan teknikal JPJ.”

Lesen, Permit Lebih Mudah Melalui ‘Single Window’

MOT bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut mengkaji pelaksanaan sistem permohonan lesen RV secara single window bagi memudahkan urusan pengendali.

Bermula 1 Januari 2026, mana-mana kenderaan RV baharu yang ingin disewakan hanya perlu mendapatkan satu permit daripada MOTAC bagi membolehkan digunakan untuk aktiviti pelancongan.”

Langkah pelesenan itu penting bagi menjamin keselamatan pengguna, mengawal operasi dan melindungi kepentingan penyewa melalui penguatkuasaan permit.

Pejabat Baharu JPJ Cawangan Kajang

Pejabat baharu JPJ Cawangan Kajang dijangka siap 2027
Pejabat baharu JPJ Cawangan Kajang dijangka siap 2027

Dalam majlis sama, Loke turut mengumumkan projek pembinaan pejabat baharu JPJ Cawangan Kajang bernilai RM22.7 juta, bermula 10 April lalu dan dijangka siap 7 April 2027.

Bangunan dua tingkat berkeluasan 2,678 meter persegi itu menampilkan rekabentuk moden dan mesra pelanggan, serta lengkap dengan:

  • Kaunter perkhidmatan lebih selesa
  • Bilik mesyuarat dan surau
  • Ruang parkir mencukupi
  • Kemudahan mesra OKU
  • Kapasiti menampung hingga 150 pengunjung pada satu masa

Tindakan Tegas Terhadap Pemandu Kereta Sewa Haram

Mengulas mengenai kes pemandu kereta sewa yang menipu pelancong asing dengan tambang mencecah RM800, Loke menegaskan JPJ akan memperketat penguatkuasaan, termasuk operasi pengintipan di KLIA.

Modus operandi mereka mudah. Mereka menyewa kenderaan daripada syarikat atau individu, kemudian guna untuk perkhidmatan pengangkutan secara haram. Jika kenderaan disita, mereka tidak terjejas.”

Kita akan teliti sama ada undang-undang sedia ada perlu diperketat untuk memberi mesej jelas bahawa perbuatan ini tidak boleh dikompromi.”

SUMBER: SinarHarian

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Kenderaan Rekreasi (RV) Menteri Pengangkutan MOTAC
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.