Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT Arah Puspakom Wangsa Maju Tutup Operasi Jun Ini
Auto Terkini

MOT Arah Puspakom Wangsa Maju Tutup Operasi Jun Ini

SyafieBy Syafie07/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

AGENSI pemeriksaan kenderaan pertama Malaysia, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menerima arahan dari Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) supaya menutup operasi di cawangan Puspakom Wangsa Maju selewat-lewatnya Jun tahun ini.

Penutupan itu bagi memberi ruang kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membina fasiliti baharu di lokasi sama.

Logo Puspakom
Logo JPJ

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata pihaknya akan mengumumkan perubahan waktu perkhidmatan di beberapa pusat pemeriksaan lain sekitar Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan untuk mengatasi kesan penutupan tersebut.

Beliau berkata, Puspakom Wangsa Maju memeriksa kira-kira 800 kenderaan sehari, dan perubahan waktu operasi beberapa cawangan akan dilakukan untuk menampung kekurangan slot pemeriksaan.

Cawangan pengganti yang sudah dipersetujui JPJ akan dibina di Bukit Beruntung, Rawang, yang dijangka siap Disember tahun depan.

Mahmood juga menjelaskan, Puspakom Wangsa Maju adalah antara cawangan paling sibuk, tetapi terletak di kawasan padat penduduk yang membuatkan premis itu terpaksa ditutup lebih awal sebagai keputusan perlu diterima walaupun memberi cabaran baru.

Selain itu, Puspakom menggesa pelanggan supaya memeriksa kenderaan lebih awal, iaitu 14 hari sebelum tarikh tamat permit, bagi mengelakkan kesulitan jika gagal ujian asal.

Jika pemeriksaan awal dilakukan, pemilik kenderaan mempunyai masa lebih panjang untuk memperbaiki masalah dan kembali untuk ujian semula.

Puspakom Wangsa Maju dibuka sejak 1995, dan menjadi antara cawangan pertama Puspakom dengan enam lorong pemeriksaan di kawasan seluas 4.3 ekar. Kos pembinaan ketika itu lebih RM10 juta dan memiliki 37 kakitangan.

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) PUSPAKOM Sdn Bhd Puspakom Wangsa Maju
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    RCB, UMA Racing perkenal barisan atlet, dan duta 2026
    Auto Terkini

    RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet, Duta 2026, Terus Sokong Bakat Lumba Malaysia

    08/06/2026
    Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
    Roda4

    Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    08/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.